Zara mengucup lembut belakang tapak tangan suaminya lalu dikucupnya pula pipi kanan Carl Ayden.
Perbuatan Zara itu tak dihalang malah dalam hatinya turut memuji tingkah-laku isterinya yang begitu menyayangi dan menghormati dirinya. Sungguh beruntung dirinya memiliki Zara.
"Saya pergi dulu tau awak. Assalamualaikum." tutur Zara sopan sambil tersenyum nipis.
Carl Ayden hanya mengangguk. Tak sedikitpun muka kacaknya itu mengukir senyuman walau senipis kulit bawang. Terlalu payah! Asyik kekal dengan wajah bengisnya saja. Tak bosan ke?
Manakala Shay yang melihat perbuatan Zara itu sudah tersengih-sengih. Dia juga turut memuji sikap Zara yang satu itu. Carl Ayden sepatutnya bersyukur kerana menjadikan Zara sebagai isterinya.
Tapi ini tak! Senyum pun dia tak tahu, asyik sinis je.
Bertuah Carl Ayden, dapat isteri yang bersopan-santun ,ll, lemah-lembut dan juga menghormati orang lain. Sempurna sebagai seorang isteri yang baik.
Shay merasakan yang dirinya tak layak bergandingan dengan Zara. Perempuan itu sangat sempurna jika nak dibandingkan dengan dirinya.
"Cuida bien de ella. Si algo sucede, te mataré. No digas que no te lo advertí antes!" (take a good care of her. If anything happens, I'll kill you! Don't say I didn't warn you)
Shay hanya mencebikkan bibir dengan pesanan terselit amaran Carl Ayden padanya. Zara pula terkebil-kebil dengan bicara suaminya yang ditujukan pada Shay.
Entah apa lah yang Carl Ayden katakan, cuba bercakap dalam bahasa yang dia faham, ni guna bahasa asing tu.
Pandangan tajam Carl Ayden, Shay abaikan. Dia pun seram sebenarnya dengan mata helang lelaki itu, membunuh betul pandangan dia!
Tangan Zara dicapai sebelum ditarik lembut keluar dari rumah tersebut, kalau lama-lama dekat situ, mesti lelaki tu ugut macam-macam.
Dia tahu Carl Ayden cuma risaukan keselamatab isterinya, tapi Shay akan pastikan Zara baik-baik saja bersamanya.
Dia sebenarnya senang berkawan dengan Zara, itu yang dia meminta izin untuk membawa perempuan itu keluar. Bukan selalu pun.
Sebelum dia melangkah keluar, sempat dia berpaling ke arah Carl Ayden. Zara pula terkial-kial menyarung kasut di kaki.
"I dengan your wife pergi dulu tau. Bye Carl! Muahh!" laung Shay sambil menghadiahkan flying kiss pada Carl Ayden sebelum berlalu pergi.
Zara tergelak kecil. Perangai keanak-anakan Shay menghiburkan hatinya. Ada saja perkara atupun ayat yang buat Zara geli hati. Tak semestinya yang gedik itu selalu buat kita menyampah.
Mereka berdua masuk ke dalam perut kereta Mercedez Benz Shay yang bewarna putih itu. Kalau dah rupa cantik, kerjaya sebagai model antarabangsa tak hairanlah kereta pun mewah.
Hidup mewah , sesuai untuk Shay. Walaupun gaya nampak macam memilih, tapi Shay sebenarnya lebih suka besederhana.
Zara pun tak kekok bila bersama perempuan itu, kalau tak mesti dia tak selesa, sebab dia tidak begitu bergaya dengan pakaiannya.
Kereta Shay meluncur laju di jalan raya. Tak lekang senyuman dibibir Shay kerana dapat keluar bersama dengan Zara.
Tu pun lepas dia pujuk Carl Ayden, adalah dekat sejam. Sampai lelaki itu bersetuju, tapi amaran tetap diberikan padanya.
××××
Carl Ayden menyerabaikan rambutnya lalu punggung dilabuhkan di sofa. Berat hatinya untuk melepaskan Zara keluar dengan Shay. Dia cuma risaukan keselamatan Zara ,hal haritu pun madih belum selesai lagi. Ah! kusut betul!
YOU ARE READING
ZARA : BIDADARI TERAKHIR |✔|
Romantik[ BOOK 1 ] [ C O M P L E T E D ] • • • ZARA NAFISA ...