🌹 - 51

77.8K 2.9K 55
                                    

Rio De Jeneiro, Brazil.

Sempena perubahan dirinya dan juga meraikan kebahagiaan kerana keluarganya sudah lengkap kini, Carl Ayden mengajak cik isteri berbulan madu di Brazil, jiran sebelah tempat kelahirannya.

Disini, anak buahnya tak fasih berbahasa Inggeris jadi dia terpaksa bercakap dalam bahasa Portugis. Tak jauh bezanya dengan Sepanyol, cuma loghat yang sedikit berlainan.

Sekarang, mereka berdua berada di rumah milik Carl Ayden. Rumah ketiga encik suami memandangkan dia mempunyai perniagaan mengedar senjata api berlesen di sini.

"Bem-vindo, Jovem Mestre." (Welcome, Young Master)

Carl Ayden tersenyum pada pengawal di depan pintu utama itu, dapat dilihat riak terkejut pengawal tersebut. Mana tak nya kalau tak pernah-pernah senyum sebelum ni, tiba-tiba saja senyum.

Berita baik untuk pengawal yang lain, setelah sekian lama tidak bersua-muka, kini terdapat perubahan pada Tuan Muda mereka.

"Está todo bem?" (Is everything okay) soalnya dengan wajah serius.

Pengawal itu mengangguk laju sambil tersenyum, sedikit rasa hairan melihat perempuan di sebelah Tuan Mudanya. Wajah perempuan itu pun tak nampak seperti warga di situ.

Carl Ayden yang perasan dengan lirikan mata pengawalnya yang kelihatan pelik itu memeluk bahu Zara dengan setelah tangannya.

"Ela é minha esposa. Zara Nafisa." (She is my wife) perkenalnya pada pengawal tersebut dengan bangganya.

Zara tersenyum sedikit sambil menunduk, nak bercakap dia tak reti. Bahasa sepanyol pun dia belajar sikit je dari encik suami.

Kagum juga dengan kebolehan suaminya yang mahir menutur dalam pelbagai bahasa.

Cepat-cepat pengawal itu menunduk hormat pada Zara Nafisa. Mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah, ingin merehatkan diri terlebih dahulu selepas berjam-jam berada di dalam pesawat.

Petangnya,

Zara tersenyum puas melihat penampilannya dihadapan cermin dalam bilik air.

Kata encik suami, dia ingin bawa Zara bersiar-siar di pantai berdekatan. Tak sabar nak pergi, mesti cantik pantai dekat sini.

Anak-anak mereka ditinggalkan pada Puan Sri Aisyah sempena berbulan madu, itupun mamanya yang nak sangat luang masa dengan kembar berdua itu.

Pintu bilik air dibuka dan Zara keluar melangkah ke arah katil dimana encik suami masih lagi terbongkang di atas katil. Dari tengahari tadi hingga ke petang masih nyenyak tidur.

"Abang.." bahu encik suami digoyang berkali-kali, yang sedihnya encik suami langsung tak sedar dan menunjukkan tanda untuk bangun.

Zara gigit bibir, dia diam sejenak memikirkan cara untuk mengejutkan encik suami dari lena.

Tak dinafikan encik suami memang letih, siang sibuk dipejabat manakala sebelah petang atau malam melatihnya untuk mengguna senjata dan seni pertahankan diri.

Carl Ayden yang tidur mengiring itu ditolak perlahan supaya terlentang. Zara meniarap di sebelah suaminya dengan sebelah tangan menongkat dagu, sebelah tangan lagi menguis halus telinga encik suami.

ZARA : BIDADARI TERAKHIR  |✔|Where stories live. Discover now