Dunianya terasa seperti berhenti berputar seketika melihat Fitri, junior yang datang meminta tandatangannya tempoh hari sedang duduk menghadap Tuan Haji Zainol, pengetua sekolah mereka.
Pelajar tingkatan dua itu menundukkan kepala sebaik saja Rio masuk ke dalam bilik pengetua itu seraya duduk di sebelahnya.
"Terima kasih, Safwan." Tuan Haji Zainol memberi isyarat kepada pengawas yang membawa Rio ke pejabatnya itu untuk beredar dari situ.
Keadaan sunyi sepi buat seketika selepas Safwan menutup pintu bilik. Rio memandang wajah Tuan Haji Zainol, pengetua sekolahnya dengan penuh rasa tanda tanya.
Fitri pula masih lagi menikuskan diri. Mungkin telah berlaku sesi perbualan antara Fitri dan Tuan Haji Zainol tadi. Apa pengisiannya, itu yang menjadi tanda tanya sekarang.
"Rio Shabiro..." Tuan Haji Zainol akhirnya bersuara. "Saya mintak maaf sebab saya ambil masa awak. Saya harap awak okey."
Rio menjongketkan kening. Masih lagi tidak faham apa yang Tuan Haji Zainol mahu darinya.
"Saya bawak awak masuk sini sebab Fitri, junior awak ni dah buat sesuatu yang bercanggah dengan agama Islam dan peraturan sekolah."
Rio mengalihkan pandangan mata pada Fitri yang merah padam mukanya kerana malu. Fitri enggan bertentangan mata dengan idolanya itu. Dia kelihatan seperti takut-takut. Seperti telah melakukan sesuatu yang teruk.
"Apa dia buat?" tanya Rio, mahu tahu.
Tuan Haji Zainol tersengih. Rupanya dia memang menantikan soalan itu terpacul keluar dari mulut Rio. Dengan senyuman yang mempunyai maksud tersirat, dia mengeluarkan sekeping nota yang renyuk dari laci sebelum meletakkannya di atas meja. Tuan Haji Zainol turut menolak nota itu ke hadapan sedikit supaya Rio boleh mencapainya. Rio menjeling ke arah nota itu. Ada tulisan di atasnya. Rio mendekatkan kepala untuk membaca tulisan di atas kertas itu.
I am gay and I am proud - Fitri Syazwan.
Rio pantas menoleh ke arah Fitri. Wow gurl! Hati Rio melonjak kegembiraan melihat keberanian Fitri menerima siapa dirinya. Siap tulis atas nota lagi! Mesti betul-betul semangat ni. Tapi...
"Apa kena-mengena dengan saya, Tuan Haji?"
Tuan Haji Zainol menarik nafas panjang sebelum berkata, "Saya difahamkan dia terpengaruh dengan video yang awak upload dekat YouTube. Sebab tu saya panggil awak ke sini. Saya rasa, video yang awak upload tu memberi kesan negatif kepada pelajar-pelajar lain."
"Kesan negatif? Tuan Haji nak diorang semua menipu diri sendiri ke? Bukan ke tu lebih negatif dari menerima siapa diri mereka yang sebenar?" Rio membela Fitri yang sudah mula berani bertentangan mata dengan Tuan Haji Zainol.
Pengetua sekolah itu beristighfar panjang sambil mengurut dadanya. "Awak sedar tak apa awak cakap ni? Berdosa besar tau. Nabi tak mengaku umat! Awak nak tenggelam macam kaum Nabi Luth?"
Rio paling pantang bila ada orang yang acah-acah suci di hadapannya. Entah-entah kaulah yang paling menyangap dekat luar. Rio mengetap bibirnya sambil bermonolog dalaman.
"Saya tak ada masa nak berdebat dengan Tuan Haji soal agama. Yang saya tahu, mak bapak saya dua-dua menerima siapa diri saya yang sebenar termasuklah kawan-kawan saya sendiri. Sebab tulah, saya bahagia dengan hidup saya. Sebab saya bebas menjadi siapa diri saya yang sebenar. Tak perlu berselindung dari siapa-siapa termasuklah mak ayah saya sendiri."
Rio tidak habis lagi berbicara. "Tuan Haji tak terfikir ke betapa terseksanya batin budak ni bila dia terpaksa sorok siapa diri dia? Tak takut kalau-kalau dia depressed? Tuan Haji ingat depression benda main-main ke? Orang boleh bunuh diri sebab depression okey!"
Tuan Haji Zainol tersengih. "Orang yang bunuh diri tu orang yang tak ada pegangan agama. Kalau diorang sentiasa solat dan dekatkan diri pada Allah, mesti hati diorang akan tenang."
"Really? Is that so? Just by dekatkan diri dengan Allah, depression akan hilang macam tu je? Let me tell you something, Tuan Haji. Even if someone tu berubat secara professional sekalipun, belum tentu depression dia akan go away. It is a mental issue. And sebagai seorang yang kuat agama, I'm pretty sure you know that otak manusia adalah ciptaan Tuhan yang paling complex sekali. No one can guarantee that depression can be cured. It can only be suppressed. And that's the worst thing. Because after suppressing your feeling for so long, chances of you bursting out the volcanic emotions is really high. That's when people tend to take away their lives even though they've been seeing the professionals. Because there's no cure, Tuan Haji. There's no cure for depression. And do you want this poor boy to continue living in lie? Do you want to be responsible when he took away his life? Do you?"
"You're being emotional, Rio."
"I am emotional right now because you are not sensitive to your surroundings. Tuan Haji ingat kitorang semua ni memang nak sangat ke lahir-lahir ada perasaan pada lelaki? Sumpah, demi nama Tuhan Tuan Haji, saya tak terfikir langsung!"
Rio menyambung lagi. "This is natural. These feelings are natural. Takde siapa paksa. Ianya datang dengan sendiri. I know because I am one of them."
Fitri di sebelah benar-benar terkejut dengan penjelasan panjang lebar dari Rio itu. Dia tidak menyangka Rio begitu berani bersuara di hadapan Tuan Haji Zainol, pengetua sekolah mereka yang hanya menanti masa untuk pencen.
Tuan Haji Zainol memandang saja wajah tegang Rio dengan tenang. Dadanya berombak-ombak waktu itu. Mungkin sedang menahan marah.
Rio tak ambil peduli langsung tentang apa yang pengetuanya rasa sekarang. Yang dia tahu, dia telah meluahkan apa yang dia percaya. Dia berharap agar Tuan Haji Zainol akan berhenti cuba untuk mengajarnya tentang mana yang baik dan mana yang tidak.
Rio sedar apa yang dia buat ketika dia memuatnaik video di saluran YouTube-nya itu. Dia telah menimbang segala-galanya dan dia enggan berpura-pura pada dunia. Dia mahu menjadi Rio Shabiro Iskandar yang tidak malu mempunyai perasaan terhadap lelaki.
Tok! Tok! Tok!
Pintu bilik Tuan Haji Zainol diketuk. Kemudian ianya dibuka. Kelihatan seorang staff pendtabiran dengan wajah gusar.
"Tuan Haji, ibu dengan ayah Rio dah sampai," kata staff pentadbiran itu.
Rio terkedu. Mommy dengan daddy?
Tuan Haji Zainol tersenyum sinis. "Panggil mereka masuk." Kemudian, Tuan Haji Zainol menoleh ke arah Fitri sebelum berkata, "Fitri, awak boleh beredar sekarang."
Fitri memandang ke kiri dan kanan dalam keadaan menggelabah. Dia yang masih malu dengan nota yang ditulisnya itu terus bangun dan keluar dari bilik itu.
"Apa semua ni, Tuan Haji?" Rio tidak mengerti.
"Apa yang Fitri buat sebenarnya kesan dari tindakan awak memuatnaik video tak senonoh dalam YouTube. Saya rasa awak kena bertanggungjawab. Jadi, saya panggilkan mak ayah awak untuk sesi perbincangan yang sangat serius." Tuan Haji Zainol sengaja menjongket-jongketkan keningnya seperti mengejek Rio.
Rio mengetap bibirnya. Sudahlah mommy dan daddy sekarang tidak bertegur sapa. Kini, mereka terpaksa berhadapan dengan masalah ini pula. Rio mengeluh lemah. Terasa seperti hendak menangis namun dia sukar untuk menitiskan air mata dan itu adalah perasaan yang lebih teruk kerana rasa sakit itu terpaksa dipendam dan ditelan dalam-dalam.
"Rio? What happened!?" Rohaya masuk ke dalam bilik Tuan Haji Zainol dalam keadaan panik bersama suaminya, Iskandar.
YOU ARE READING
[KINI DI NOVEL PLUS] Sendu
Roman d'amourRio Shabiro merupakan seorang YouTuber terkenal di Malaysia. Satu insiden tidak diingini membuat Rio mengambil keputusan untuk memberitahu semua peminatnya bahawa dia adalah gay dan dia sangat bangga dengan seksualitinya itu. Tanpa Rio sedari, terda...