Bab 10

1.7K 89 8
                                    

"This is all your fault!" pergaduhan antara Rohaya dan Iskandar tercetus ketika mereka tiga beranak pulang ke rumah.

Rohaya yang sejak dari dalam kereta lagi tidak mahu melepaskan genggaman tangan Rio, mengurut-urut belakang tubuh anaknya itu sebagai menenangkan.

Rio dan Rohaya langsung tidak berani bersuara kerana khuatir Iskandar akan menjadi bertambah agresif. Mereka benar-benar takut dengan Iskandar waktu itu. Mereka tidak pernah lihat Iskandar dalam keadaan yang sangat marah. Mungkin kerana Iskandar sendiri sudah lama memendam rasa sakit hati. Sebelum ini, dia terlalu mengikut cakap isterinya untuk menerima seksualiti Rio dengan terbuka ketika Rio memberitahu mereka bahawa dia tidak mempunyai perasaan pada mana-mana perempuan sebaliknya lebih tertarik kepada lelaki.

"I told you from the very beginning! We should send him to military school. He needed an intense training to get rid of that stupid gay feelings!" Iskandar langsung tidak sedar apa yang dia cakap sekarang adalah perkara yang langsung tidak masuk akal.

Rohaya segan dengan Salama yang terintai-intai dari dapur mendengar suara Iskandar yang nyaring dan garau. Iskandar langsung tidak mempedulikan perasaan anaknya. Dia terus-terusan menghina anaknya kerana telah memalukan nama keluarga.

"You ingat dengan mengungkit benda yang dah lepas, things will change ke? Boleh tak jangan nak menjerit tak tentu hala? Tak malu ke Kak Salama dengar dekat dapur tu?" Rohaya menyusun ayat supaya tidak menyentapkan hati Iskandar.

"You lebih kisah pasal Kak Salama dari satu sekolah yang dah kecoh pasal anak kita gay? You ni bodoh ke apa? Tak reti nak fikir? Ha tulah, manjakan lagi anak you. Padanlah dengan muka you! Esok lusa kawan-kawan you duk mengata keluarga kita ni keluarga pendosa, baru you tau!"

Perlahan-lahan Rio berjalan masuk ke dalam bilik. Kakinya melangkah dengan lemah menaiki anak tangga yang kebiasaannya tidak nampak terlalu tinggi. Tapi hari itu entah kenapa, tangga menuju ke biliknya kelihatan tinggi, setinggi tangga Batu Caves.

"I don't care what other people think about our family okay! I only care about our son. You ingat dia nak dilahirkan macam tu ke? And do you think by sending him to the military school, dia boleh terus jadi normal? Have you ever thought about that?"

Rohaya menyambung lagi apabila Iskandar diam saja seperti sedang memproses kata-kata isterinya. "Rio is our son, Iskandar. Buruk baik, dia tetap anak kita. Sama jugak dengan kita. Buruk baik, kita tetap mak ayah dia. We have to support him. He is sitting for SPM this year. And trial is just around the corner. This whole thing is honestly unnecessary, Iskandar. Can you please just let it go?"

Iskandar merengus kasar. "Dia yang cari pasal. Siapa suruh dia upload that video? Bodoh!"

"Iskandar! He is our son. Stop calling him stupid!" marah Rohaya.

**********

Rio mengunci dirinya di dalam bilik setelah menggagahkan kaki untuk sampai ke tingkat atas. Di sana, dia duduk berteleku dan menakup mukanya dengan penuh rasa kecewa. Terasa seperti hendak menangis namun air matanya masih tidak mahu mengalir. Seolah-olah seperti ada benteng yang menghalang.

Dari dalam biliknya yang berkunci itu, Rio masih dapat dengar pertengkaran antara mommy dan daddy. Dia cuba menutup telinganya namun suara mereka yang nyaring masih dapat didengar.

Rio bangun dan terus menghempas tubuhnya di atas katil. Dia cuba untuk berselebung di dalam selimut dan melupakan dunia buat seketika namun dia tahu jika dia berbuat sedemikian, dia masih tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang melanda.

[KINI DI NOVEL PLUS] SenduWhere stories live. Discover now