Bab 16

1.3K 78 8
                                    

Rio berang mendapati peperiksaan percubaan SPM di sekolahnya dilaksanakan di dalam kelas masing-masing. Kalau ianya dijalankan di dalam dewan, mudahlah untuk dia bertentang mata dengan Zakwan dan juga Emilya. Kenapalah kena buat dalam kelas sendiri? Rio menghembus nafas kecewa.

Disebabkan soalan percubaan untuk kertas Bahasa Melayu sangat mudah, Rio mengambil masa selama satu jam setengah saja untuk menghabiskannya. Masa lebihan yang dia ada digunakan untuk memikir tentang status hubungannya dengan Zakwan.

Sebaik saja tiba waktu rehat, Rio terus meluru ke kantin sekolah untuk mencari Zakwan. Dia sudah tidak mempedulikan lagi pandangan jelik dari rakan-rakan sebaya. Dia terlalu merindui kekasih hatinya nan satu itu. Biarpun dia telah dihalau oleh Zakwan semalam, dia masih tetap sayang. Masih tetap mencintai teman lelakinya sepenuh hati.

Sayang sekali, Zakwan tidak kelihatan di kantin. Hanya rakan-rakannya saja yang ada di situ. Rio mula gusar. Adakah Zakwan tidak hadir ke sekolah pada hari peperiksaan percubaan mereka? Risau Rio dibuatnya! Teruk sangatkah kata-kata Emilya semalam kepadanya sehingga membuat dia tidak hadir ke sekolah?

"Kurang ajar kau Emilya!" marah Rio sebelum terperasan Emilya dan rakan-rakannya sedang bergelak ketawa di tangga menuju ke perpustakaan.

Rio mengambil peluang ini untuk bersemuka dengan Emilya. Rio mahu tahu apa yang telah Emilya kata pada Zakwan sehingga membuat Zakwan tiba-tiba saja berubah dingin.

"Emilya!" panggil Rio.

Emilya dan rakan-rakan menoleh ke arah Rio dan mula memberikan senyuman sinis. Senyuman yang membakar api kemarahan Rio.

"Yes, Rio? How can I help you?"

"Apa kau cakap dekat Zakwan semalam?" tanya Rio, cuba untuk tidak terus menembak perempuan celaka itu.

"Cakap apa?"

"Stop pretending, bitch!" marah Rio.

Emilya tertawa kecil. Kemudian dia berkata, "I don't know what you're talking about, Rio. I seriously don't. We have another paper after this. So, excuse me."

Emilya cuba untuk meninggalkan Rio bersama rakan-rakannya namun Rio pantas merentap tangan Emilya, membuat Emilya mengaduh kesakitan.

"Aww!"

"You're not going anywhere until you give me what I want."

"Lepaskan aku! You're hurting me." Emilya merayu. Rakan-rakannya turut sama cuba membantu melepaskan genggaman tangan Rio namun Rio lebih kuat dari mereka.

"Rio!" tiba-tiba satu suara menjerkah dari belakang.

Rio menoleh dan kelihatan Zakwan sedang menghampirinya. Pantas genggaman tangannya pada Emilya tadi dilepaskan.

"Kau buat apa ni?" tanya Zakwan, serius.

"Zack, aku..."

Emilya tiba-tiba datang meluru ke arah Zakwan dan merangkul lengan lelaki itu.

"Sayang, tengoklah Rio. Dia sakitkan I."

"Sayang?" Rio terkejut besar.

Zakwan terdiam. Kaku dengan tindakan Emilya itu. Dia membiarkan saja Emilya terus menggedik dengannya.

"Apa semua ni, Zack?" tanya Rio, berang melihat Emilya menggesel-gesel tubuhnya pada lengan Zakwan.

Zakwan menelan air liurnya. Dia mahu memberitahu Rio perkara sebenar namun setelah terpandang kawan-kawan Emilya yang turut berada di situ, Zakwan terpaksa berdiam diri. Membiarkan Emilya terus-terusan menggedik dengannya.

Rio menunduk kecewa. Hatinya hancur dengan tindakan Zakwan yang langsung tidak mengendahkan tentang perasaannya. Rio tertanya-tanya. Siapa dia di hati Zakwan? Kenapa Zakwan sanggup membiarkan dirinya terkontang-kanting? Kenapa Zakwan tidak meruntuhkan egonya dan menjadi sang wira untuk Rio? Kenapa dia masih lagi tetap teguh dengan pendiriannya yang tidak mahu sesiapa pun tahu yang dia juga turut sama tertarik pada lelaki?

Emilya menguntum senyuman sinis kepada Rio. Dia datang mendekati Rio sebelum membisikkan sesuatu ke telinga lelaki itu.

"You know for the record, no one knows anything yet. But if you continue to intervene with my business, the whole world is gonna know and Zakwan will hate you forever."

Emilya mengenyitkan matanya pada Rio sebelum kembali memeluk lengan Zakwan. Puas hatinya dapat menyakiti hati Rio.

"Why?" tanya Rio, lemah.

"Oh you know why, Rio. You absolutely do. Come sayang. Let's go!" Emilya berlalu pergi dari situ bersama Zakwan dan juga rakan-rakannya tadi.

Rio masih kekal berdiri di situ dengan seribu satu rasa. Marah, sedih, benci, pilu. Segala-galanya sedang bercampur-baur kini.

"Apa dosa aku pada kau, Emilya?" bisik Rio tanpa menyedari ada linangan air mata mengalir di pipi.

**********

"Rio!" Emilya menepis-nepis siku Rio sambil memerhatikan Zakwan yang sedang berjalan menuju ke kantin bersama rakan-rakan pasukan ragbi.

Rio menyoroti pandangan Emilya dan mengerutkan kening. "Kenapa?"

"Handsome-nya Zakwan!" Emilya meletakkan kedua-dua tangannya pada pipi. Dia sedang angau kini melihat ketampanan wajah Zakwan.

"Biasa je..." Rio seperti tidak sependapat dengan Emilya.

Emilya mengetap bibirnya kerana Rio tidak rasa Zakwan itu kacak. Memang dari dulu lagi Emilya menaruh hati pada Zakwan. Sejak pertama kali mereka masuk ke sekolah menengah lagi. Zakwan memiliki susuk tubuh yang tinggi. Badannya fit kerana aktif bersukan. Rambutnya lurus dan rapi persis seorang model. Mana-mana perempuan akan cair dengan jelingan mata jejaka pujaan Kinrara itu.

"Eh dia pandang sini!" Emilya menguis-nguis siku Rio lagi.

Rio yang ketika itu baru hendak menyuapkan mulutnya dengan burger yang dibeli tadi, terbantut niatnya. Dia merengus kasar kerana terpaksa melayan kerenah Emilya.

Emilya yang teruja melihat Zakwan sedang memandang ke arahnya, melambai-lambaikan tangan tanpa rasa segan silu. Rio menahan dirinya dari mentertawakan Emilya. Dia faham Emilya ni memang pantang nampak jantan handsome. Mulalah nak menggeletis. Padahal Zakwan tu takdelah handsome mana bagi Rio. Biasa-biasa je dia tengok.

"Dia lambai balik!" Emilya semakin teruja dengan tindakan Zakwan melambai semula ke arahnya.

Rio menjongketkan kening. Dia yakin sebenarnya Zakwan tidak melambaikan tangan pada Emilya. Mata dia dan Zakwan saling bertaut tadi. Rio tahu lambaian tangan Zakwan itu sebenarnya untuk dia bukannya Emilya. Tapi Rio enggan memberitahu Emilya kerana tidak mahu Emilya terluka. Biarlah gadis itu terus berada dalam angan cintanya.

"Kalau aku couple dengan dia kan best..." ujar Emilya selepas Zakwan dan rakan-rakannya tadi berlalu pergi.

"Naik menyampah pulak aku tengok kau ni, Emilya oi. Gatal!" Rio lantang berbicara.

Emilya yang sedar tindakannya tadi sedikit keterlaluan hanya mampu tertawa. Dia menggeleng-gelengkan kepala sebelum berkata, "Aku yakin satu hari nanti Zakwan akan jadi milik aku. Kau tengoklah."

"Confident je minah ni."

"Kau kena tolong aku, Rio."

"Ha?"

"Kau kena tolong aku." Emilya memandang wajah Rio dengan serius.

Rio mula takut dengan pandangan tajam Emilya. "Tolong apa?"

"Tolong pastikan Zakwan akan jadi milik aku satu hari nanti."

"Apa dia?"

"Janji dengan aku!" Emilya meninggikan suara.

"Aku janji! Aku janji aku akan tolong kau dapatkan dia. Aku janji!" Rio terpaksa berbuat sedemikian kerana tidak mahu Emilya memarahinya.

Emilya kembali tenang semula. Tersenyum sinis memikirkan tentang masa depannya dengan Zakwan nanti.

[KINI DI NOVEL PLUS] SenduWhere stories live. Discover now