Rio menggunakan peperiksaan percubaan SPM sebagai alasan untuk duduk di dalam bilik tanpa sebarang gangguan. Mommy dan daddy sangka dia sedang mengulangkaji pelajaran tetapi hakikatnya Rio menggunakan waktu terluangnya untuk melayan perasaan. Siapa yang tak sedih bila putus cinta kan? Lebih-lebih lagi bila putus dengan first love. Sakitnya, hanya mereka yang pernah rasa saja yang faham macam mana.
Sambil memasang lagu-lagu Adele, Sam Smith, Taylor Swift, Ziana Zain dan Ella, Rio lebih banyak termenung ke luar jendela, mengenang kembali memori indah ketika bersama Zakwan. Sendunya terbawa-bawa hingga ke mimpi. Pada malam Jumaat, ketika jam menunjukkan pukul tiga lima minit pagi, Rio terjaga selepas mengalami mimpi yang menakutkan di mana dadanya ditikam-tikam oleh Zakwan. Rio seolah-olah dapat merasakan bisanya mata pisau yang digunakan Zakwan menembus masuk ke dalam kulit.
"This can't be happening. I have to stop this feeling!" azam Rio untuk cuba melenyapkan rasa sakit di dalam hati.
Dia mengajak rakan-rakan influencer-nya untuk lepak bersama seperti biasa pada hari Sabtu di sebuah kafe hipster di Bangi. Nasib Rio pada minggu itu tidak berapa baik kerana ramai yang sibuk. Hanya Daniel dan Hilmi saja yang dapat meluangkan masa mereka untuk Rio.
"Are you okay, dik?" tanya Hilmi, melihat Rio gelisah saja dari tadi.
Rio tidak terus menjawab. Dia menarik nafas panjang sebelum memerhatikan wajah Daniel dan Hilmi satu per satu. "I broke up with Zakwan..."
"What!?" kedua-dua Daniel dan Hilmi terkejut. Mereka saling berpandangan. Kemudian, mereka terus merangkul tubuh Rio sambil memberikan kata-kata semangat.
"Sabar ya, dik. Jangan sedih-sedih..." ucap Hilmi.
Daniel menganggukkan kepalanya sambil mengurut lembut belakang Rio dengan penuh rasa kasih.
Rio terharu apabila dia diperlakukan sebegitu. Dia tidak memberitahu sesiapa pun lagi yang dia sudah putus dengan Zakwan. Siapa je yang patut dia beritahu? Bukan semua orang pun yang tahu dia dan Zakwan adalah pasangan kekasih.
"Macam mana boleh putus, Rio? Nak share dengan kitorang? Kitorang sudi dengar," kata Daniel sewaktu dia dan Hilmi duduk semula di tempat mereka.
"Panjang ceritanya..." ucap Rio sambil membetulkan postur duduknya supaya tampak lebih yakin.
"Kitorang ada masa so don't worry..." kata Hilmi, disokong oleh Daniel.
Rio tersengih melihat gelagat kedua-dua sahabat itu yang begitu prihatin terhadap dirinya yang sedang bersedih kini. Maka, tanpa perlu dipaksa, Rio pun menceritakan segala apa yang telah berlaku dalam hidupnya untuk beberapa minggu lepas. Daripada saat dia dipanggil menghadap pengetua akibat daripada video YouTube-nya, hinggalah ke saat di mana dia tidak lagi sanggup menjalinkan hubungan percintaan dengan lelaki homoseksual yang discreet. Daniel dan Hilmi tekun mendengar. Sesekali mereka mencelah bagi memastikan Rio tidak terlalu memikirkan.
"You are so strong, dik. I am so proud of you." Hilmi menggenggam tangan Rio dengan penuh bersemangat.
"Thanks, Kak Mimi..." Rio memanggil Hilmi dengan nama Kak Mimi kerana Hilmi lebih selesa dengan panggilan itu.
"Zakwan is not worth it, Rio. You did the right thing by breaking up with him." Daniel pula berkata.
Hilmi menganggukkan kepalanya sambil tersenyum ke arah Rio. "You can find someone better."
Rio tersengih. "Someone better? Maybe not for the time being kot. I'd rather be single at the moment."
"Really? You'd rather be single at this point of time when you need someone by your side?" tanya Hilmi.
Tanpa teragak-agak, Rio menjawab, "Yeah. I don't need a boyfriend. I have you guys by my side."
"Awwwww..." kedua-dua Daniel dan Hilmi terharu.
"You're so sweet la Rio. I don't understand why Zakwan tak reti nak appreciate you," kata Daniel sambil menghirup caramel frappucino yang dipesannya tadi.
"It's okay. Dah nasib kan. I feel so much better now actually knowing that I have a place to go." Rio meluahkan rasa syukur kerana Daniel dan Hilmi sudi keluar dengannya biarpun pertemuan itu agak short-noticed.
"Actually, we almost didn't make it tau..." giliran Hilmi menghirup minumannya, unicorn raspberry.
"What do you mean?"
Hilmi memandang ke arah Daniel sebagai tanda menyuruh Daniel yang menceritakan apa yang telah berlaku. Daniel membetulkan postur duduknya dan menarik nafas panjang. "Things have gotten a lot worse with the anti-LGBT movement."
"Still?" tanya Rio.
Daniel dan Hilmi sama-sama menganggukkan kepala mereka. "One of our friends kena attack masa on the way balik dari kerja," sambung Daniel.
"And dia cedera parah. Still lagi dekat hospital." Hilmi mencelah.
"What? Sampai macam tu sekali?" Rio seolah-olah seperti tidak percaya.
"You know how anti-LGBT works kan? Diorang sanggup buat apa je untuk capai matlamat diorang. Bukan kawan kitorang tu je yang kena. Kebanyakan yang pernah jadi curator @twt_LGBT, mesti pernah dapat warning dari diorang. Sebab tu sekarang account tu macam dah tak aktif dah. Sebab benda ni lah," akhiri Daniel.
"You need to be more careful, Rio. Banyak mata yang memerhatikan kita. Silap langkah, kita tak tau apa yang diorang boleh buat." Hilmi memberi peringatan.
Rio menerima nasihat Hilmi itu dengan hati yang terbuka. Dia kemudiannya teringat semula tentang tanda-tanda dia juga diserang oleh kumpulan anti-LGBT. Bermula dengan komen dalam video yang di-upload-nya. Kemudian, insiden di mana bangkai burung-burung gagak dibuang di halaman rumahnya. Dan baru-baru ini Rio dapat rasakan dirinya seperi sedang diperhatikan oleh seseorang.
"Balik nanti, kalau boleh pandang belakang tau. Takut ada orang follow you. Kalau you naik Grab atau Uber, make sure you ingat betul-betul nama driver tu," pesan Hilmi lagi.
"Apa dosa kita sampai diorang sanggup buat kita macam ni? Kenapa nak biarkan kita hidup dalam ketakutan? Salah ke kalau kita nak hidup aman damai? Nak orang terima diri kita seadanya?" Rio meluahkan rasa kesal terhadap golongan anti-LGBT ini yang tidak henti-henti cuba melakukan sesuatu terhadap kaum minoriti seperti mereka.
"Tak salah untuk kita hidup bebas, sayang. Tapi kita kena ingat, dekat mana kita pergi, mesti ada orang yang benci dekat kita. Apa yang patut kita buat sekarang is to stay strong and make sure kita semua jangan berpecah belah. We need to stick together and kalau kita kuat, akak yakin kita boleh go through this."
Nasihat serta peringatan dari Daniel dan Hilmi itu dipegang kuat oleh Rio. Ketika dia pulang ke rumah, dia terasa sedikit nervous kerana khuatir sekiranya dia diserang oleh golongan anti-LGBT ini. Namun, dia bersyukur kerana dia tiba di rumah dengan selamatnya. Cuma Rio masih tertanya-tanya lagi. Sampai bila LGBT di Malaysia perlu hidup dalam ketakutan?
YOU ARE READING
[KINI DI NOVEL PLUS] Sendu
Storie d'amoreRio Shabiro merupakan seorang YouTuber terkenal di Malaysia. Satu insiden tidak diingini membuat Rio mengambil keputusan untuk memberitahu semua peminatnya bahawa dia adalah gay dan dia sangat bangga dengan seksualitinya itu. Tanpa Rio sedari, terda...