TVL 21: The Truth

515 30 0
                                    

____________________________________

"Jangan masuk campur budak serigala."kata Chunji bersama wajah bengang.

"Kalau berkait dengan putera dan puteri werewolf,ia akan jadi urusan kami."kata namja yang berdiri disebelah Uee.

"Puih,pergi matilah dengan gelaran putera dan puteri tu!!"kata Chunji sambil meludah air liurnya ke tepi.

"Werewolf kingdom dan Vampire kingdom akan jadi milik aku.Tak kira siapa pun yang halang aku akan mati."kata Chunji dengan penuh bongkak.

"Jangan berlagak sangat.Aku takut nanti kau yang akan mati."kata S.Coups sambil berjalan kearah Chunji.

"Jangan masuk campur kalau kau bukan siapa-siapa pun."kata Chunji sambil memandang S.Coups dengan tajam.

S.Coups tersenyum sinis.Dia meraup rambutnya ke belakang.

"Dia soulmate aku jadi kenapa pula aku jangan masuk campur?"kata S.Coups sambil memandang Uee sekilas.

"Sejak bila kau mengaku yang dia soulmate kau?"kata Chunji sambil cuba memprovok S.Coups.

"Kau bukan sesiapa pun untuk tahu."balas S.Coups sambil menggosok lehernya.

Chunji tersenyum menyeringa.Tangannya dipetik sehingga menghasilkan satu bunyi yang agak kuat.

Tubuh mereka yang berada berhampiran dengannya terus melayang lalu jatuh tidak jauh darinya.Tubuhnya dihilangkan.

Secara tiba-tiba S.Coups ditumbuk secara bertubi-tubi tanpa henti sehingga tubuhnya terhempas ke tanah.Sekumpulan werewolf menyerang Chunji secara serentak.

Chunji dengan selambanya mengelak.Tubuhnya dipusingkan lalu salah seorang daripada mereka ditendangnya sehingga jatuh tersembam.

Darah mengalir keluar daripada mulut namja itu.Chunji tersenyum sinis.

Tiba-tiba satu kabus hitam mulai muncul.Beberapa minit kemudian kabus itu mulai hilang.

Kelihatan Kim Sibling's,S.Coups dan sekumpulan namja itu terbaring diatas tanah berlumuran darah.Manakala tubuh Uee dibelit seekor ular anakonda.

Chunji tersenyum sinis sambil meraup rambutnya ke belakang.Dia berjalan menghampiri Uee bersama wajah sombong.

"Walaupun kau boleh hidupkan orang yang dah mati sekalipun,kau masih tak boleh lawan aku,Kim Yu Jin.Biarpun kau anak raja werewolf dan puteri vampire sekalipun,kenyataan tu kau tak boleh lawan.Kau lemah."kata Chunji sambil menepuk-nepuk pipi pucat Uee.

"Kau hanya menyusahkan abang-abang kau,Uee.Kau sudah lupa bahawa kau merupakan kunci utama musnahnya dunia.Hidup kau terlalu perfect sehingga kau lupa siapa kau sebenarnya."kata Chunji sambil mengesat darah yang mengalir keluar dari bibir Uee.

Darah itu dibawa ke bibirnya lalu dijilat.Wajah Uee bertambah pucat apabila ular itu mengetatkan lagi belitan.

"Kalau aku tak boleh dapat kau,tiada sesiapa pun boleh dapat kau.Apa yang akan berlaku kepada dunia apabila penentu takdir hidup semua makhluk mati?Macam mana dengan dunia werewolf dan vampire nanti?Adakah mereka menang dalam perang atau mereka semua mati?"soal Chunji sambil mendekatkan wajahnya pada wajah Uee.

"Aku tak akan mati.Kami akan menang dalam perang dan kau......."

"Layak untuk balik semula ke dunia kau.Ni bukan tempat kau,Chunji."kata Uee dengan bersusah payah.

Nafasnya tidak stabil.Dia bukanlah vampire sepenuhnya yang boleh hidup tanpa dengupan jantung.

Dia hanyalah separuh vampire,werewolf dan human.Dia hidup berdasarkan dengupan jantung.Jika dengupan jantungnya terhenti maka dia akan mati.

Kelopak matanya mulai memberat.Penglihatannya mulai kabur.

Nafas terakhirnya dilepaskan dengan susah payah.Suho tersentak melihat keadaan itu.

Dengan bersusah payah,dia memotong badan ular itu menggunakan kuku serigalanya.Dia tergamam sebaik sahaja melihat mata Uee yang sudah terpejam.

Dia jatuh terduduk bersama Uee yang berada didalam dukungannya.Langit mulai gelap,kilat mulai memancar dilangit.

Chunji tersenyum sinis.Tangannya didepakan.Matanya dikerlingkan kearah Uee.

"Hyung."panggil Mingyu bersama linangan air mata.

"Kai,buka portal untuk ke Dunia Werewolf sekarang juga.Kita mesti bawa jasad Uee pulang."kata Suho bersama air matanya mengalir tanpa henti.

Dengan seluruh tenaga yang ada,Suho bangun dari jatuhnya dibantu oleh Jin.Langkah kakinya dibawa kearah portal yang sudah diwujudkan oleh Kai.

"Dunia Werewolf dan Vampire ialah milik aku.Hahahahahaha."ketawa Chunji sambil mengerling kearah Suho sekilas.

Suho hanya masuk ke dalam portal itu tanpa menghiraukan pandangan Chunji.Dia harus segera pulang ke Dunia Werewolf.

Dengan perlahan,S.Coups bangun daripada baringnya.Wajahnya diraut sebelum dia menghilangkan dirinya.

Pelajar-pelajar mulai menjerit sebaik sahaja melihat beribu-ribu rangka makhluk yang sudah bangkit menyerang sekolah mereka.Chunji tersenyum sinis.

____________________________________

To Be Continue....

Sorry for the late update.Author nak bagitahu yang hari ahad ni author trial PT3 jadi author nak minta maaf if ada yang tak puas dengan author or author ada terkasar bahasa ke.

Kosong,kosong ye gais hahahaha.Gudluck for reader yang akan menjalani atau sudah menjalani trial PT3 dan SPM....


The Vampire LoveWhere stories live. Discover now