🌹 - 13

95.9K 3.8K 43
                                    

Diperhati saja gerak-geri lelaki itu. Pistol jenis Walther PPX M1 itu diambil lalu diselitkan pada belakang badan. Raut wajah juga seperti tak ada apa yang berlaku dan perlu dirisaukan.

Heartless.

Carl Ayden mengeluh perlahan. Hairan dia melihat Zara yang masih lagi dalam keadaan takut. Pistol je pun bukannya bom yang tengah terpasang. Tak faham dia.

"Tak payah takut sangat. We're late Zara. Dah, jom!" tegas Carl Ayden bersuara.

Zara menganggukkan kepala. Dia terkejut sebenarnya, seumur hidup tak pernah lagi dia tengok benda bahaya tu depan mata. Nasib tak terpegang tadi.

Memang dia pernah tengok, tapi dalam tv. Ni depan-depan, mana tak terkejut. Tapi hairan kenapa Carl Ayden perlu ada benda tu.

Mereka berdua keluar daripada bilik lalu melangkah kaki ke arah lif. Butang ditekan untuk turun ke bawah. Masing-masing menyepi.

Keluar daripada lif, Carl Ayden menggenggam lembut tangan Zara lalu dipimpinnya. Pengawal yang berada di pintu utama menunduk hormat.

Perkara wajib yang dilakukan ketika berhadapan dengan Carl Ayden, sama juga jika isteri lelaki itu.

Seperti biasa, pintu kereta Carl Ayden sudah dibuka untuk mereka berdua dan bodyguard yang berada di perkarangan rumah. Berdiri tegak.

Carl Ayden berhenti dihadapan Samuel dan Diego yang setia menanti dan mengikutinya kemana saja. Itu memang kerja orang kanan, bukan?

"Tu hiciste lo que dije?" (did you do my ordered)

Zara dah mula blur bila terkeluar bahasa asing Carl Ayden. Manalah dia belajar bahasa yang Carl Ayden gunakan. Duduk dengan Puan Sri Aisyah dan Tuan Carl Asyraf pun mereka bercakap macam biasa je.

Kalau bercakap pun hanya sesekali.

Carl Ayden menarik Zara rapat padanya. Mata masih lagi memandang tajam wajah orang kanannya itu. Dia sudah mempunyai Zara, jadi keselamatan isterinya itu harus dijaga.

"Si , Joven Maestro."(yes, Young Master) jawab Samuel seraya menunduk.

Carl Ayden mengangguk sekali. Kaki melangkah menuju ke arah kereta miliknya. Zara juga turut masuk, sempat dia memberi senyuman nipis pada pengawal yang menutup pintu kereta di tempat nya.

Ngauman enjin kereta Carl Ayden memecut laju membelah jalan raya meninggalkan perkarangan rumah. Ngauman enjin keretanya menarik perhatian pemandu yang lain.

Zara menjeling ke arah Carl Ayden, wajah lelaki itu tenang saja. Jari-jemari kecilnya dimain-mainkan. Selagi dia tak tahu, selagi tu dia tak senang hati.

"Awak? Saya nak tanya satu soalan boleh tak?" teragak-agak Zara bertanya.

"Hm. Apa dia?"

Zara tersenyum nipis. Bahagia rasa bila suami dia mahu berbual dengannya, jarang sekali.

"Kenapa ramai sangat bodyguard awak? Siap tunduk hormat bagai. Kenapa eh?" soal Zara dengan muka seriusnya.

Carl Ayden diam seketika. Soalan Zara buat dia berfikir dua kali untuk menjawab. Dikerlingnya dengan ekor mata wajah serius si isteri. Nampak nak tahu sangat.

"Semua yang kau tengok tu personal bodyguards aku. Aku tuan dorang, mesti lah kena respect. Faham?" balas Carl Ayden yang fokus dengan pemanduannya.

Zara meng'oh'kan tanpa bersuara, hanya bibir yang membentuk bulatan kecil. Belum sempat dia ingin bertanya soalan seterusnya -

"You asks me for one question only, right, Zara?"

ZARA : BIDADARI TERAKHIR  |✔|Where stories live. Discover now