Seorang lelaki berbadan sasa sedang berjalan dengan cermat menuju ke dalam sebuah dewan komuniti yang kelihatan seperti sebuah dewan biasa tetapi penuh dengan misterinya yang tersendiri.
Masuk saja ke dalam dewan itu, lelaki sasa tadi disapa oleh rakan-rakannya yang sedang bermesyuarat dengan ketua mereka.
"Ha, Botak! Apa cerita budak Rio tu? Mana dia sekarang?" tanya ketua majlis itu yang berbadan kurus dengan janggut mencecah dada.
"Still MIA, boss. Dia tak balik-balik rumah," jawab Botak yang kini sedang berdiri mengadap ketuanya itu. Selagi ketuanya tidak suruh duduk, Botak tidak akan berani melabuhkan punggung.
"Kau dah check sekolah dia?" tanya si ketua, serius.
Botak terkulat-kulat cuba menjawab. "Err...tak. Saya tak tahu dia sekolah mana."
"BODOH!" si ketua bangun dan berlari mendapatkan Botak.
"TAKKAN ITU PUN AKU NAK AJAR KAU, BODOH!?" jerit si ketua betul-betul dalam telinga sebelah kanan Botak.
Biarpun berbadan sasa, apabila dia disergah sebegitu, Botak menikuskan diri.
"Sekarang ni kau pergi cari dekat sekolah dia. Aku nak tahu dia dekat mana sekarang. Kau jangan buang masa aku, Botak. Aku ada ramai lagi Geng Kunyit yang nak dikerjakan," si ketua mengarah.
Botak cepat-cepat keluar meninggalkan dewan itu dan melakukan apa yang telah disuruh.
Si ketua kembali mengambil tempat. Dia mengurut-urut janggutnya sambil bertanya, "Well...dekat mana kita tadi?"
"Kita tengah cakap pasal Sajat dengan Coach Yin, boss..." jawab salah seorang dari pengikutnya.
**********
Sudah seminggu Rio tinggal bersama keluarga Zakwan. Dia semakin menyelesakan diri di rumah mereka. Keluarga Zakwan sangat prihatin terhadap dirinya. Rio rasa macam hubungannya dengan Zakwan seperti sudah direstui pula.
Esok, trial SPM akan bermula. Rio dan Zakwan tidak mensia-siakan masa yang mereka ada. Kedua-duanya sedang sibuk mengulangkaji pelajaran bersama. Sesekali Salwa akan melawat mereka di bilik Zakwan. Salwa bersyukur kerana Zakwan mendapat seorang tutor yang benar-benar prihatin terhadap pelajaran anaknya.
Sedang sibuk menjawab soalan-soalan peperiksaan tahun lepas untuk subjek Matematik, Rio dan Zakwan dikejutkan dengan salam dari seorang perempuan di luar rumah.
"Assalamualaikum!" suara itu semakin meninggi apabila dia memberi salam buat kali kedua.
"Siapa pulak tu?" tanya Rio.
Zakwan menjongketkan bahu. Dia dan Rio cepat-cepat berjalan ke arah tingkap bilik untuk mengintai ke luar.
"Emilya!?" Rio dan Zakwan tersentak.
"Apa dia buat kat sini?" tanya Zakwan, mula panik. Khuatir sekiranya Emilya dapat tahu yang Rio kini berada di dalam rumahnya.
"I have no idea..." itu saja yang mampu dijawab oleh Rio.
Mereka memerhatikan saja Emilya disambut mesra oleh Salwa. Emilya menyerahkan sepinggan kuih kepada Salwa. Kemudian, kedua-dua mereka tertawa sambil berbual-bual mesra.
Disebabkan Rio dan Zakwan tidak dapat mendengar perbualan Salwa dan Emilya itu, mereka tidak mempunyai pilihan selain dari turun ke bawah dan mencuri dengar di tangga.
"Terima kasih, ya Emilya? Kirim salam dekat mak. Tak nak masuk dulu? Zakwan ada dekat atas tu tengah study dengan Rio." Salwa memberitahu.
"Really? Rio dekat sini? Bukan selalunya tuisyen diorang dekat rumah Rio ke?" tanya Emilya.
"Rio dah seminggu dah duduk sini. Parents dia dekat overseas. Orang gaji pulak dekat Indonesia. So kami bagi dia tumpang dekat sini buat sementara waktu. Tu yang kelas tuisyen dia dengan Zakwan buat kat sini sekarang."
"Oh really? I have no idea. Rio dengan Zakwan tak cakap apa-apa pun."
Rio mencebikkan bibir. Kau dengan aku pun tak berkawan dah, macam mana aku nak cakap apa-apa dengan kau?
"Biasalah tu. Budak-budak lelaki. Mana nak berkongsi sangat." Salwa tertawa.
Emilya terpaksa berpura-pura ketawa sambil berkata, "Siapa je yang suka berkongsi, auntie?"
Salwa menghabiskan sisa tawanya sebelum bertanya lagi, "Betul tak nak masuk? Kalau nak masuk, auntie boleh panggilkan diorang?"
"It's okay, auntie. Kirim salam dekat diorang ya?" Emilya mengenyitkan mata. Dia mula melangkah pergi sebelum menoleh semula ke belakang. "Oh by the way, auntie. You said parents Rio ada dekat overseas sekarang? Pretty sure I saw them this morning. Diorang dah balik, mungkin?"
Salwa mengerutkan dahi. "Ya ke, Emilya? Rio tak cakap apa-apa pulak. Mungkin diorang baru balik kot."
Emilya tertawa. "Rio kan pandai simpan rahsia? Saya balik dulu, ya? Assalamualaikum!"
"Waalaikumsalam..."
Belum sempat Salwa menutup pintu rumah, Zakwan tiba-tiba menerpa ke arah Emilya.
"Emilya!"
Emilya menoleh ke arah Zakwan dan tersenyum sinis. "Yes, Zakwan? How can I help you?"
Zakwan menarik tangan Emilya supaya perbualan mereka tidak didengari oleh Salwa yang pelik melihat anaknya itu tiba-tiba saja menerpa ke arah Emilya. Macam ada sesuatu yang tidak kena.
"What are you doing here?"
"What do you think I just did? I bagi kuih dekat your mom because my mom asked me to."
"Don't give me that bullshit!" marah Zakwan.
Emilya tersengih. "You are scared, aren't you? You're scared that I know you're banging Rio. Betul kan?"
Reaksi wajah Zakwan terus berubah. Dia tidak menyangka Emilya sudah tahu tentang hubungannya dengan Rio. Dia pantas menggeleng-gelengkan kepalanya. "I don't know what you're talking about."
"Oh please-lah, Zack. I know korang couple from the very first day, okay. That bitch thought I wouldn't find out but I saw the two of you. You guys were so mesra. Naik menyampah I tengok! I betul-betul tak expect that you pun sama spesis dengan dia. You disgust me, Zakwan!"
"Siapa lagi yang tahu?" tanya Zakwan, khuatir sekiranya Emilya telah memberitahu siapa-siapa tentang hubungannya dengan Rio.
Emilya tersenyum sinis. Dia menjeling ke arah bilik Zakwan di mana dia dapat melihat Rio sedang mengintai di sebalik langsir.
"Don't worry, Zakwan. Takde siapa yang tahu. Although I'm wondering how would the boys react when they found out that you pun sama kunyit macam Rio. Or worse, how would your parents react if they ever found out?" Emilya mula mengugut.
Jantung Zakwan mula berdebar. Nafasnya semakin kencang. Peluh jantan mula terbit di dahi.
Emilya datang mendekat. "Putus dengan dia, Zack. Jangan malukan diri sendiri. Jangan jadi macam dia. You still have your chance to turn back. Before it's too late."
Zakwan dibiarkan berdiri seorang diri di hadapan pintu pagar rumahnya oleh Emilya yang berjalan terus tanpa memandang ke belakang. Gadis itu telah melaksanakan rancangannya untuk meracuni fikiran Zakwan supaya meninggalkan Rio. Sebab itulah Emilya datang ke rumah Zakwan tadi. Dia yang sudah tahu Rio menetap bersama Zakwan, mengambil peluang ini untuk melaksanakan rancangannya jahatnya.
Menyedari Emilya sudah tidak lagi kelihatan, Rio turun ke bawah untuk mendapatkan Zakwan. Dari bilik Zakwan tadi, Rio dapat merasakan sesuatu yang tidak kena. Rio tidak pasti apa yang telah Emilya katakan kepada Zakwan tapi Rio tahu ianya bukanlah sesuatu yang baik kerana reaksi Zakwan sendiri dapat dilihat dengan jelas. Rio berasa tidak sedap hati.
"Zack..."
Zakwan menarik nafas panjang mendengar suara Rio di belakangnya sekarang. Zakwan menutup matanya. Dia menundukkan kepala. Kemudian, Zakwan menoleh.
"Rio...I think you need to leave."
YOU ARE READING
[KINI DI NOVEL PLUS] Sendu
RomanceRio Shabiro merupakan seorang YouTuber terkenal di Malaysia. Satu insiden tidak diingini membuat Rio mengambil keputusan untuk memberitahu semua peminatnya bahawa dia adalah gay dan dia sangat bangga dengan seksualitinya itu. Tanpa Rio sedari, terda...