"He's here, Young Master." ternyum sinis bila menerima pernyataan dari orang kanannya, Samuel.
Tanpa berlengah, kaki diatur menuju ke arah salah satu bilik yang berpintu besi itu, pengawal yang menjaga terus membuka pintu bilik tersebut untuknya.
Melihatkan susuk tubuh itu, amarahnya mula menguasai diri. Tangan dikepal membentuk penumbuk. Dengan wajah yang bengis dia mendekati lelaki itu.
Lelaki yang kedua belah tangannya diikat pada salah satu tiang dalam bilik tersebut mendongakkan kepala saat terdengar derapan tapak kasut.
Sebuah kerusi ditarik lalu punggung dilabuhkan, laki disilang sambil memandang tajam lelaki yang terikat itu.
"Tell me everything." arahnya tenang dengan muka dingin.
Lelaki yang terikat itu tersenyum sinis, wajah dingin Carl Ayden dipandang. Walau gentar dia cuba sembunyikan.
"If I don't want to?" duga lelaki itu berani.
"Aku paling suka bila orang main tarik tali macam ni. You know, it looks interesting.Hm.."
Carl Ayden bangkit. Wajah lelaki yang tersenyum mengejek memandangnya dipandang sepintas lalu, dia berjalan ke arah dinding bilik tersebut.
Dengan hanya menggunakan imbasan ibu jari, dinding itu terbuka perlahan-lahan. Ianya bukan semata-mata dinding tetapi tempat rahsia yang mengandungi pelbagai jenis senjata tajam.
Lelaki yang diikat itu mengekori pergerakan Carl Ayden dengan mata. Tersentak dibuatnya saat dia terpandangkan senjata tajam tersebut.
"Kau nak buat apa?" terpacul soalan bodoh dimulut lelaki itu.
Carl Ayden yang sedang menyentuh satu-persatu senjata tajam itu tergelak sinis dengan pertanyaan tak masuk akal lelaki tersebut.
Takkan tak tahu apa yang dia ingin lakukan dengan senjata tajam tersebut. Tadi lelaki itu juga bermain tarik tali dengannya. Mesti permainan kali ini agak menyeronokkan.
Sebilah pisau yang tersangkut elok di tempatnya yang dirasakan sesuai untuk 'permainan' nya Carl Ayden ambil. Gloves hitam disarungkan pada kedua-dua tangan.
"Tak buat apa. Just want to play, tapi harini dengan kau."
Pisau yang berada di tangannya ditunjukkan pada lelaki itu sambil tersenyum senget.
Lelaki itu terpana. Hadir perasaan takut dalam dirinya melihat Carl Ayden yang sedang mengusap muncung pisau tersebut yang tajam.
Carl Ayden bergerak ke arah lelaki yang sedang gelisah dengan raut wajah yang cuak. Tadi bukan main lawan kata-kata dia, sekarang nak buat muka gelisah pulak?
"Again, tell me everything. If you don't want to.. I understand with your loyalty to your fucking boss, right? Tapi, kau tak sayang nyawa kau ke?" ujar Carl Ayden sinis.
Terdiam seketika dengan kata-kata Carl Ayden, nampaknya Carl Ayden bukan calang-calang orang. Raut wajahnya saja sudah cukup membuktikan yang dia lelaki kejam.
Pisau dirapatkan pada leher lelaki tersebut, sedikit saja lelaki itu bergerak maka pisau tersebut akan terbenam di lehernya. Tajam anak mata Carl Ayden menikam wajah itu.
"A-Aku cuma ikut arahan je. Sumpah! Soal yang la-lain aku tak tahu!" balas lelaki itu cemas.
Nafas yang berdegup kencang cuba distabilkan takut pisau tersebut terkelar lehernya sebentar lagi.
Dikerling ke arah pisau dengan ekor mata tersebut tanpa menoleh ke arah lain. Berjaga-jaga.
Carl Ayden berdecit perlahan. Silap! Lelaki itu silap jika membohonginya kerana dia sekali-kali tak akan pernah percaya.
YOU ARE READING
ZARA : BIDADARI TERAKHIR |✔|
Romantik[ BOOK 1 ] [ C O M P L E T E D ] • • • ZARA NAFISA ...