Ammar dan Intan mendengar luahan hati Rio tentang masalah yang melanda keluarganya dengan penuh rasa simpati. Kedua-dua mereka mengangguk-anggukkan kepala mendengar rintihan Rio itu seolah-olah seperti memahami keadaan Rio sekarang. Sesekali mereka mengusap-usap lengan Rio yang duduk menghadap mereka di atas bangku salah sebuah meja kantin sekolah.
"So ayah kau macam mana sekarang? Still tidur bilik tetamu?" tanya Ammar, setelah Rio selesai menceritakan masalah keluarganya.
"Ya. Malam tadi pun dia tidur bilik tetamu. Langsung tak makan sama dengan kitorang. Pandang muka aku, apatah lagi." Rio menakup wajahnya kerana benar-benar kecewa.
Intan bangun dan duduk bersebelahan Rio. Belakang Rio diusap-usap penuh rasa sayang. "Hey, janganlah nangis. We're here for you okay."
Rio menjatuhkan semula tangannya dengan muka monyok. "Mana ada menangis. Aku susah nak nangislah. Aku cuma rasa koyak je."
"I understand. I know how it feels like. It sucks," kata Intan yang teringat tentang ibu bapanya yang kini sudah pun berpisah.
Ammar yang sudah tidak mahu menyentuh tentang masalah keluarga Rio, beralih pada topik ancaman yang diterima oleh Rio melalui bangkai-bangkai burung gagak yang dibuang tempoh hari. "Polis ada cakap apa-apa pasal burung-burung tu?"
Rio yang baru teringat tentang bangkai-bangkai burung yang dibuang di hadapan rumahnya tempoh hari, menggeleng-gelengkan kepalanya. Satu pengalaman ngeri yang tidak mahu dialami lagi. "Tak ada. No news lagi. Tapi diorang ada datang dua tiga kali semalam buat rondaan. Takut-takut kalau the assholes datang buang apa-apa lagi."
"The assholes, huh?" Intan tertawa dengan cara Rio memanggil mereka secara kasual.
Ketiga-tiga mereka tersenyum. Kemudian, Ammar terperasan Emilya sedang berjalan bersama rakan sekelasnya ke kantin. Dia pantas menepuk-nepuk lengan Ammar.
"Weh weh, Emilya weh!"
Rio menyorot pandangan Ammar dan memerhatikan saja Emilya berjalan sambil berbual-bual dengan rakan sekelasnya. Satu keluhan lemah dihembuskan.
Intan mengusap lagi belakang Rio. "Sabar okey?"
Rio memaksa diri untuk senyum sambil mengangguk-anggukkan kepala. Cuba untuk menguatkan diri dan mengingati semula pesanan mommynya tentang siapa kawan dan siapa lawan. Jika benar Emilya berhenti bersahabat dengannya kerana video yang dimuatnaik dua minggu lepas, maka Emilya bukanlah seorang kawan yang baik kerana dia tidak menerima diri Rio seadanya.
"Tapi kau tak pelik ke Rio? Kenapa dia tiba-tiba tak nak kawan dengan kau? Setahu aku, dia macam dah lama tahu yang kau ni 'sesuatu'." Ammar mengutarakan pendapatnya.
Rio ada terfikir juga tentang teori Ammar itu tapi dia tak berapa pasti kerana seingatnya dia sendiri tak pernah mengaku pada Emilya yang dia bukan lelaki straight.
Rio menggeleng-gelengkan kepalanya. "Malaslah nak fikir. Aku ada banyak lagi masalah nak diselesaikan sekarang."
"Oh dear, here comes one of the problems..." kata Intan sambil memandang ke arah sekumpulan pelajar lelaki yang telah memalukan Rio minggu lepas. Mereka datang beramai-ramai ke arah meja Rio dan rakan-rakan.
Rio dan Ammar menyorot pandangan Intan dan mereka menundukkan kepala.
"Stay cool, Rio." Ammar berpesan.
Stay cool? "Not sure I can do that," jawab Rio.
"Weh kunyit!" itu perkataan pertama keluar dari mulut Jack, si keparat yang memalukan Rio tempoh hari.
Jack sengaja menekan suaranya ketika menyebut perkataan 'kunyit' supaya semua pelajar di kantin itu dapat dengar.
Rio mengetap bibirnya mendengar perkataan kunyit. Baginya, label kunyit itu satu penghinaan untuk golongan lelaki homoseksual. Entah siapa yang sesuka hati memberi nama kunyit kepada lelaki-lelaki tidak straight. Ingat kelakar ke?
"Weh pandanglah aku, kunyit!" Jack berteriak lagi, membuat dia dan rakan-rakannya bergelak ketawa di situ.
"Hashtag geng kunyit!" salah seorang dari rakan Jack berkata. Tawa kumpulan itu pecah lagi.
Rio sempat melirik ke arah Emilya yang turut sedang memandang ke arah mejanya. Dek kerana tidak mahu bertentangan mata, Emilya berhenti memandang Rio dan terus kembali berbual bersama rakan sekelasnya.
"Dahlah weh. Jom blah. Jangan dilayan geng-geng kunyit ni!" cadang salah seorang dari kawan Jack.
Jack mendekatkan wajah bengisnya dengan wajah Rio. "Kunyit!" kata Jack sebelum berlalu pergi bersama rakan-rakan pembulinya.
Setelah mereka hilang dari pandangan mata, barulah Ammar berani bersuara. "Kurang ajar punya Jack. Suka-suka hati panggil kita kunyit. Aku bukan kunyitlah bodoh!"
"Eleh, diorang dah blah baru kau berani nak cakap." Intan mengejek.
Melihat Rio yang masih diam, Intan terus bertanya, "Rio, are you okay?"
"Alah, Rio. Jangan ambil hati sangat dengan diorang tu. Kau tahu kan diorang macam mana." Ammar cuba menenangkan dengan kata-kata yang kurang rasa sensitif.
"Aku malu." Rio menakup wajahnya. "Aku malu!"
Intan mengusap-usap belakang badan Rio. Ammar turut datang memeluk bahunya sebagai tanda semangat.
Beberapa orang pelajar di kantin itu tiba-tiba datang mendekati Rio dan rakan-rakan. Mereka memandang mereka dengan penuh rasa simpati.
"Apa pulak ni?" tanya Ammar, khuatir sekiranya mereka mahu menghina Rio seperti Jack tadi.
"Sabar ya, Rio. Kuatkan semangat," salah seorang dari pelajar yang datang ke meja mereka tadi bersuara.
Rupanya mereka semua mahu menunjukkan sokongan kepada Rio. Rio yang telah menurunkan semula tangannya tadi tersenyum paksa mendengar kata-kata semangat dari beberapa orang pelajar itu yang tidak dikenalinya secara rapat.
Ketika pelajar-pelajar itu sedang memberi kata-kata semangat kepada Rio, seorang pengawas pula datang mendekati. Wajahnya agak serius. Melihat pengawas itu semakin hampir, pelajar-pelajar tadi terus mengundur ke belakang.
"Rio Shabiro..." pengawas itu memanggil Rio.
"Apa pulak ni?" tanya Ammar yang simpati dengan nasib yang melanda diri Rio. Lepas satu, satu!
"Ya?" Rio menjongketkan kening ketika menyahut.
"Ikut saya ke bilik pengetua. Dia nak jumpa."
Semua mata saling berpandangan. Pengetua? Kenapa pengetua tiba-tiba nak jumpa Rio? Pasal video yang Rio upload tu ke? Mereka mula membuat spekulasi.
Kerana tidak mahu rakan-rakannya terus bersoseh sesama sendiri, Rio bangun dan mengikut pengawas itu ke bilik pengetua.
"I'll see you guys after school." Rio sempat berpesan kepada Ammar dan Intan.
Tanpa memandang ke belakang, Rio terus membuntuti pengawas tadi. Macam-macam yang sedang difikirkannya. Rio yakin ini mesti ada kena-mengena dengan video pengakuannya.
"Rio?"
Rio berhenti melangkah apabila namanya dipanggil oleh Zakwan. Dia menoleh ke arah teman lelakinya dan menundukkan wajah.
Pengawas tadi turut menghentikan langkah kakinya. Dia memandang ke arah Rio dan Zakwan.
Zakwan mula sedar ada sesuatu yang tidak kena. "Kenapa ni?" tanyanya.
"Tak ada kena-mengena dengan kau, Zakwan."
Zakwan tersentak apabila Rio menjawab pertanyaannya sebegitu. Dia memandang pengawas tadi yang masih lagi setia menanti.
"Okey. Fine." Zakwan terus berlalu pergi meninggalkan Rio.
Rio menghembus nafas kecewa. Dia sebenarnya tidak berniat untuk menyinggung hati Zakwan. Dia terpaksa.
Selepas menarik nafas panjang, Rio bersedia untuk meneruskan perjalanan ke bilik pengetua. Pengawas tadi masih sedang memandangnya sambil menjongketkan kening.
"What?" tanya Rio, meluat dengan pandangan judgemental sebegitu.
"Nothing," jawab pengawas itu sebelum meneruskan perjalanan.
Dengan langkah yang berat, Rio membuntutinya.
YOU ARE READING
[KINI DI NOVEL PLUS] Sendu
RomanceRio Shabiro merupakan seorang YouTuber terkenal di Malaysia. Satu insiden tidak diingini membuat Rio mengambil keputusan untuk memberitahu semua peminatnya bahawa dia adalah gay dan dia sangat bangga dengan seksualitinya itu. Tanpa Rio sedari, terda...