Bab 6

2.2K 82 2
                                    

"Oh my God, Rio! Come and give me a hug. We are so proud of you!" Daniel mendepakan tangannya untuk memeluk Rio sewaktu kedua-dua mereka sedang menghadiri perhimpunan mingguan social media influencers di sebuah kafe hipster di Bangi.

Rio mendakap tubuh Daniel dan mereka saling berpelukan selama beberapa saat. Sudah agak lama mereka tidak bersua muka. Masing-masing sibuk dengan urusan hidup mereka. Kedua-duanya sudah lama tidak menghadiri perhimpunan mingguan itu. Nampak gayanya seperti jumlah kehadiran sudah menjadi semakin ramai. Siap ada muka baru lagi.

"Thank you, Daniel." Rio meleraikan pelukannya sebelum menoleh ke arah seorang lelaki jambu yang berdiri di belakang mereka sejak tadi.

Daniel menyoroti pandangan Rio. Kemudian, dia tersenyum. "Oh lupa pulak. Kenalkan. Ni Hilmi, junior I dekat UIA."

Hilmi datang mendekati Rio sambil menghulurkan tangan. "Hai. I'm Hilmi."

Rio menyambut tangan Hilmi dengan mesra. "Rio. Nice meeting you."

"Just so you know, I'm a big fan of yours." Hilmi masih belum meleraikan lagi tangannya dari bersalaman dengan Rio.

"Thank you." Itu saja yang mampu Rio jawab. Dia tak kenal pun siapa kawan Daniel tu. Tak pernah nampak pun dia dekat mana-mana media sosial. Ke aku yang tak perasan selama ni?

"Well, shall we meet the other influencers?" tanya Daniel sambil meleraikan genggaman tangan Rio dan Hilmi dengan perlahan.

"Yes. Let's! I dah lama gila tak jumpa diorang." Rio berkongsi rasa teruja.

Daniel tersenyum saja melihat keceriaan yang terpancar pada wajah Rio. Rasanya belum pernah lagi dia melihat Rio berada dalam keadaan sebegitu gembira. Tidak pasti sama ada Rio sekarang sedang gembira dapat bertemu dengan rakan-rakan influencer-nya atau gembira kerana tidak perlu lagi menyembunyikan identitinya yang sebenar.

Ketiga-tiga mereka berjalan ke arah para influencers yang sedang sibuk bergambar dalam kafe hipster itu. Masing-masing mula memuatnaik status dengan gambar-gambar yang mereka ambil menggunakan beberapa hashtag. Semuanya demi mengejar 'likes' dan 'retweet'.

"So Rio, I heard you were offered a chance to curate @twt_LGBT. Is it true?" tanya Hilmi, entah dari mana dia dapat tahu tentang perkara itu. Tentu dari kalangan mereka yang mengenali siapa admin akaun Twitter yang sering menampilkan aktivis-aktivis LGBT dalam Malaysia yang dimaksudkan tadi.

Rio tersengih. Beberapa orang influencers yang berada dekat dengan mereka turut mahu tahu apa agaknya jawapan yang akan Rio berikan.

"Yeah. But I'm still too young to curate such account. So I decided not to do it," jelas Rio dengan tenang.

Mereka yang mendengar mengangguk-anggukkan kepala tanda faham. Bukan senang untuk diberi peluang menjadi seorang curator. Kebiasaannya, mereka yang menjadi curator dengan sukarelanya menawarkan komitmen. Tapi lain pula bagi Rio. Aktivis LGBT perasan akan kehadirannya setelah dia memuatnaik video coming out Ahad lepas. Tindakan Rio itu dipuji kerana tidak semua orang berani mengaku mereka adalah gay dalam khalayak ramai. Tambahan pula, Rio sendiri merupakan seorang influencer dan baru berusia 17 tahun. Pengakuannya itu cukup menginspirasikan remaja-remaja di luar sana yang sedang bertarung dengan identiti mereka.

Daniel menepuk-nepuk belakang Rio dengan satu senyuman. Tersipu-sipu Rio apabila Daniel bertindak sedemikian. Ianya merupakan satu isyarat bahawa Daniel sangat bangga dengan Rio. Tepukan di belakang tubuh Rio itu sebagai tanda syabas kerana telah melakukan sesuatu yang terpuji.

"Eh how's your closeted boyfriend? Is he okay with you coming out now in public?" tanya salah seorang dari para influencers.

Sekali lagi, pertanyaan yang dilontarkan terhadap Rio menjadi daya penarik untuk influencers yang lain memasang telinga dan memberi perhatian mereka kepada jawapan yang akan diberi.

Rio terdiam seketika. Rakan-rakan influencernya tidak tahu siapa sebenarnya Zakwan. Rio sengaja tidak mendedahkan identiti teman lelakinya itu kerana dia menghormati keputusan Zakwan untuk terus-terusan menjadi seorang closeted gay. Zakwan sendiri tak pernah menganggap dirinya seorang gay. Satu-satunya lelaki yang menarik perhatiannya hanyalah Rio seorang. Dia tak pernah menyimpan perasaan terhadap mana-mana lelaki lain kecuali Rio. Rio benar-benar istimewa di hati Zakwan.

"He's okay with it. In fact, he supports me all the way. The only thing that he won't do is coming out of the closet like I did," jelas Rio sambil tersengih sendiri mengenangkan teman lelakinya itu.

"Aww, he's such a sweet boyfriend." Salah seorang dari influencers memberi reaksi.

"Tapi Rio, orang tak boleh syak ke yang dia gay jugak? I mean, he spends a lot of time with you, right? Now that you're out of the closet, I'm sure people have been assuming." Daniel bertanya. Dia seperti tidak berkenan dengan Zakwan.

"Well...we can't stop people from talking. But we've been very discreet in public. We even call each other kau aku so I guess that covers pretty much everything."

Mereka mengangguk-anggukkan kepala tanda faham.

"You are such an inspiration, Rio. I am truly inspired by your courage." Hilmi bersuara dengan sinar dalam matanya.

"Thanks. I really appreciate it. I feel like we need to be comfortable with who we are. We need to accept ourselves first before society can actually accept us. That is very important for me. And I want to educate everyone out there that it's okay to be gay and it's okay if someone is gay. There's nothing wrong about it." Rio panjang lebar memberi penjelasan.

"Okay, shall we take a group photo?" Daniel mengajak sebaik saja Rio tamat berbicara.

Mereka semua pantas bangun dari tempat duduk dan mula mengambil posisi masing-masing untuk berselfie dengan Daniel.

"Are you guys ready? Okay...one...two...three!"

Daniel mengambil beberapa selfie menggunakan telefon pintarnya. Selain daripada selfie, mereka juga turut menggayakan pelbagai aksi dengan aplikasi Boomerang. Masing-masing tertawa dengan keletah mereka.

"AirDrop everything to us..." kata Rio sebelum mengeluarkan telefonnya dari poket seluar.

Para influencers itu segera menghidupkan AirDrop mereka dan menunggu dengan penuh sabar untuk Daniel berkongsi gambar-gambar serta video yang diambil.

Sedang tertawa bersama rakan-rakan, Rio terperasan akan kehadiran seseorang di dalam kafe itu. Seorang lelaki berbadan tegap, berambut botak dengan cermin mata hitam yang menyukarkan Rio untuk mengecamnya.

Lelaki itu hanya memandang Rio dan rakan-rakan. Pandangannya itu cukup lama sehingga membuat Rio sendiri berasa kurang selesa.

"Kenapa Rio?" tanya Hilmi yang terperasan Rio tiba-tiba saja tidak bersuara.

Rio pantas menggelengkan kepala. "Tak ada apa-apa."

Rio mula menekan butang 'Accept' selepas Daniel menghantar gambar-gambar dan video yang diambil tadi menggunakan AirDrop.

Rio menjeling ke arah lelaki itu sekali lagi dan dia masih sedang memandang mereka. 'Apa kau nak, sial?' bisik hati Rio yang benar-benar tidak selesa dengan pandangannya. Psiko!

[KINI DI NOVEL PLUS] SenduWhere stories live. Discover now