Bab 13

1.6K 86 13
                                    

"I'm so sorry, Abang Rio." Fitri datang meminta maaf kepada Rio kerana telah menjadi punca Rio sekeluarga diheret masuk ke bilik pengetua tempoh hari. Waktu itu, Rio sedang sibuk mengulangkaji pelajaran seorang diri di perpustakaan sekolah.

Rio telah berjanji pada diri sendiri untuk tidak duduk di kantin pada waktu rehat. Dia lebih suka menghabiskan masa di dalam perpustakaan kerana sekurang-kurangnya, yang tinggal di dalam perpustakaan itu hanyalah pelajar-pelajar nerd yang langsung tidak ambil peduli tentang kisah orang lain. Yang mereka utamakan hanyalah belajar, belajar dan belajar.

Rio terpaksa mengambil keputusan untuk mengelakkan diri dari dicemuh oleh rakan-rakan sebayanya. Biarpun telah dipujuk oleh Ammar dan Intan, Rio tetap dengan pendiriannya.

"It's okay. It's not your fault. I'm the one who inspired you. So technically, it's my fault. Don't beat yourself so hard, okay?" kata Rio sebelum kembali fokus kepada bacaannya. Minggu depan, Peperiksaan Percubaan SPM akan berlangsung. Biarpun hidupnya kini sedikit tunggang langgang, Rio berazam untuk tidak menjadikan itu sebagai alasan untuk tidak skor dalam peperiksaan.

"You're such a strong person, abang. I really adore you." Fitri masih lagi berdiri di situ dengan senyuman lebar yang menyembunyikan mata.

Rio memandang wajah ceria Fitri itu dengan perasaan awkward. Demi untuk menghalau Fitri pergi, Rio mengangguk-anggukkan kepala sambil mengucapkan terima kasih. "Thanks, ya."

Sangkaan Rio, Fitri akan terus pergi dari situ selepas dia mengucapkan terima kasih. Tapi Fitri rupanya masih punya pertanyaan lagi untuk Rio!

"Can I have your phone number, please bang?"

Rio terkedu. Phone number? Kejadahnya budak ni? Taste kat aku ke apa? Nak buat apa dengan nombor aku?

"Err...privacy," jawab Rio, spontan.

"Kalau macam tu, bagi saya WeChat ID abang. Nanti saya add." Fitri seperti tidak mahu menyerah kalah.

Rio menjongketkan keningnya. "Do I look like I have WeChat ID?"

Fitri berfikir sejenak. Kemudian, dia menjawab, "Bukan semua PLU kena ada WeChat ke? Barulah senang nak look around kan? Tak gitu?"

Kata-kata Fitri itu ternyata menjengkelkan Rio. Gelak Fitri yang tidak ikhlas itu juga turut menambahkan rasa panas dalam hati Rio.

Rio mengetap bibirnya sebelum memberikan senyuman paling fake kepada Fitri. "Can you do me a favour, please my dear?"

"Yes? Anything for you, bang!" jawab Fitri, teruja.

"Can you please stop embarrassing the gay community? Stop cultivating the gay culture. Asal PLU je, WeChat. Asal WeChat je, look around. And then hook up tak tentu hala. Penyudahnya esok ramai-ramai kena STD."

Fitri terkedu mendengar kata-kata Rio itu. Tidak dia sangka itu adalah favour yang Rio maksudkan.

Rio menyambung lagi, "It's bad enough that straight people look at us like we're some kind of disgrace to the nature. You nak betul-betul give them a reason to believe in that? Please-lah! We're so much better than that, okay. Boleh tak for once, gay people are not associated with flings and random sex? Please?"

Keadaan sunyi sepi buat seketika. Fitri langsung tidak membalas kata-kata Rio itu. Dia memandang Rio dengan pandangan awkward. Niatnya tadi cuma mahu meminta maaf atas apa yang terjadi tempoh hari. Kenapalah kau pergi mintak nombor dia, Fitri oi? Kan dah kena!

Fitri rasa seperti hendak menyembunyikan kepalanya di dalam beg sekolah. Dia segan dengan Rio. Rio masih lagi memandangnya dengan penuh judging.

"Err...saya rasa saya patut pergi dulu kot. Mintak diri dulu ya, Abang Rio?" Fitri terus berlalu pergi meninggalkan Rio seorang diri di situ.

Pandangan mata Rio mengekori Fitri hingga dia keluar dari situ. Kemudian, barulah Rio menarik nafas lega dan kembali mengulangkaji pelajaran.

"You asked for it, boy..." bisik Rio yang enggan menyimpan rasa bersalah kerana telah mentarbiah Fitri tadi dengan pesanan khidmat masyarakat songsang.

**********

"He asked for what!?"

Rio pantas menakup mulut Zakwan kerana khuatir Salwa akan terdengar. Seperti biasa, sesi pembelajaran antara Rio dan Zakwan akan diadakan selepas tamat waktu sekolah. Sebelum mereka memulakan sesi, Rio memberitahu Zakwan tentang apa yang Fitri lakukan padanya tadi di perpustakaan.

Setelah yakin Zakwan tidak akan meninggi suara seperti tadi, Rio mengalihkan tangannya semula.

"He asked for your phone number? How dare dia!? Meh sini aku nak basuh dia sikit." Zakwan menyingsing lengan baju kemeja sekolahnya.

Rio menenangkan Zakwan. "Eh relakslah. Aku tak bagi dia pun nombor aku tu."

"Dia tak tahu ke yang Rio Shabiro is taken? Nak kena letak status kat Facebook ke macam mana?" marah Zakwan, masih lagi geram dengan Fitri.

"Kalau berani, pergilah bagitahu dia..." Rio sengaja mencabar Zakwan kerana dia tahu teman lelakinya itu tidak akan menyahut cabaran itu. Typical discreet guy.

Zakwan merengus kasar. "If only I could..."

Rio tersenyum seraya berkata, "Actually, you can. Kau je yang tak nak. Come on, Zack. Kau tak kesian ke tengok aku sorang-sorang kena cemuh dengan masyarakat? I need a partner, okay. Supaya susah senang kita bersama."

"Banyaklah kau punya bersama!" Zakwan menepuk kepala Rio lembut. Kemudian, Zakwan bangun dari meja belajar dan mencapai beg sekolahnya.

Sambil tersenyum penuh maksud tersirat, Zakwan mengeluarkan sesuatu dari begnya. Rio hanya memerhatikan dengan penuh tanda tanya.

"Tadaa!" Zakwan menayangkan sebotol lubricant bersaiz kecil dan sekotak kondom.

"What the f...!?" Rio menakup mulutnya sambil berjalan ke arah Zakwan. Rio sendiri tidak pernah melihat botol lubricant dan kotak kondom secara dekat sebelum ini.

"Just in case...if you know...you want us to do more than just cuddling after this..." kata Zakwan tanpa rasa segan silu.

"Where did you get all this? Takde orang nampak kau beli ke?" Rio khuatir akan keselamatan Zakwan. Botol lubricant dan kotak kondom tadi dibelek oleh Rio dengan tekun.

"Ini semua beli online-lah. Aku deal sendiri dengan orang yang hantar tu. So takde siapa tahu except for me, you and him."

"What if dia bagitahu semua orang that you purchased all these?"

"He wouldn't do that because he wants to keep me as the regular customer." Zakwan tersenyum bangga.

Rio menggelengkan kepala. Dia memulangkan semula botol lubricant dan kotak kondom tadi kepada Zakwan. "Keep it. Jangan sampai mak kau nampak!"

"Should we do it tonight?" Zakwan mencadang.

"Tak cukup lagi ke yang semalam?"

"Semalam takde berat-berat."

Rio mencebikkan bibir. "No! Zakwan, keep that thing away. Let's start with the class."

"Sex class?" Zakwan berseloroh.

"Very funny!" Rio malas nak layan.

[KINI DI NOVEL PLUS] SenduWhere stories live. Discover now