Awalnya Zakwan merancang untuk ke rumah Rio. Memang itu kebiasaannya setiap kali tamat sesi persekolahan. Zakwan sedar ada banyak benda perlu diperjelaskan kepada Rio. Lebih-lebih lagi selepas kejadian waktu rehat tadi. Zakwan yakin tentu Rio berada dalam keadaan tertekan sekarang. Dia mahu berada di sisi Rio. Dia amat merindui lelaki itu.
"Zack! Pergi mana tu?" tanya rakan sepasukannya, Azizi. Azizi datang menghampiri dan meletakkan lengannya yang berotot di atas bahu Zakwan. Ada senyuman nakal terukir di bibirnya waktu itu.
"Err...balik rumah. Esok paper English," jawab Zakwan, takut-takut.
"Balik rumah kau ke balik rumah Rio?" tanya Azizi sambil menjongket-jongketkan keningnya.
"Aku tak tahu apa yang kau merepek ni..." Zakwan cuba berdalih.
Azizi tertawa. Dia melepaskan lengannya yang diletakkan di atas bahu Zakwan tadi dan merenggang-renggangkan tubuhnya yang sasa. "Sudahlah, Zack. Semua orang tahu yang kau tuisyen dengan Rio kan? Patutlah kau dah pandai sekarang. Rupanya ada 'kunyit' dalam masakan kau!" pecah tawa Azizi.
"Kurang ajar kau!" Zakwan yang tidak dapat menahan rasa geram terus menyerang Azizi dengan memberi satu tumbukan padu.
Azizi terjelopok jatuh. Kemudian, dia bangun semula untuk membalas tumbukan Zakwan tadi.
Kedua-dua mereka kini saling berbalas tumbukan. Sampai masing-masing berguling di atas lantai. Pelajar-pelajar dan ibu bapa yang menyaksikan kejadian itu pantas berlari ke arah mereka untuk meleraikan.
"Lepaskan aku! Aku nak ajar budak sial ni!" teriak Zakwan tatkala tubuhnya ditarik oleh pengawal keselamatan warga Bangladesh.
"Tepilah! Bagi aku lunyaikan budak kunyit ni!" kata Azizi pula yang turut sama ditarik oleh beberapa orang pengawas.
Zakwan cuba menyerang Azizi namun dia tidak berdaya melawan kudrat pengawal keselamatan warga Bangladesh tadi. Dia dibawa pergi jauh dari pandangan Azizi. Tubuhnya ditolak-tolak oleh pengawal keselamatan itu.
"Sana pigi! Jangan mari sini buat kacau lagi!" pengawal keselamatan itu memberi amaran kepada Zakwan.
Zakwan mengetap bibirnya dan menggenggam buku lima. Dia masih marah lagi pada kata-kata Azizi tadi. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia mendebik-debik muka rakan sepasukannya itu namun dia membatalkan hasratnya setelah menyedari yang perbuatannya hanyalah sia-sia.
Jadi, Zakwan pulang ke rumah dalam keadaan hampa. Dia melupakan terus niatnya untuk melawat Rio di rumah. Hatinya waktu itu benar-benar sakit dipanggil 'kunyit' oleh sahabat sendiri. Selama ini, tiada siapa yang pernah mempersoal tentang dirinya yang sering datang ke rumah Rio untuk belajar bersama. Entah kenapa tiba-tiba saja Azizi bercakap yang bukan-bukan. Mungkinkah Emilya yang memberitahu rakan-rakannya?
"Sial!" Zakwan mengetap bibirnya, menahan rasa geram.
**********
"Apa!? Zakwan bertumbuk dengan Azizi!?" Rio terkejut menerima berita itu dari Intan melalui panggilan telefon. Rio yang waktu itu sedang mengulangkaji pelajaran di atas katil, terus bangun menuju ke tingkap. Terdapat kegusaran dalam riak wajahnya. Mujur saja Intan memberitahu bahawa Zakwan dan Azizi hanya cedera ringan akibat tumbukan padu dari buku lima masing-masing.
"Ya. Diorang bertumbuk sebab Azizi panggil Zakwan kunyit. Azizi cakap kau couple dengan Zakwan. Betul ke?" tanya Intan, yang tidak tahu tentang status hubungan Rio dengan Zakwan.
Rio terdiam. Dia cuba untuk tidak mengantoikan teman lelakinya yang masih discreet lagi. Rio terus menafikan pertanyaan Intan. "Merepeklah. Zakwan tu straight okey. Azizi sengaja buat cerita."
"Ya ke? Ada orang cakap masa rehat tadi kau serang Emilya sebab dia gedik dengan Zakwan?"
Aduh! Siapa pulak yang pergi sebarkan cerita tu? Rio memicit pelipisnya sebelum berkata, "Mana ada aku serang dia. Merepeklah kau ni. Jangan percaya cakap orang kecuali kalau kau nampak dengan mata kau sendiri."
"Hm yelah. Aku cuma sampaikan je. Ramai sebenarnya yang tertanya-tanya seksualiti si Zakwan tu. Since kau rapat dengan dia and since kau sendiri dah mengaku dekat satu dunia yang kau ni gay kan, orang pun buat ceritalah." Intan mengalahkan mak cik-mak cik.
"Merepeklah kau ni. Anyway, thanks tau. I really appreciate you telling me this. See you tomorrow." Rio menamatkan perbualan.
Kemudian, dia mengeluh panjang. Dia tidak menyangka sebegini besar sekali kesan daripada pengakuannya dalam YouTube. Kalau dia tahu sampai macam ni jadinya, memang dia takkan upload video tu tempoh hari. Nasib baik mommy dan daddy dah okey sekarang. Kalau diorang masih bergaduh lagi, tak tahulah apa yang patut Rio lakukan.
Rio memerhatikan skrin telefonnya yang gelap tidak bercahaya. Dia mencapai telefon itu dan mencari-cari nombor telefon Zakwan. Dia risau akan keadaan Zakwan sekarang. Entah bagaimana rupa kecederaan yang dialami lelaki itu. Rio tertanya-tanya sendiri.
Agak lama Rio berfikir sebelum menekan butang 'call'. Dia takut sekiranya Zakwan enggan menjawab panggilan itu. Bagaimana kalau si Zakwan sudah membencinya? Rio benar-benar takut sekiranya perkara itu terjadi. Namun, ketakutannya itu tidak dijadikan sebagai alasan. Rio memberanikan diri untuk menekan juga butang 'call' itu.
Tidak lama Rio menantikan panggilannya untuk dijawab. Kedengaran suara Zakwan di talian.
"Helo?"
"Helo, Zack."
Zakwan diam seketika. "Hm."
"Kau okey?" tanya Rio.
"Okey je. Kenapa?"
"Aku risau. Intan cakap kau dengan Azizi bertumbuk tadi."
"Hm. Aku okey. Sikit je ni."
Kedua-dua mereka kemudian diam sejenak. Yang kedengaran hanyalah hela nafas masing-masing.
"Kenapa kau buat aku macam ni, Zack? Apa salah aku?" tanya Rio secara tiba-tiba.
Zakwan masih lagi mendiamkan diri. Seperti tidak berani untuk berkata-kata dengan insan yang benar-benar dicintai. "I'm so sorry Rio," itu saja yang mampu dikatakan.
"Sorry is just not good enough, Zack. I need you more than ever." Rio menahan dirinya dari menitiskan air mata. Dia terlalu sedih dengan apa yang sedang melanda dirinya sekarang.
"Kalaulah kau tak upload video tu, Rio..." kata Zakwan.
"Apa salah video tu, Zack? Kenapa video tu jugak dijadikan punca? Kenapa kau sendiri tak boleh terima siapa diri kau, Zack? Kenapa!?" Rio gagal membendung air matanya dari tumpah.
"Kau takkan faham, Rio. Kau takkan faham..."
"That's enough, Zack. I had enough. Kita memang tak sepatutnya bersama dari dulu lagi. Aku tak sepatutnya biarkan kau masuk dalam hidup aku," luah Rio.
Zakwan diam saja. Membiarkan Rio meneruskan kata-kata yang sebenarnya ingin dia sendiri bicarakan.
"I don't think you love me as much as I love you, Zack."
Kata-kata Rio itu mengguris perasaan Zakwan. Dia sangat mencintai Rio tapi...
"I'm so sorry, Zack. It's over. You and me...it's over." Rio terus mematikan talian tanpa sempat Zakwan membalas apa-apa.
YOU ARE READING
[KINI DI NOVEL PLUS] Sendu
RomansaRio Shabiro merupakan seorang YouTuber terkenal di Malaysia. Satu insiden tidak diingini membuat Rio mengambil keputusan untuk memberitahu semua peminatnya bahawa dia adalah gay dan dia sangat bangga dengan seksualitinya itu. Tanpa Rio sedari, terda...