🌹 - 36

83K 3.1K 161
                                    


"

Haris. Siapa?"

Zara terkedu dengan pertanyaan encik suami. Kepala ditundukkan ke bawah.

Kenapa bila dia dah tak nak ingat lelaki itu, tapi sekarang dia perlu ingatkan balik peristiwa pahit yang tak pernah dia lupakan?

Nafas ditarik sedalamnya, wajah Carl Ayden yang serius dan menunggu jawapan darinya dipandang sayu.

Ada baiknya kalau dia beritahu sekarang sebelum perkara yang tak diingini berlaku dan sekaligus akan mengeruhkan hubungannya dengan encik suami.

"Tell me Zara. Tell me everything about him. Aku tak marah, cuma nak tahu. That's all."

Kepala ditundukkan sedikit melihat wajah Zara yang tertunduk itu, jelas keruh air muka isterinya.

Dengan itu dia cuba untuk tenang berkata-kata, walhal hatinya makin panas dengan lelaki bernama Haris itu.

Carl Ayden tak kisah kalau memang Haris itu bekas kekasih isterinya, cuma dia mahu penjelasan daripada cik isteri sendiri. Tak juga dia mahu meragui Zara.

"Haris bekas teman lelaki saya sejak dari kolej lagi. Bila saya dah habis kolej dan terus ke universiti, hubungan saya dengan dia masih bertahan."

"Apa yang saya tahu, dia baik dan sangat memahami saya. Tapi saya tak pernah tahu dia yang sebenarnya..."

Zara pandang wajah Carl Ayden sekilas, ibir diketap rapat menahan airmata yang ingin mengalir di tubir mata.

Sedih dengan sikap Haris yang membuatnya terasa seperti tak layak untuk dihargai. Bukan sedih kerana kehilangan Haris.

"... Masa saya dah nak habis degree, saya dapat tahu yang dia cuma nak gunakan saya je."

"Paling sakit hati bila dia berniat nak jadikan saya sebagai teman tidur dia, senang cakap dia nak jadikan saya macam hamba seks dia. Tapi mujur saya dah tahu dari awal."

Airmata yang ditahan akhirnya laju menuruni pipi Zara, dibiarkan tanpa dikesat. Bukan dia selali menangis dengan semua perkara, tapi apa yang dia rasakan mereka tak tahu.

Carl Ayden ingin mengesat airmata isterinya tapi ditahan Zara, jelas cik isteri tak mahu dipandang sebagai seorang perempuan yang lemah.

Bibir diketap.

"Lepastu, saya jauhkan diri daripada dia bila saya dah tahu niat buruk dia dekat saya. Saya habis-habisan percayakan dia tapi semua tu sia-sia. Pernah sekali dia nak culik saya, mujur ada bodyguard papa yang nampak.."

"Dan ayat terakhir yang saya dengar dari mulut dia saya ingat sampai sekarang ... "

Tangisan Zara makin kuat, tak sanggup untuk dia ceritakan pada suaminya. Teresak-esak Zara menangis dalam keadaan kepala yang tertunduk ke bawah.

Dia tak nak suaminya nampak dia perempuan yang bodoh sekarang, tapi memang dia terpedaya dengan helah Haris dulu, sehingga kini dia sering menyalahkan dirinya.

"D-dia cakap... Dia sanggup b-bunuh saya... Kalau dia tak d-dapat saya o-rang lain pun t-tak akan dapat.."

Tersekat-sekat suara Zara bercerita, esakannya tak dapat dikawal lagi. Tidak tahu hubungannya dengan Haris dulu kini menyebabkan dia menghadap ugutan dan berada dalam ketakutan.

Carl Ayden pantas membawa Zara masuk ke dalam pelukannya. Sebelah tangan mengusap lembut belakang cik isteri manakala bibirnya mengucup ubun-ubun isterinya.

Sakit hati dengan perbuatan Haris pada Zara dia rasakan tika ini.

Sekarang dia tahu kenapa Zara tak pernah sebutkan tentang itu, isterinya masih lagi ketakutan. Patutlah mama dan papanya pun tak tahu, cik isteri tak langsung membuka mulut.

ZARA : BIDADARI TERAKHIR  |✔|Where stories live. Discover now