🌹 - 50

78.7K 2.8K 42
                                    

SETAHUN KEMUDIAN.


Carl Ayden memerhati anak buahnya yang menyusun dan mengemas segala alatan tajam dan juga pelbagai jenis senjata api di bilik latihannya.

"Make sure everything is neat and organized." arahnya tegas sambil memerhati mereka.

Anak buahnya yang bernama Lucas itu mengangguk dan kembali menyusun butir-butir peluru di tempat yang disediakan. Pistol juga turut diletak pada tempatnya.

Carl Ayden menghembus asap rokok sambil berjalan keluar daripada bilik latihan tersebut dan menuju ke ruang tamu.

Disitu, duduknya seorang lelaki lengkap beruniform polis sedang tersenyum memandangnya.

"Lesen senjata api dan senjata tajam Tuan Muda telah diluluskan." ujar Insp Hakimi sambil menolak satu sampul surat diatas meja itu pada Carl Ayden.

Carl Ayden tersenyum nipis. Dibuka sampul surat tersebut, setelah puas hati dengan apa yang dilihatnya dia meletak sampul tersebut ke atas meja dan berdiri.

"Thank you, Hakimi. I owe you. Kirim salam dekat Tuan Fazran." jelas nada dan riak wajahnya ceria.

Insp Hakimi berjabat tangan dengan Carl Ayden, beg dan dokumen diambil di atas meja dan disangkut pada bahu, dokumen dikepit pada bawah lengannya.

"Tak ada hal, lagipun Tuan Muda dah banyak sangat bantu pihak kami. Saya pergi dulu." pamit Insp Hakimi sebelum berlalu pergi.

Carl Ayden menghantar pemergian Insp Hakimi di muka pintu sehingga kereta lelaki itu hilang dipandangan matanya. Dia melangkah kembali ke arah sofa lalu sampul surat itu diambil.

"Tuan Muda, semuanya dah selesai. Bilik latihan dah boleh guna sekarang." maklum Lucas yang berada tak jauh dari sofa ruang tamu itu.

Kepala diangguk sedikit pada Lucas seraya bangun dan melangkah masuk ke dalam lif untuk ke tingkat dua dimana anak-anaknya yang sudah berusia setahun itu berada bersama cik isteri.

TING!

Keluar daripada lif dia tersenyum lebar melihat Carl Hans Mikael dan abangnya Carl Que Alexander sedang berebut mainan di atas permaidani lembut di tengah-tengah antara sofa ruang tamu.

"Hey! Jangan pukul abang dengan benda tu Hans. Aish!"

Zara terus menjauhkan sedikit Carl Que Alexander daripada adiknya. Risau makin teruk pula Carl Hans Mikael memukul abangnya dengan rangka lori yang diperbuat dari plastik itu.

"No! Hans, tak baik tau buat macam tu dekat abang." ubun-ubun Carl Hans Mikael dikucup sayang.

"Yinyo."

Carl Ayden tergelak mendengar Carl Hans berkata-kata walaupun pelat. Zara pula tersenyum nipis. Diambil permainan yang lain lalu diberikan pada anaknya itu.

"Love, come here. Abang ada something nak cakap."

Zara berjalan ke arah sofa berangkai dua lalu duduk di sebelah encik suami yang merenungnya dengan pandangan redup.

"Qbang nak cakap apa?" soal Zara lembut.

Carl Ayden tersengih dan memusing badannya menghadap Zara. Pistol di belakang pinggangnya dikeluarkan lalu diberikan pada cik isteri.

ZARA : BIDADARI TERAKHIR  |✔|Where stories live. Discover now