Bunyi jam loceng menyedarkan Zara dari lenanya. Mata dipejam celik buat beberapa kali.
Dia bangun untuk mencapai jam loceng yang berada di atas meja sebelah katil tetapi sesuatu yang berat di pinggangnya membataskan pergerakan.
Mata dihalakan pada pinggangnya, sesaat buntang mata Zara apabila tangan Carl Ayden yang sedang melingkar dipinggang. Dia terkaku seketika.
Kepalanya ligat mengingati memori semalam dimana dia menyerahkan segala-galanya pada encik suami.
Diperhati tubuhnya dari atas hingga ke bawah. Hanya dilindungi dengan selimut semata-mata tanpa sebarang pakaian.
Pantas kedua-dua belah tangan ditekup pada wajah yang sedia membahang malu. Dalam hati dah berbakul-bakul ayat mengutuk diri sendiri yang mudah terlupa.
Tapak tangan yang menekup muka dibuka sedikit, sebelah matanya memerhati wajah nyenyak Carl Ayden. Bibir digigit perlahan. Malu dengan diri sendiri dan juga dengan si suami.
Perlahan-lahan cuba dirungkaikan tangan Carl Ayden yang berada dipinggang. Malangnya tak berhasil malah pelukan tersebut semakin diperkemaskan.
Zara mengeluh halus. Macam mana dia nak bangun kalau begini gayanya. Subuh pula sudah lama berlalu, takut tak sempat aje. Sekali lagi dia mengalihkan tangan Carl Ayden tetap juga tak memberi sebarang kesan.
Wajah Carl Ayden dipandang, sebaik melihat lelaki itu juga telah tersedar sambil merenungnya nakal, Zara ketap bibir.
Rupanya si suami sengaja mengetatkan lagi pelukannya. Mungkin dah lama bangun agaknya. Zara terkena.
"Awak, saya nak solat ni!" tutur Zara perlahan dengan nada geram.
Dipandangnya geram Carl Ayden. Posisi badannya yang berada di paras bahu lelaki itu memaksa Zara mendongakkan sedikit kepala ke atas.
"Hm .." hanya itu saja balasan daripada Carl Ayden sambil tersenyum nakal melihat wajah kegeraman si isteri.
Carl Ayden kembali memejamkan matanya setelah menerima jelingan tajam Zara. Suka dia melihat wajah Zara yang masam-mencuka itu.
Zara mengetap gigi kuat. Sakit pulak hati bila Carl Ayden sengaja buatnya geram. Lagi satu, dah bangun pun masih nak peluk dia.
Lain kali lah pulak kalau nak peluk pun, yang penting sekarang ni dia nak solat subuh. Haih!
"Kalau awak tak nak lepaskan tangan awak tu, saya jerit." ugut Zara dengan nada serius.
Carl Ayden tergelak sinis. Baginya ugutan Zara tu langsung tak membawa sebarang kesan. Lantak lah nak menjerit pun dia peduli apa. Nak tengok sejauh mana Zara boleh bersabar.
Biasa pagi-pagi begini kalau dia tersedar, tiada apa yang menarik. Tapi bila dah ada cik isteri, seronok pula mengusik.
"Kau jerit pun takde makna nya lah. Kau nak ke mama dengan papa dengar suara kau tu?" soal Carl Ayden masih lagi memejam mata rapat.
"Awak tu tak nak lepaskan pinggang saya. Saya nak solat lah, subuh dah masuk lama dah..." Zara berkata dengan suara seakan-akan mahu menangis.
Bukan ingin menangis, tapi rasa geram yang teramat. Carl Ayden membuka kelopak matanya, wajah cemberut Zara dipandang sekilas.
"Kalau mama dengan papa dengar l, mesti dorang suruh kita sambung buat anak, kan?" kening diangkat sebelah sambil tayang riak sinisnya.
"Gatal!" balas Zara sepatah, menyampah.
Senyuman nakal tersungging dibibir lelaki itu lalu dirapatkan badan Zara ke arahnya hingga membuatkan isterinya itu memukul-mukul dada bidangnya kerana kelemasan.
"Awak! Eii lepaslah! Saya nak mandi ni!" marah Zara dengan suara tertahan-tahan.
Kalau dia tinggikan suara dianggap menderhaka pada si suami pulak. Tapi itulah, ada suami pun tak faham bahasa. Tangannya yang memukul dada Carl Ayden terhenti, dah lenguh tangan dia dibuatnya.
Zara berhenti seketika dengan nafas yang dihela kasar, manakala Carl Ayden pula tersenyum kemenangan dapat mengenakan isterinya.
Dengan perasaan sakit hati yang teramat, tanpa mempedulikan perasaan takutnya pada Carl Ayden sebelum ini, lengan sasa yang berketul itu digigit kuat.
"Aww,shit!" carut Carl Ayden berdesis halus.
Serentak itu pelukan ditubuh Zara terlepas kerana terkejut dengan tindakan Zara yang tak disangkanya.
Zara segera bangun dan berdiri tegak di sisi katil sambil menggenggam erat selimut yang menutupi tubuhnya itu.
"Padan muka! Saya cakap elok-elok tak nak dengar!" ejek Zara sambil tersenyum mengejek, rasakan.
Carl Ayden mengusap lengannya dengan muka berkerut menahan sakit sambil memerhati kesan gigitan Zara yang berbekas itu.
Tajam matanya merenung Zara, sebelum ni bukan main takut, nak pandang muka dia pun teragak-agak macam muka dia buruk sangat, sekarang...
"Kau - main kasar eh?"
Melihat Carl Ayden yang ingin bangun daripada katil, secepat kilat dia berlari ke arah wardrobe sambil mengambil segala pakaiannya dengan tergesa-gesa.
Belum sempat dia ingin berlalu ke bilik air, pantas Carl Ayden memeluknya kemas dari belakang. Zara meronta-ronta untuk melepaskan diri.
"Kau nak lari mana? Hah? " soal Carl Ayden berbisik tepat ditelinga Zara.
Makin bertambah cemas Zara dibuatnya dengan jarak tubuh si suami yang terlalu dekat itu, satu lagi waktu subuh pula makin suntuk.
Semuanya disebabkan Carl Ayden, suka main-main masa macam ni. Harap suami, kalau melebih, derhaka pula.
"Kalau awak nak balas balik pasal tadi, kejap lagi lah. Subuh dah nak habis ni awak. Jangan lah macam ni... " rayu Zara perlahan dengan nada terdesaknya.
Carl Ayden tersenyum sinis, Badan Zara dipusing supaya menghadapnya. Wajah tak puas hati itu buat Carl Ayden ketawa dalam hati.
Alahai, isteri dia ni memang tak boleh kawal air muka langsung.
"Kiss me first and I'll let you go."
Zara mendengus geram. Wajah Carl Ayden yang sedang tersenyum sinis sambil mengangkat sebelah kening padanya dipandang dengan perasaan tak puas hati.
Walaupun dia teramat malu sekarang ini, mahu atau tak terpaksa juga dia mengikut arahan Carl Ayden supaya lelaki itu tak mengganggu nya lagi.
Cup!
Dikucupnya pipi kanan lelaki itu sebelum segera melarikan diri masuk ke dalam bilik air. Tak sanggup rasanya nak hadap muka Carl Ayden, malu tahap langit ketujuh dah rasanya sekarang.
Carl Ayden tersenyum puas. Dapat dilihat Zara blushing selepas mencium pipinya sebentar tadi. Haih! telatah gadis itu memang menghiburkan hatinya.
Niatnya hanya mahu menyakat, tapi Zara buat betul-betul. Tapi tak apa, dapat ciuman percuma.
"She's very seductive." bisiknya perlahan seraya tersengih nakal.
Badan direbahkan kembali ke atas katil
Beberapa minit kemudian, dia tertidur kembali. Solat? Entah berapa lama dah dia tinggalkan perkara wajib itu.Mungkin dia masih lagi belum jatuh hati pada gadis tersebut. Dia akui yang Zara seorang yang cantik dan cukup lengkap untuk dijadikan sebagai isteri.
Zara Nafisa. Gadis yang selembut itu mampu ke terima dia selepas ini? Terima gaya hidupnya dan yang paling penting-
Sisi gelapnya.
His dark side.
Tapi, bukan dia senang dengan sikap Zara kerana nafsu semata-mata. Dia tak pasti dengan perasaannya. Mungkin nanti Zara akan berjaya membuka pintu hatinya yang terkunci kemas itu.
[#] DONE .
YOU ARE READING
ZARA : BIDADARI TERAKHIR |✔|
Romance[ BOOK 1 ] [ C O M P L E T E D ] • • • ZARA NAFISA ...