🌹 - 42

79.1K 2.9K 180
                                    

"Latest news, a mansion owned by a Chief Executive Officer; Tengku Haris Tengku Farid was believed to have suddenly exploded last night..."

Carl Ayden tersenyum sinis, remote control diambil lalu butang off ditekan. Puas hatinya sekarang, memang dia yang rancangkan untuk memusnahkan Haris dengan meletupkan rumah lelaki itu yang berada di California.

Biar Haris tahu siapa yang dia sedang bermain sekarang.

Tengkuk dipusing ke kiri dan kekanan membetulkan sendinya yang sedikit lenguh setelah seharian berada di pejabat menghadap kerja yang tak pernah habis.

Kot dan briefcase diambil lalu melangkah keluar daripada bilik pejabatnya.

Tujuannya untuk pulang ke rumah lebih awal hari ini kerana ingin berjumpa dengan isterinya. Rindu!

Sampai di tempat letak kereta khas untuknya, segala benda yang dibawanya dicampak di kerusi sebelah penumpang. Enjin dihidupkan sebelum keretanya meluncur laju membelah jalan.

Dalam fokus memandu, dia tersenyum lebar. Memang! Memang dia bukan Carl Ayden yang dulu. Tapi Carl Ayden yang penuh dengan ayat romantik dan juga senyuman memikat menghiasi wajahnya.

Semuanya disebabkan Zara Nafisa.

Setengah jam kemudian, dia sampai dihadapan rumah agamnya.

"Abang..."

Hampir tersungkur Carl Ayden yang baru melangkah masuk ke dalam rumah bila suara meleret cik isteri menyapa telinganya dan paling dia terkejut cik isteri panggil dia abang?! Air liur ditelan kasar, rasa macam ada rama-rama je terbang dalam perut dia.

Zara yang berada dihadapannya ditenung dalam, seperti biasa dikucup belakang tangan termasuk pipinya. Terubat rindu melihat wajah tembam cik isteri sejak mengandung sekarang.

"Abang? Dah tukar nama ke macam mana?"

Sengihan lebar diberikan pada encik suami. Tangan kasar suaminya dipimpin menuju ke arah sofa di ruang tamu, lucu pula tengok riak wajah terkejut suaminya itu.

Wajah Zara pula berseri-seri saja.

"Nak panggil abang pun tak boleh ke?" tanya Zara perlahan dengan bibir dicebik sedikit.

Tersengih Carl Ayden, bibir Zara yang tercebik itu dicium pantas seraya tersenyum nakal. Zara merenung Carl Ayden tajam yang selalu saja ambil kesempatan.

Macam mana dia nak merajuk lama-lama kalau macam ni?

"Boleh je, call me abang and I'll call you, love. Okay tak? Hm.." rambut cik isteri dipintal-pintal sambil merenung sayang isterinya.

Zara tersenyum manis seraya mengangguk. Ah bahagianya! Abang- Love. Love-abang?

Encik suami sekarang dah pandai bersweet-sweet dengan dia. Kadang nak mandi pun dia nak teman. Aduh! Gatal tak habis!

"Ikut abang lah nak panggil apa pun, tak kisah sebab suami saya ni terlebih gula dah sekarang. No more awak and no more aku. Faham?"

Carl Ayden mengangguk kecil, jari kelingking cik isteri yang dihulur padanya ditautkan dengan jari kelingking nya. Pinky promise! Dalam hati Carl Ayden tergelak lucu dengan perbuatan mereka berdua.

"Aww! Sakit!."

Tersentak Zara bila Carl Ayden mengerut wajahnya seakan kesakitan. Tiba-tiba saja menjerit.

Cemas Zara menyentuh keseluruh badan encik suami mencari punca kesakitan Carl Ayden. Wajah Zara betul-betul risau tika ini.

"Abang! Abang kenapa ni? Sakit dekat mana? Cuba cakap biar- er.. l-love tengok." perlahan saja perkataan 'love' itu disebutnya. Malu pulak dia nak sebut.

ZARA : BIDADARI TERAKHIR  |✔|Where stories live. Discover now