Bab 7

1.9K 77 7
                                    

Rio menggunakan perkhidmatan Uber untuk pulang ke rumahnya yang terletak di Puncak Jalil. Baru sekejap tadi mommynya menghantar pesan melalui WhatsApp untuk tidak pulang terlalu lewat. Mommy dan daddy sudah dalam perjalanan pulang ke rumah dari satu majlis resepsi. Mereka mahu sama-sama menikmati makan malam dengan Rio.

Rio yang tahu peluang untuk mereka sekeluarga berkumpul dan makan malam bersama tidak selalu ada, cepat-cepat pulang ke rumah seperti yang telah disuruh. Waktu itu, matahari sudah semakin menginjak ke sebelah barat. Ketika pemandu Uber Rio datang menjemput, jam menunjukkan pukul 6 petang. Rio menarik nafas lega kerana ketika dia sampai ke rumah nanti, hari masih lagi akan terang.

Perjalanan pulangnya tidak mengambil masa terlalu lama. Rio tiba di hadapan rumah pada pukul 6.30 petang. Dari jauh dia dapat melihat Cik Salama. Awalnya, Rio menyangka Cik Salama sedang menyapu daun-daun kering di luar rumah. Rupanya Cik Salama sedang kalut kerana telah terlihat sesuatu.

Rio cepat-cepat membuat bayaran kepada pemandu Uber tadi sebelum keluar dari kereta dan menghampiri Cik Salama.

"Kenapa ni Cik Salama?"

"Rio!" Salama menarik nafas lega melihat Rio. Dia pantas menundingkan jari ke arah halaman rumah.

Rio menyoroti pandangan Cik Salama dan membuntangkan mata. "Ya Allah!"

Di hadapannya kini terbaring hampir 30 ekor bangkai burung gagak. Bangkai-bangkai burung gagak itu berselerak di atas rumput. Bau busuk mula menusuk rongga hidung Rio dan Cik Salama.

"Macam mana boleh jadi macam ni, Cik Salama?" tanya Rio, mula mendekati bangkai-bangkai itu.

"Tak taulah, Rio. Cik Salama tengah masak dekat dapur tadi. Ada dengar bunyi bising dekat luar tapi tak sangka pulak sampai macam ni keadaannya," jawab Salama, masih lagi kalut.

Rio terperasan ada sesuatu diikat pada salah seekor dari bangkai burung itu. Kertas yang dilipat-lipat. Dengan penuh rasa ingin tahu, Rio mencangkung dan merentap kertas itu dari kaki bangkai burung tadi.

"Apa tu, Rio?" tanya Salama, takut.

Rio dengan perasaan gemuruh, membuka kertas itu.

'BANTAH LGBT!' tertulis di atas kertas itu dengan darah.

**********

"You what!?" Iskandar bangun dari duduknya selepas Rio menceritakan punca rumah mereka diserang oleh golongan anti-LGBT dengan membuang bangkai burung gagak di halaman rumah.

Rohaya pantas mendapatkan suaminya supaya tidak memukul Rio. "Sabar, daddy."

Rio diam saja. Langsung tidak berani melawan balik. Dia tahu ini semua salahnya. Kalau dia tak muatnaik videonya dalam YouTube, tentu perkara ini takkan terjadi.

"How could you do this to us, Rio? Why do you have to upload that video? Why do you have to tell the whole world about who you are? Tak cukup ke mommy dengan daddy tahu? Why do you have to do this to us?" Iskandar terduduk semula setelah meluahkan kekecewaannya terhadap Rio. Iskandar menakup mukanya kerana terlalu malu.

Sementara Rohaya masih tetap cuba menenangkan suaminya. Dia mengurut-urut belakang suaminya sambil memandang ke arah Rio dengan rasa sayu.

"I'm sorry, daddy. I didn't mean to hurt anyone. I had no idea that this would happen."

Iskandar menoleh ke arah Rio. "No idea this would happen? Rio tak tengok berita ke? Tak takut ada orang cuba nak bakar rumah ni jugak? Tak takut!?"

"Dahlah tu, daddy. He said he's sorry. Janganlah pressure dia lagi," pujuk Rohaya.

Iskandar menoleh ke arah Rohaya pula. "This is all your fault!"

Rohaya terkejut kerana Iskandar tiba-tiba menyalahkannya pula.

"We should have just sent him for counseling the minute he told us that he likes boys!"

"And do what? Change his sexuality? Are you crazy? He's not sick, okay. He just likes boys, that's all!" Rohaya membela Rio.

Rio terasa seperti hendak menangis melihat mommy dan daddy bertengkar kerana seksualitinya. Baru kini Rio tahu daddy tidak pernah menerima dirinya seadanya. Daddy cuma berpura-pura menerima hakikat bahawa dia adalah seorang lelaki homoseksual sedangkan jauh di sudut hati, daddy berharap sangat agar Rio dapat berubah. Patutlah selama ini daddy dingin dengannya.

"We are lucky that Kak Salama tak kena serang ke apa. What if diorang datang sini and bakar rumah ni? What's gonna happen to us? What's gonna happen to Kak Salama? Have you ever think about that?" Iskandar benar-benar menyalahkan Rohaya dalam hal ini.

"We'll call the police and ask them to send their guys here."

"And tell them what? Our son is gay and he is putting our lives in danger because of the come-out video he made last week?"

"Iskandar! What is wrong with you? This is our son, okay. If you can't accept your son for who he is, what kind of father are you?" Rohaya mendekati Rio. Dia tahu Rio terasa dengan kata-kata Iskandar.

"He is your son! I bet he got the whole homosexual thing from you."

"ISKANDAR, ENOUGH!!!"

Iskandar bangun dan terus berlalu keluar dari ruang tamu. Dia naik ke atas sambil merengus kasar. Meninggalkan Rohaya dan Rio yang sudah mula menitiskan air mata kerana kata-katanya yang menikam kalbu.

Rohaya memeluk Rio dengan penuh kasih sayang. "I'm sorry, dear. I'm so sorry."

"Teruk sangat ke Rio ni, mommy? Teruk sangat ke?" tanya Rio, teresak-esak menangis.

Rohaya menyeka air mata Rio dan memegang erat pipi anaknya itu. "No! You are my son and I love you. I accept you for who you are and nothing can change that. Okay?"

Dalam keadaan terpaksa, Rio mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia merangkul tubuh mommynya sekali lagi dan kedua beranak itu berpelukan buat seketika.

Rohaya mengetap bibirnya. Dia sangat tidak berpuas hati dengan kata-kata Iskandar tadi. Berani dia mengungkit kisah lama? Patutlah selama ini ada saja perkara yang tidak kena dengan perkahwinan mereka berdua. Rupanya Iskandar masih lagi belum boleh menerima hakikat bahawa satu ketika dulu Rohaya pernah menjalin hubungan intim dengan seorang perempuan. Apa yang membuat Rohaya bertambah marah ialah apabila Iskandar mengungkit kembali kisah lama itu di hadapan Rio yang tidak tahu langsung tentang sejarah silam ibu bapanya.

'Tak guna kau, Iskandar. Kau sengaja nak malukan aku depan anak kita. Nampak sangat yang kau masih berdendam dengan aku. Takpe, kau tunggulah. Aku takkan biarkan anak kita ni terus terseksa dengan cacian dan makian kau. Aku akan hantar dia jauh lepas ni. Kau takkan dapat jumpa dengan dia lagi lepas ni. Kau tunggulah!' janji Rohaya di dalam hati.

[KINI DI NOVEL PLUS] SenduWhere stories live. Discover now