Zara mebuntuti langkah kaki Shay, Fazz, Zull dan Jack tanpa bersuara. Dia sebenarnya tak tahu apa yang ingin dilakukan mereka ketika ini.
Pintu bilik kayu yang berada di tingkat dua rumah agam milik Carl Ayden ditolak. Berkunci. Shay mendengus kasar lalu kepala ditoleh memandang ke arah Jack dengan muka meminta pertolongan.
Jack yang berada paling belakang sekali maju ke depan dan berhenti di sebelah Shay. Isyarat mata diberikan pada kekasih hatinya mengarahkan supaya berundur sedikit ke belakang.
Dengan muka selamba, Jack menendang kuat pintu bilik tersebut. Masih tak terbuka. Setelah kali ketiga mencuba, pintu bilik tersebut terbuka luas.
"Finally! Carl pun satu, pintu ni pun nak lock jugak ke? Menyusahkan betul!" kata Shay bosan, mata dijulingkan ke atas.
Zara terlopong. Fazz tersengih kecil manakala Zull menggaru pipinya yang tak gatal. Sungguh dia tak bersemangat sekarang, kerja yang diberikan Carl Ayden belum lagi selesai. Jack tersenyum sinis dengan hasilnya.
"Guys. Here we go!" jerit Shay lagi lalu terus masuk ke dalam bilik tersebut dengan terujanya.
Zara turut masuk diikuti Zull, Fazz dan Jack. Terpancar wajah teruja dan gembira di muka masing-masing. Seakan-akan tempat yang baru dikunjungi saja lagaknya.
Mata meliar memerhati keadaan dal bilik tersebut. Terpegun Zara seketika bilamana bukan sekadar bilik tetapi banyak lagi bilik yang berada dalam bilik tersebut.
Hampir sepuluh bilik dan tersangat besar. Dia yang duduk dalam rumah ni pun tak tahu.
"Er.. Shay. C—Carl tak marah ke?"
Empat pasang mata tertumpu pada Zara sehingga membuatkan dia menunduk ke bawah. Bibir diketap lembut. Shay menghampiri Zara lalu bahu Zara dirangkul kemas dengan sebelah tangannya.
"Come on Zara, don't worry about him. Dia takkan marah punya. You just enjoy,okay? " ujar Shay selamba sambil tersenyum manis pada Zara.
Zara kelu, kalau begitu kata Shay dia ikut je. Perlahan kepala diangguk membuatkan Shay tersengih.
"Nak masuk bilik mana? Aku dah tak tahan nak asah taring." ujar Fazz tersenyum sinis.
Tapak tangan digosok sesama sendiri. Fazz memerhati satu-persatu bilik yang ada. Zull sibuk menghadap gajet ditangannya. Jack pula dah jauh ke depan merenung ke arah satu bilik.
Setiap bilik mempunyai nama dan juga tempat khusus untuk berlatih. Semua alat dan kelengkapan sudah tersedia, cuma perlu pilih, ambil dan mulakan.
"Dart Knife Room!"
Fazz mengangguk laju lalu melangkah ke arah bilik yang ketiga lalu pintu bilik dibuka dan diikuti Zull, Shay dan terakhir Zara yang teragak-agak. Jack masih lagi berjalan dari bilik ke bilik.
Bilik ketiga ialah 'Dart Knife' yang merupakan bilik yang dipenuhi dengan pelbagai jenis dart. Anak panah yang tersusun rapi dan juga beberapa papan dart disediakan.
Zara telan liur, dia tak pernah main benda macam ni. Sekali tengok muncung anak panah tu pun dah buat dia tak teringin nak pegang, tajam dan berkilat. Kalau kena memang tembus kulit rasanya.
"You duduklah dulu. Tengok siapa yang menang, I ataupun Fazz." arah Shay lembut lalu meninggalkan Zara dan maju ke depan.
Zara mengambil tempat di sebuah kerusi dan memerhati Shay dan Fazz yang sudah bersedia untuk memulakan permainan. Zull bersandar di dinding dengan kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.
"Ready to lose?" sinis Shay menyoal Fazz.
Serentak itu, permainan bermula. Tinggal Zara yang menjadi pemerhati.
Jack memerhati Shay yang fokus dan bersemangat melawan Fazz dari depan muka pintu. Tergeleng-kepalanya melihat Shay yang boleh tahan lasaknya.
Ganas pun ganas tak padan dengan model majalah. Dia tahu Shay sebagai model majalah hanya kerja sambilan saja.
"You win! Good!"
Tersengih Shay mendengar pujian dari Jack. Sempat bibir dimuncungkan ke arah Jack seolah-olah mencium bibir lelaki itu. Zara tergelak tapi Zull pula mencebik.
Nak sweet-sweet pun tak bertempat!
Fazz dengan muka serius mencari sasaran di papan dart. Rasa tak puas hati masih bersisa kerana dikalahkan Shay. Sekali lontaran, anak panah tersebut tepat mengena sasaran. Fazz tersenyum puas.
Giliran Zull, dalam keadaan terpaksa tanpa rela dia melangkah ke arah Fazz. Baru saja dia ingin memulakan lontaran, terasa sesuaru bergetar di dalam poket seluarnya.
"Shit!" carut Zull perlahan seraya merengus geram.
Dia mengeluarkan handphone yang berada di dalam poket. Setelah memerhati beberapa saat skrin telefon, dia menyimpannya kembali ke dalam poket seluarnya.
"Lain kali lah aku join korang. Ada hal!" kata Zull lalu keluar daripada bilik tersebut dengan muka ketat.
Zara memandang susuk tubuh Zull yang semakin jauh. Keningnya diangkat sebelah pada Shay. Manakala Jack mengambil alih giliran Fazz sebentar tadi.
"Dia ada hal sikit nak buat, tugas dia tak settle lagi. Tu yang kusut je, takut singa mengamuk!" kata Fazz yang tolong menjawab bagi pihak Shay.
"Oh .. "
××××
Carl Ayden tersenyum sinis melihat gambar Zara bersama rakan-rakannya yang dihantar orang suruhannya melalui aplikasi Whatsapp itu .
Mentang-mentang dia jauh, sesuka hati je dorang terjah bilik latihannya. Tahu lah nak buat apa bila dia balik Malaysia nanti.
"How's your business?" tanya Mr.Charlie ramah.
Carl Ayden meletakkan handphone miliknya di atas meja, wajah Mr Charlie dipandang. Klien terakhir dia pada malam ini. Wain yang dipesan diteguk perlahan.
"So far everything is fine. Thank you for being part of my company, Mr Charlie."
Mr Charlie yang menjadi pemegang syarikat gergasi di London memang berminat untuk bekerjasama dengan syarikat Carl Ayden.
Tambah lagi tawaran lelaki itu yang pastinya tak dapt ditolak.
"My pleasure, Young Master." gelas berisi arak itu diangkat sedikit sambil tergelak kecil.
Mereka berdua memerhati gelagat wanita yang sedang ghairah dan rancak menari. Cukup menyesakkan dada bila terpandangkan baju yang dipakai sangat jarang dan menjolok mata.
Nama pun dalam kelab malam, mana nak ada yang pakai jubah datang. Aish!
Memandangkan badannya letih dan dia perlu berehat, Carl Ayden segera meminta diri untuk pulang.
Kepala pun dah berdenyut-denyut akibat bergelas-gelas air setan yang diteguknya sebentar tadi. Entah bagaimana reaksi cik isteri kalau tahu dia mabuk.
[DONE]
YOU ARE READING
ZARA : BIDADARI TERAKHIR |✔|
Romance[ BOOK 1 ] [ C O M P L E T E D ] • • • ZARA NAFISA ...