Rasa macam dejavu. Macam akan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku di rumah nanti. Kali terakhir Rio berjumpa teman-teman influencer-nya dulu, rumahnya dibuang dengan bangkai-bangkai burung gagak. Dari situlah sengketa yang melanda keluarganya semakin menjadi-jadi. Entah apa pula yang akan berlaku kali ini. Hati Rio jadi tak tenang. Sepanjang berada di dalam perjalanan pulang, Rio tidak tentu hala memikirkan tentang paranoianya. Jantungnya tak pernah berdegup sebegitu laju. Berdebar-debar macam ada sesuatu yang tidak kena.
Sebaik saja dia tiba di hadapan rumah, Rio bergegas masuk ke dalam dan memastikan kawasan sekeliling berada dalam keadaan yang selamat. Mujur dia tidak dikejutkan dengan bangkai-bangkai burung gagak di halaman rumah. Rio tersenyum lega. Kelihatan Salama berada di dalam dapur sambil bersenandung kecil. Macam tak ada apa-apa yang berlaku. Nasib baik!
"Hai Cik Salama!" tegur Rio dari belakang, menyebabkan Salama terkejut.
"Kus semangat, Rio! Terkejut Cik Salama dibuatnya."
Rio tertawa melihat Salama mengurut-urut dadanya sambil tangan sebelah kanan masih lagi memegang sudip di dalam kuali. Salama menjengilkan biji mata pada Rio yang mula berjalan ke arahnya.
"Masak apa tu?" tanya Rio sambil menarik aroma yang benar-benar menyelerakan ke dalam rongga hidungnya.
"Sambal ayam. Mommy ada tetamu dekat luar tu," jawab Salama sambil mengecilkan api.
"Tetamu?" Rio pelik. Tak nampak kereta pun dekat luar rumah. Siapa tetamu mommy? Naik Uber macam dia tadi ke? Gumam Rio di dalam hati.
"Aah. Kawan lama katanya. Glamor! Datang ada driver. Driver dia just hantar kejap je tadi. Nak balik nanti driver dia datang ambik." Salama menjelaskan.
Rio mengangguk-anggukkan kepala. Dia terus mencari ibunya di luar rumah. Mungkin Rio tak perasan tadi sebab dia guna jalan belakang untuk terus ke dapur bagi memeriksa keadaan rumah. Teringin jugak nak tahu kawan lama mommy ni siapa. Dia pernah jumpa ke sebelum ni?
Rio berjalan perlahan-lahan dan dia dapat menangkap suara ibunya sedang berbual dengan kawan lama yang Salama katakan tadi. Mereka sedang sakan bergelak ketawa sambil bercerita. Mungkin tentang kenangan lama sewaktu mereka muda-muda dulu.
"You're so funny, Roy. God, I miss you so much!" kata sahabat lama Rohaya sambil menyeka air matanya yang keluar sedikit akibat terlalu galak berketawa tadi.
"I miss you too, Liz. Thank you so much for coming today." Rohaya mengusap-usap lengan Liz.
Rio masih sedang mengintai sambil mencuri dengar apa yang Rohaya dan Liz bualkan. Melalui pengamatan Rio, Liz memang seorang wanita di awal usia 40-an yang glamor seperti yang diperkatakan oleh Salama tadi. Dia memakai cermin mata hitam dengan topi yang hanya disarung oleh mereka yang sedang bersantai di tepi pantai. Rio pelik. Perempuan ni baru balik dari bercuti ke?
"I heard about your son..." Liz tiba-tiba bersuara.
Rohaya terdiam seketika. Mesti Liz maksudkan video yang dimuatnaik oleh Rio haritu. "Then you must have heard about me and my husband as well?"
"Honestly Roy, I don't care about them at all. I care about you. How are you coping?" tanya Liz, menanggalkan cermin mata hitamnya dan menatap wajah Rohaya dengan sayu.
Rohaya tidak terus menjawab. Dia kelihatan resah selepas mendengar pertanyaan Liz itu. Ternyata, dia kini berada dalam keadaan tertekan. Lebih-lebih lagi apabila perkahwinannya sedang berada dalam krisis sekarang.
"I..."
"It's okay. You can let it all out. I'm here for you." Liz menggenggam jemari Rohaya.
Kedua-dua mereka saling berpandangan. Mereka tidak berkata-kata buat seketika. Masing-masing saling menatap wajah yang semakin lama semakin kelihatan garis usia.
Liz mendekatkan lagi dirinya betul-betul rapat dengan wajah Rohaya. Rambut Rohaya dimain-mainkan dengan penuh manja. Rohaya memejamkan mata, melayan perasaan enak diperlakukan begitu oleh Liz.
"Liz...don't..." Rohaya teringat tentang suami dan anaknya. Dia menepis tangan Liz yang semakin menjalar tadi hingga ke leher. Rohaya cuba memerhatikan keadaan sekeliling selamat dan tiada mata yang sedang memandang mereka. Rio bersembunyi di belakang langsir apabila Rohaya menoleh ke kiri dan ke kanan.
"What's wrong, dear? Don't you miss me?" tanya Liz meletakkan jari telunjuknya pada dagu Rohaya. Liz sengaja memberikan senyuman menggoda pada wanita di hadapannya itu.
"I do. But my husband and my son."
"Ugh! They're not here. Where are they anyway?" tanya Liz kembali bersandar pada kerusi malas di hadapan rumah Rohaya. Jus oren yang terhidang di hadapan dihirup laju sehingga tinggal separuh cawan.
"Rio keluar dengan kawan dia. My husband is out playing golf." Rohaya menjawab dalam nada kecewa.
Liz merengus lembut. Dia sebenarnya simpati dengan nasib yang melanda Rohaya. Kalau Liz sendiri dapat suami yang macam tu, dah lama dah dia tinggalkan. Liz sendiri tak faham kenapa Rohaya perlu setia dengan jantan tak guna tu? Mungkin sebab anak mereka, Liz mengagak.
"I hate seeing you like this, you know. Come with me? Kita pindah Melbourne, macam yang kita plan dulu?" tiba-tiba saja Liz mencadangkan.
Terkejut Rohaya dibuatnya. Apa mimpi Liz tiba-tiba mahu berpindah ke Melbourne? Memang masa zaman mereka muda-muda dulu, mereka ada membuat perjanjian untuk menghabiskan sisa-sisa hidup mereka nanti di negara orang. Tapi perkara itu sudah lama tidak diingatkan oleh Rohaya. Dia ada hidupnya sendiri sekarang. Janji yang termeterai dulu dibuat ketika mereka belum berkahwin lagi. Sekarang macam dah susah untuk direalisasikan.
"I can't, Liz. You know I can't. I have a family to take care of." Rohaya menjawab, hampa.
Liz menggeleng-gelengkan kepala. "I told you not to marry him. But you degil! Always trying to 'fix' yourself katanya. Tengoklah apa dah jadi sekarang. Mana laki you? Main golf? Seriously? Hari-hari dia balik pukul berapa? Takkan takde masa untuk anak bini? Nonsense! What kind of husband is that?"
"The kind of husband that she marries!" tiba-tiba Iskandar muncul dalam keadaan baju polonya yang basah di bahagian leher dan dada.
Rohaya, Liz dan Rio yang masih bersembunyi dari tadi terkejut melihat kemunculan Iskandar. Bila dia sampai? Kenapa takde bunyi kereta pun tadi? Naik Uber jugak ke?
"Is...kitorang..." Rohaya bangun untuk mendapatkan suaminya namun Iskandar mengangat tangan sebagai tanda 'jangan dekatinya'.
Mata Iskandar tajam memandang Liz yang kini sedang turut sama berdiri. Liz membuat muka benci kerana meluat dengan Iskandar. Kacau betul! Baru nak mengumpat tadi.
"So ni yang you buat belakang I bila I takde dekat rumah? Jumpa ex girlfriend, macam tu?" tanya Iskandar kepada Rohaya.
Rio terkedu. Ex girlfriend? Maksudnya mommy pun...?
"Don't fight over me, Iskandar. I'm just here to check on her. Last I heard, you failed to deliver your responsibility as a husband." Liz mencapai beg tangannya dan bersedia untuk pergi dari situ. Dia berjalan ke arah Iskandar dan Rohaya.
"I'm so happy that you're 'happy', Roy." Liz melanggar bahu Rohaya dan terus menghubungi pemandunya. Tak sanggup lagi dia duduk di situ menghadap muka Iskandar. Kang tak pasal-pasal bergaduhan pula mereka semua.
"I'm so disappointed in you, Rohaya." Iskandar meluahkan kekecewaannya.
Rohaya mula menangis. "Is...we didn't do anything. I swear to God!"
"No! You did something today! You broke my heart." Suara Iskandar juga kedengaran seperti hendak menangis. Iskandar terus berlalu pergi dari situ, untuk naik ke biliknya. Ada esakan sewaktu dia meniti anak tangga. Dia langsung tidak perasan Rio sedang bersembunyi di sebalik langsir.
"Rio?"
Rio yang baru keluar dari persembunyiannya terkejut mendengar namanya diseru oleh Rohaya. Perlahan-lahan, Rio menoleh ke arah Rohaya.
"How long have you been hiding there?" tanya Rohaya, cuak.
YOU ARE READING
[KINI DI NOVEL PLUS] Sendu
RomanceRio Shabiro merupakan seorang YouTuber terkenal di Malaysia. Satu insiden tidak diingini membuat Rio mengambil keputusan untuk memberitahu semua peminatnya bahawa dia adalah gay dan dia sangat bangga dengan seksualitinya itu. Tanpa Rio sedari, terda...