Bab 4

2.6K 95 7
                                    

Sebaik saja Rohaya pulang ke rumah, dia terus membawa Rio keluar seperti yang telah dijanjikan. Rohaya sudah merancang untuk membawa Rio membeli-belah baju baru. Kemudian, mereka akan sama-sama menikmati makan malam di Tony Roma's. Ini sebagai cara untuk memberi semangat kepada Rio setelah apa yang berlaku siang tadi dengan daddynya, Iskandar.

Rio yang memang jenis tidak cerewet sekadar menurut. Dia tak kisah pun kalau tak ada baju baru. Baju-bajunya dalam almari banyak lagi yang belum dipakai. Macam mana tak banyak? Setiap kali mommy dan daddy bergaduh, mereka akan menghadiahkan Rio baju baru. Nampak tak betapa banyak kalinya mommy dan daddy mereka bergaduh sampai baju-baju baru Rio pun tak terpakai kerana terlampau banyak. Hmm. Rio sekadar mampu menggeleng-gelengkan kepala.

Fikirannya kini tidak bertumpu kepada mommy dan daddy saja. Dia sedang kusut mengenang kembali apa yang telah terjadi di sekolah tadi. Tidak dinafikan sedikit sebanyak ia memberi kesan yang mendalam terhadap diri Rio. Biarpun sebenarnya dia sudah bersedia menerima segala tohmahan yang akan dilemparkan, dia masih lagi terkejut dengan reaksi kawan-kawannya di sekolah. Terutama sekali Emilya yang langsung tidak mahu menegurnya tadi malah melarikan diri pula apabila mereka bertembung.

"Rio, sayang. Are you okay?" Rohaya bertanya dengan penuh rasa prihatin apabila dia ternampak Rio sedang jauh termenung di dalam kereta.

"Yeah, I'm fine. Penat sikit je. Trial nak dekat kan." Rio terpaksa menipu.

Rohaya tidak memberi sebarang respons. Dia sekadar memandang Rio dengan penuh rasa simpati. Kemudian, dia kembali fokus kepada pemanduan. Sementara Rio kembali merenung ke luar jendela sambil memikirkan tentang apa yang akan terjadi kepadanya selepas ini.

"Rio, I know I put you under a lot of pressure this year. But you pun tau kenapa kan? It's for your future. I really want you to pursue your studies dekat UK. That's why I want you to score Straight A's. So that you'll get a scholarship to go there," panjang lebar Rohaya berkata.

Rio mengeluh lemah. Dia memang sudah tahu tentang rancangan mommynya itu dari dulu. Dia sendiri sudah bersetuju dengan rancangan itu. Memang dari dulu lagi dia teringin nak menetap di UK. Dan dia sudah merancang untuk membawa Zakwan bersama. Di sana nanti, dia akan dapat hidup bebas dengan teman lelakinya kerana mereka sudah tidak perlu bersembunyi lagi.

Rio tidak mahu menyerabutkan fikiran dengan perkara-perkara yang tak perlu difikirkan sekarang. Jadi dia terus memberitahu mommynya, "Don't worry about it, mommy. Everything is under control. This is just me tired."

Rohaya mengangguk-anggukkan kepalanya sambil mengusap rambut Rio. Ketika itu mereka sudah pun tiba di perkarangan IOI City Mall. Rohaya yang memang malas mencari parkir kereta, menggunakan perkhidmatan valet.

"Jom, Rio. Where do you wanna go first?" tanya Rohaya, teruja. Dalam diam sebenarnya dia pun nak shopping juga.

"Uniqlo," jawab Rio.

"Okay, let's go!" Rohaya memimpin tangan anaknya itu dan mereka sama-sama berjalan menuju ke Uniqlo.

**********

Setelah puas bertawaf satu IOI City Mall, kedua beranak itu bersedia untuk menikmati makan malam di Tony Roma's. Rio sekadar masuk membawa dua bungkus beg kertas berisi baju barunya. Tapi Rohaya masuk membawa hampir 10 beg kertas! Sampai tak cukup tangannya kiri kanan membawa beg-beg itu.

"Oh my God, banyak gila mommy shopping hari ni! Confirm daddy mengamuk tengok bil credit card nanti," ujar Rohaya sewaktu dia sedang menyusun beg-beg kertasnya itu di keliling meja makan.

[KINI DI NOVEL PLUS] SenduWhere stories live. Discover now