🌹 - 27

83.3K 3.2K 11
                                    

Zara membaca pesanan ringkas yang dihantar suaminya beberapa minit tadi. Sedikit gementar ingin menanti kedatangan tetamu yang diundang atau lebih tepat lagi arahan daripada Carl Ayden yang menyuruh mereka menemani Zara di rumah.

Memang lah Zara bosan bersendirian di rumah, tapi dia tak nak lah susahkan orang lain semata-mata sebab dia bosan dan seorang diri.

Arahan dari encik suaminya mana boleh dibantah, rasa bersalah pulak dengan mereka yang lain.

Siapa lagi kalau bukan sahabat-sahabatnya, Fazz, Zull dan pasangan kekasih, Jack dan juga Shay.

Sebut nama Shay, Zara tersengih lebar mengingati perempuan itu. Jujur Zara katakan, Shay memang seorang yang baik dan peramah walaupun sosialnya dia.

Sekali lagi pesanan ringkas itu direnung dalam skrin handphone miliknya.

'Nanti budak-budak ni datang rumah. Dorang temankan kau sampai aku balik. Pasal benda lain tak payah risau, Nini dah settle. Take care, wife.'

Sudah tiga hari Carl Ayden berada di luar negara, rindunya pada encik suami mampu dipendam. Kalau diluahkan, suaminya hanya tahu menyakat dan menyakitkan hati dia. Eii!

"Zara! We are here! Where are you?!"

Zara tersentak. Suara Shay yang bergema di dalam rumah tersebut mengejutkan Zara. Memang arahan Carl Ayden sangat berbisa, baru beberapa minit selepas suaminya memaklumkan padanya, mereka dah pun datang. Laju!

Tudung disarungkan di kepala sebelum tergesa-gesa keluar dari biliknya. Tak manis membiarkan tetamu menunggu lama. Keluar daripad lif, matanya tepat memandang ke arah tiga orang sahabat Carl Ayden termasuk Shay.

"Maaf saya lambat turun dan tak sempat nak jemput korang semua." ujar Zara perlahan sebaik tiba di ruang tamu dengan riak wajah serba-salah.

Shay yang sedang melentokkan kepala di bahu Jack segera bangun dan meluru ke arah Zara yang berada di hujung sofa. Dipeluknya Zara kemas lalu pipi Zara diciumnya kiri dan kanan. Salam perkenalan.

"It's okay, Zara. Lagipun I dengan dorang baru je sampai. You macam mana selama husband tak ada ni? Sihat?" soal Shay seraya tersengih nakal.

Dengan itu tangan Zara dipimpinnya lalu menuju ke arah sofa berkembar dan didudukkan Zara pada sofa diikuti dirinya. Zara tersenyum nipis.

"Saya okay je. Shay pulak macam mana?"

Shay melebarkan senyumannya. Mata dihalakan pada Zull, Fazz dan Jack yang hanya memerhati mereka berdua sedari tadi. Terfikir mungkin itu cara perempuan bila berjumpa.

"Yang korang tengok I dengan Zara macam tu kenapa? Tak pernah tengok wife Tuan Muda korang ke? Nak I report dekat Carl?"

Shay menjeling pada mereka bertiga sebelum kembali memandang Zara. Tangan Zara digenggam lembut.

"Okay, biar I kenalkan dorang dekat you. Yang duduk dekat sofa hujung tu Fazz." kenal Shay sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah Fazz.

Fazz mengangkat sebelah tangannya pada Zara sambil tersengih lebar. Zara membalas dengan senyuman nipis.

"Yang tengah sibuk dengan phone dia tu, Zull. You hati-hati tau dengan dia, dia buaya paling tak guna kat Malaysia ni." jelas Shay beserta perlian lalu tersenyum sinis.

Zull mendongak lalu mengecilkan matanya memandang Shay yang jelas sedang mengejeknya. Penumbuk diangkat lalu ditunjukkan pada perempuan itu. Zara tertawa kecil.

"Mulut kau- Woi Jack! kau tengok awek kau ni, bukan main mengata aku. Nak je aku terkam kau."

Jack tersengih sinis melihat wajah tak puas hati Zull. Bibir dicebik dengan kedua bahunya diangkat, tanda malas mahu masuk campur.

ZARA : BIDADARI TERAKHIR  |✔|Where stories live. Discover now