Bab 5

2.4K 92 14
                                    

Sebelum ke sekolah, Rio sempat membaca komen-komen netizen pada video yang dimuatnaiknya dalam YouTube. Ada macam-macam komen yang diterima. Ada yang menyokong tindakannya dan tidak kurang juga ada yang mengecam. Rio hanya mampu tersenyum membaca komen-komen itu. Malas nak layan. Dia langsung tak balas satu pun komen mereka. Dia malahan merancang untuk merakam video kesinambungan dari video pengakuannya itu hujung minggu nanti. Sengaja mahu mencetuskan lagi provokasi.  Biar mereka yang mengecam tindakannya itu akan bertambah sakit hati. Padan dengan muka mereka!

Sambil terus-terusan scroll ke bawah membaca reaksi dari netizen, Rio terperasan satu komen yang kurang menyenangkan.

'Aku kenal siapa mak bapak kau Rio Shabiro Iskandar. Kau tunggu...'

Rio menelan air liurnya membaca komen itu. Macam mana orang ni boleh tahu nama penuhnya? Setahu Rio, dia tak pernah bagi tahu sesiapa nama ayahnya. Macam mana orang ni boleh tahu nama ayahnya? Apa maksud 'Kau tunggu' tu?

Rio mula gelisah. Macam ada benda yang tak kena. Kerana tidak mahu membaca lagi komen-komen di situ, Rio pantas keluar dari aplikasi YouTube dan bersiap-sedia untuk ke sekolah. Pagi-pagi lagi mood dia dah kurang okey. Harap-harap dekat sekolah nanti tak ada apa-apa yang berlaku. Rasa macam malas pula nak menghadap all the haters at school, getus hati Rio. Tapi dia tahu kalau dia cakap dekat mommy yang dia tak nak pergi sekolah, mesti mommy akan naik hantu.

"Sabarlah nak..." Rio cuba memujuk diri sendiri sewaktu sedang berjalan keluar dari biliknya.

**********

Seperti semalam, banyak mata yang memandang Rio atas bawah. Makin lama, Rio jadi semakin meluat. Rasa kesal kerana telah memuatnaik video pengakuannya itu mula timbul. Tak pasal-pasal semua orang melayan Rio dengan pelik di sekolah. Sedangkan sebelum ini mereka yang mahukan video baru darinya.

"How I wish I'm in US right now..." bisik Rio sewaktu dia sedang berjalan menuju ke perpustakaan.

Sebaik saja mendapat berita bahawa guru Bahasa Inggerisnya tidak akan masuk ke kelas, Rio cepat-cepat mengambil keputusan untuk ke perpustakaan sekolah. Dia mahukan ketenangan dan dia tahu di situ saja tempat yang boleh memberikannya ketenangan.

Awalnya Rio mahu mencari Zakwan ataupun Emilya untuk menemaninya namun Zakwan kini sedang seronok bermain bola sepak dengan rakan-rakan sekelas untuk Pendidikan Jasmani & Kesihatan. Manakala Emilya pula masih lagi dingin dengan Rio. Ketika perhimpunan tadi pun Emilya langsung tidak mahu menoleh ke arah Rio.

'Benci sangat ke kau pada aku, Emilya?' getus hati Rio sebelum teringat nasihat yang diberikan mommynya semalam.

"If Emilya or any other friend of yours cannot accept you for who you are, then they're not really a good friend. Find someone who will accept you for who you are..."

Rio nekad untuk melupakan terus Emilya dari ingatannya. Dia melangkahkan kaki dengan gagah masuk ke dalam perpustakaan seorang diri.

Terdapat sekumpulan pelajar sesi petang sedang membaca buku. Tiada cikgu mahupun pengawas pusat sumber yang menjaga kaunter hadapan.

Rio menarik nafas lega. "What a relief!"

Dia berjalan ke arah meja yang bertentangan dengan meja sekumpulan pelajar sesi petang tadi. Rio sempat menjeling ke arah pelajar-pelajar itu. Hmm, hadek-hadek.

Rio enggan mempedulikan mereka. Dia mahu mengulangkaji pelajaran menggunakan buku latihan yang dibawanya bersama.

Rio terperasan hadek-hadek di hadapannya itu sedang berbisik sesama mereka. Mungkin mereka juga telah menonton videonya di YouTube. Dan mungkin mereka sedang mengumpat tentangnya.

Rio menggeleng-gelengkan kepala. Dia tidak mahu fokusnya terganggu. Tak mati pun dengan kutukan dari hadek-hadek tu. Diorang pun kunyit juga getus hati kecil Rio.

"Abang..." tiba-tiba salah seorang dari mereka datang menegur.

Amboi beraninya budak ni datang dekat aku. Nak cakap apalah agaknya?

"Ya?" Rio mengetatkan muka.

"Abang ni Rio Shabiro kan?" tanya pelajar itu.

Rio sempat menjeling tag nama pelajar itu. Fitri Syazwan namanya.

"Ya. Kenapa? Ada masalah ke?" Rio sassy menjawab.

"Eh tak. Sebenarnya saya dengan kawan-kawan saya minat sangat dekat abang." Fitri Syazwan memberitahu.

Rio terdiam seketika. Minat? Alamak, menyesal pulak ter-sassy dengan budak ni tadi.

"Ya ke? Nama siapa? Form berapa?" tanya Rio biarpun dia sudah nampak tag nama pelajar itu tadi.

"Saya Fitri. Form 2."

"Oh Fitri. Sebab tu ke korang pandang-pandang tadi?"

Fitri menoleh ke arah rakan-rakannya dan tersenyum. "Ya. Masa kitorang nampak abang tadi, kitorang excited gila. Sebab dah lama teringin nak jumpa dengan abang."

"Kenapa?" Rio masih merendah diri lagi biarpun dia sebenarnya sudah kembang sejambak.

"Nak mintak tolong abang sign autograf untuk kitorang..."

"Autograf?"

"Ha. Korang, sinilah!" panggil Fitri.

Rakan-rakannya mula bangun dan berjalan ke arah meja Rio tadi. Masing-masing memberikan senyuman paling ceria. Seronok dapat berjumpa dengan idola mereka.

"Hai Abang Rio. Kitorang dah lama gila minat dekat abang Rio. Suka gila tengok video-video abang," salah seorang dari mereka memberitahu dengan penuh rasa teruja. Mereka berempat kesemuanya dan masing-masing dalam tingkatan dua.

"Terima kasih..." tersipu-sipu Rio dibuatnya.

"Video baru abang yang abang upload hari Ahad haritu paling best. Kitorang suka gila tengok. Thank you sebab post video tu..." Fitri memberitahu.

Rio terpana. Nampak gayanya apa yang ingin dicapai melalui video yang dimuatnaik hari itu telah membuahkan hasil. Ada yang menjadikan video itu sebagai inspirasi nampak gayanya.

"Betul tu bang. Selama ni kitorang rasa down sebab kitorang ni lembut. Tapi lepas tengok video tu, kitorang rasa lebih bersemangat. Sebab kitorang tahu kitorang ada idola macam abang. Abang betul-betul buat kitorang selesa dengan diri kitorang. Abang buat kitorang terima diri kitorang seadanya," tambah salah seorang dari mereka lagi.

Rasa macam nak gugur air mata Rio apabila mendengar pengakuan junior-juniornya. Memang itu niatnya memuatnaik video pengakuannya tempoh hari. Dia mahu mewakili komuniti LGBT. Dia mahu menjadi ikon mereka. Dia mahu menjadi lambang semangat. Dia mahu melaungkan kepada semua yang masih tidak selesa dengan seksualiti masing-masing bahawa mereka tidak keseorangan. Ada yang sudi berdiri di belakang mereka dan memberikan sokongan. Dan orang itu adalah dia sendiri.

"Terima kasih. I'm glad you guys feel inspired from the video. Memang itu niat abang," kata Rio sambil menganggukkan kepala.

Para pelajar itu tidak melepaskan peluang untuk meminta autograf dari idola mereka. Rio pun melayan. Dia meninggalkan autograf pada buku latihan mereka dengan ucapan agar mereka semua akan kekal bersatu biar apa pun yang belaku.

"Thank you Abang Rio!" mereka sama-sama mengucapkan terima kasih.

Rio menganggukkan kepala. "Sama-sama. Jumpa nanti tegur-tegur ya?"

"Insya-Allah!"

Rio kembali menyambung semula ulang kajinya sambil tersenyum girang. Dia kembali bersemangat semula. Persetankan Emilya dan mereka yang mengecam tindakannya. Rio tahu ada yang menjadikannya sebagai inspirasi dan juga idola. Itu sudah memadai.

[KINI DI NOVEL PLUS] SenduWhere stories live. Discover now