Hujan lebat mencurah-curah ketika Rio tiba di hadapan rumah Zakwan. Dalam keadaan dirinya basah kuyup, Rio mengetuk pintu rumah teman lelakinya dengan harapan agar Zakwan sekeluarga akan membenarkan dia menumpang tinggal di situ buat seketika.
Tok! Tok! Tok!
Rio menyapu wajahnya yang kebasahan sambil menunggu seseorang membuka pintu. Guruh berdentum, membuat Rio tersentak. Dia terus memeluk tubuhnya yang kesejukan.
Zakwan membuka pintu rumah dan terpempan seketika.
"Rio? What happened?" tanya Zakwan, menutup semula pintunya sedikit supaya tempias hujan tidak masuk ke dalam rumah.
"Can I at least come in?" tanya Rio yang sedang menggigil kesejukan.
Zakwan sempat menjeling ke arah bagasi yang dibawa bersama oleh Rio. Dia seperti dapat membaca apa yang sedang berlaku kini.
Dengan rasa berat hati, Zakwan membenarkan Rio masuk ke dalam rumahnya.
**********
Tidak mudah untuk Rio menceritakan tentang apa yang telah berlaku. Keluarga Zakwan tentu tidak akan faham kerana mereka tidak tahu Zakwan dan Rio adalah pasangan kekasih. Jadi, dia terpaksa menipu mereka semua.
"Mommy dengan daddy pergi outstation. At the same time, Cik Salama terpaksa balik Jakarta melawat orang sakit. Tak ada siapa nak jaga saya."
Zakwan yang tahu kisah sebenar di sebalik penipuan itu, sekadar menjongketkan keningnya. Dia mengenyitkan mata kepada Rio sewaktu ahli keluarganya tidak memandang.
Rio menjengilkan biji matanya kepada Zakwan kerana khuatir sekiranya ada ahli keluarga Zakwan yang terperasan dengan tindakannya tadi.
"Kenapa tak call awal-awal? Uncle boleh tolong amek. Kan dah kena hujan. Sampai basah lencun dibuatnya!" tanya Arshad, selaku ketua rumah. Waktu itu, dia sekeluarga sedang menikmati makan malam bersama Rio.
"It's okay, Rio. Mulai hari ni, Rio boleh stay dengan kitorang satu family sampailah mommy dengan daddy balik KL. Okey?" Salwa, ibu kepada Zakwan memberi restu.
Zakwan kelihatan seperti teruja dengan kenyataan ibunya itu. Tersengih-sengih dia memandang Rio.
"Lagipun, Rio memang dah banyak tolong Zakwan dari segi pelajaran. Jadi tak salah rasanya kalau kami sekeluarga nak balas balik budi Rio. Tak gitu, bang?"
Arshad yang sedang menguyah daging salai dengan nasi putih sekadar mengangguk-anggukkan kepala.
"Zakwan, nanti tolong kemaskan sikit bilik lama Abang Long. Bagi Rio tidur situ," pesan Salwa sebelum meneguk air sirap yang dibancuh sendiri.
"Kenapa bilik Abang Long pulak? Biarlah Rio tidur bilik Zakwan."
Rio terkedu dengan kata-kata Zakwan itu. 'Please don't make it too obvious, dimwit!' getus hati Rio.
"Dari dibiar bilik tu kosong, baik kita bagi Rio tidur situ. Selesa sikit. Takkan nak berhimpit dengan kamu?" tegur Salwa, penuh hemah.
Zakwan terdiam. Dia tidak mahu kelihatan terlalu beria-ia sangat. Kalau kantoi nanti, susah. Jadi, dia terpaksa akur.
"Rio nanti ikut Zakwan, okey? Dia akan tunjuk mana bilik Abang Long dia dulu," pesan Salwa kepada Rio.
Rio menganggukkan kepalanya sambil tersenyum sumbing. "Terima kasih auntie, uncle."
Rio sempat menjeling ke arah Zakwan yang memuncungkan muka kerana tidak dapat tidur sebilik dengannya. Kelakar betul tengok muka buah hatinya itu merajuk. Mengalahkan budak-budak!
**********
Usai menikmati makan malam bersama, Rio dibawa ke bilik lama abang Zakwan sebelum dia menyambung pelajaran di Universiti Sains Islam Malaysia setahun yang lepas.
Zakwan langsung tidak bercakap dengan Rio sewaktu dia membawa Rio masuk ke bilik itu.
"Hey, kenapa diam je ni?" tegur Rio sambil menyentuh bahu Zakwan dari belakang.
Zakwan menoleh dan muncungnya masih memanjang. Rio terus tertawa melihat.
Zakwan mencebikkan bibir. "Janganlah gelak!"
Rio mencuit dagu Zakwan. "Merajuk lagi ke? Alololo! Ingat comel la tu merajuk lama-lama?"
Zakwan menepis tangan Rio. Dia merebahkan tubuh di atas katil Abang Longnya sambil memberikan pandangan menggoda pada teman lelakinya itu.
"Why are you looking at me like that?"
Zakwan menongkat kepalanya sambil mengenyitkan mata. "Saja. You do know that this is the first time you're in my house, right?"
"So?"
Zakwan bangun mendapatkan Rio. Dia mendekatkan wajahnya dengan wajah Rio sebelum menjawab, "So, I wanna make it special for us. For both of us." Zakwan mengucup kedua-dua belah tangan Rio dengan penuh romantis.
Rio tersenyum. "In your dreams, dude!" tangannya ditarik semula.
Zakwan tersentak.
"I'm not here for sex, okay? I'm here for shelter." Rio mula membuka bagasinya untuk mengeluarkan pakaian di dalam.
"You're not even up for a cuddle?"
Rio mengeluh. "Zack, please. We're at your parents' house. Have some respect. What if diorang nampak kita?"
Zakwan terpaksa akur. "Fine. I won't push. I'll be at the room next door if you need anything."
Dengan langkah yang lemah, Zakwan berjalan ke arah pintu. Rio menarik tangannya. Zakwan menghentikan langkah.
"Hey. Thanks...for being okay with me staying here for a couple of days."
Zakwan sekadar menganggukkan kepala tanpa memandang wajah Rio. "Goodnight, Rio."
"Goodnight, Zakwan."
**********
Rio mengalami kesukaran tidur malam itu. Dia memandang sepi iPhone 6s-nya yang sengaja dimatikan supaya Rohaya dan Iskandar tidak mencari. Ke kiri ke kanan dia cuba mencari posisi tidur yang selesa.
"Ugh!" Rio mengeluh. Memang dia takkan dapat tidur dekat tempat yang asing itu.
Serta-merta fikiran Rio teringat tentang Zakwan yang berada di bilik sebelah. "I'll be at the room next door if you need anything" suara Zakwan terngiang-ngiang.
Rio bingkas bangun dari perbaringan dan perlahan-lahan berjalan keluar dari bilik Abang Long Zakwan.
Dengan penuh rasa debar, Rio menghampiri pintu bilik Zakwan. Dia cuba memulas tombol dari luar. Berkunci! Tapi tidak lama. Seperti dapat membaca gerak geri si kekasih hati, Zakwan membuka pintu biliknya untuk Rio.
"Hey..." Rio yang tidak pasti reaksi apa yang patut diberi, tersengih-sengih.
"Yes?" Zakwan seperti menjual mahal.
"Can we cuddle tonight?"
Zakwan tersenyum lebar. Dia membenarkan Rio masuk dan mengunci semula pintu bilik tidurnya.
**********
"So...you finally wanna cuddle huh?" bisik Zakwan pada telinga Rio ketika mereka sedang berpelukan dalam posisi spooning. Zakwan di belakang manakala Rio di depan.
"Actually..." Rio memalingkan tubuhnya supaya dapat bersemuka dengan wajah Zakwan. Mata mereka saling bertaut.
"I am okay if you wanna do more than just cuddle..."
Zakwan membuntangkan matanya. Dia tidak menyangka Rio akan memberinya lampu hijau untuk ke base yang seterusnya. Selama ini mereka hanya bercumbuan tanpa melakukan apa-apa yang melampau.
"Are you serious?" tanya Zakwan, tidak percaya.
Rio tidak terus menjawab. Dia menatap wajah Zakwan lama sebelum memberi ciuman paling sensual. Zakwan menyambut ciuman Rio itu dan terus memeluk tubuh Rio erat.
YOU ARE READING
[KINI DI NOVEL PLUS] Sendu
RomantizmRio Shabiro merupakan seorang YouTuber terkenal di Malaysia. Satu insiden tidak diingini membuat Rio mengambil keputusan untuk memberitahu semua peminatnya bahawa dia adalah gay dan dia sangat bangga dengan seksualitinya itu. Tanpa Rio sedari, terda...