Bab 12

1.6K 80 15
                                    

"Rio!" Rohaya datang menerpa ke arah Rio sebaik saja dia ternampak Rio memasuki perkarangan sekolah.

Rio menghentikan langkah dan menundukkan muka tatkala Rohaya memeluk-meluk tubuh dan mencium-cium pipinya. Pelajar-pelajar yang lain sekadar memerhatikan dengan penuh tanda tanya.

"Apahal budak kunyit tu? Mak tak ampunkan dosa ke macam mana?" tanya seorang pelajar nakal yang sedang berjalan ke kantin.

Waktu itu, Zakwan turut sama dalam perjalanan ke kantin. Jadi dia terdengar kata-kata pelajar itu. Zakwan menoleh ke belakang dan ternampak Rio saling berpelukan dengan ibunya.

"I'm so worried about you. Please don't do this to me anymore, Rio. Please! I love you. I don't want to lose you. Please jangan buat mommy macam ni lagi. Please?" bercucuran air mata Rohaya, enggan melepaskan pelukannya dari tubuh Rio.

Rio diam seribu bahasa. Dia mendongakkan dagu dan dapat melihat daddy sedang bersandar di tepi kereta dengan cermin mata hitam. Daddy langsung tidak datang memeluk Rio. Seolah-olah seperti kehilangan Rio semalam tidak memberi apa-apa erti.

"Puan Rohaya..." Tuan Haji Zainol tiba-tiba muncul di belakang mommy Rio.

Rohaya menyeka air matanya dan tergesa-gesa mencari tisu supaya dapat mengelap air matanya yang bercucuran di pipi. Sampai rosak solekannya pagi itu! "Ya saya, Tuan Haji?"

"Nampaknya Rio selamat. Semalam masa saya dapat call dari Puan, saya pun risau kalau Rio lari jauh sampai tak nak datang sekolah lagi."

Rio mencebikkan bibir. Yelah tu kau risau. Entah-entah kaulah yang paling excited sekali kalau aku berambus dari sini, bisik hatinya.

"Rio, ke mana saja awak menghilangkan diri? Awak tahu tak yang mak ayah awak risau sangat bila awak lari dari rumah semalam? Kitorang hampir-hampir telefon polis. Cuma fikir belum 24 jam lagi je." Tuan Haji Zainol mengomel.

"Saya tak ke mana-mana. Saya tidur rumah kawan. Jangan risau. Saya masih waras lagi. Takkan lari rumah tak tentu hala," kata Rio tanpa memandang wajah sesiapa pun.

Rohaya mengucup pipi Rio sekali lagi. "Come home after school, please?"

"No!" Rio enggan.

"What? Why?" tanya Rohaya.

Tuan Haji Zainol juga turut terkedu dengan jawapan Rio yang berbaur seperti memberontak itu.

"Mommy, please. I am sick and tired of seeing you and daddy bergaduh because of me. I feel like a burden, okay. I don't want you guys to quarrel anymore. I really want it to stop," terang Rio. Dia menyambung lagi, "The only way to do this, is for me to get out from that house. Temporarily. I will come back once you and daddy sort everything out."

Rohaya terdiam. Dia menggeleng-geleng kepalanya seperti akan menangis sekali lagi.

"Puan?" Tuan Haji Zainol yang tahu Rohaya akan menitiskan air mata, cuba menenangkan.

"Rio tahu tak yang mommy and daddy bergaduh sebab Rio? If it's not because of you, this whole thing wouldn't happen!" terketar-ketar Rohaya menahan rasa geram.

"How dare you simply lari dari rumah? You think this will solve everything? You think mommy and daddy will celebrate when you're not at home? How dare you, Rio? How dare you!?"

Para pelajar dan guru-guru hanya memerhatikan saja drama pagi di hadapan pintu pagar sekolah itu. Mereka semua saling berbisik. Ada yang tersenyum sinis kerana berpuas hati Rio menerima pengajaran daripada tindakannya memuatnaik video coming out dua minggu lepas.

Zakwan yang masih tidak berganjak dari tempatnya berdiri tadi hanya memerhatikan dengan perasaan sayu. Dia tahu dia tidak wajar masuk campur urusan keluarga Rio. Lagipun, kalau dia masuk campur nanti, apa pula kata kawan-kawannya? Tiada siapa yang tahu Zakwan dan Rio sebenarnya mempunyai hubungan istimewa. Tiada siapa yang tahu pun bahawa Zakwan adalah #GengKunyit sama seperti Rio.

[KINI DI NOVEL PLUS] SenduWhere stories live. Discover now