Carl Ayden melangkah masuk ke dalam bilik Zara selepas ditukarkan pada wad biasa dengan longlai, wajahnya muram. Tak dapat dia bayangkan bagaimana penerimaan isterinya nanti.
Harapan yang diimpikan hancur sekelip mata. Dia menyesal, dia rasa dirinya langsung tak berguna saat ini dan mungkin Zara akan membencinya selepas ini.
Kerana dia penyebabnya.
Tuan Carl Asyraf dan Puan Sri Aisyah meminta diri untuk solat sunat syukur sebentar tadi, Carl Amsyar dan Ainna pula sudah awal-awal pulang kerana ada urusan katanya.
Kini, tinggal Carl Ayden seorang diri.
Isterinya terbaring di atas katil dengan wajah lesu dan sedikit pucat. Carl Ayden mengetap bibirnya kuat, hatinya dirundung pilu.
Isteri yang terbaring lesu dan anak yang tak dapat diselamatkan cukup buat dia lemah-selemahnya.
Kerusi disebelah katil Zara ditarik perlahan tanpa sebarang bunyi, tak mahu mengganggu lena Zara sekaligus tak sanggup melihat isterinya menangis kesedihan.
"I'm sorry, wife. Abang tak mampu jaga Zara dengan baik, semuanya salah abang. Abang mintak maaf, sayang."
Tangan Zara ditarik lalu dikucup belakang tapak tangan cik isteri. Lama dia begitu, bertalu-talu dikucupnya tangan cik isteri sebagai tanda memohon maaf.
Tak mungkin isterinya memaafkan dia kalau dah sedar nanti.
"Abang tahu, abang memang suami tak guna. Abang tak layak jadi suami sayang. Maafkan abang, kalau abang jaga sayang, anak kita dan sayang tak akan jadi macam ni." airmata lelakinya jatuh ke pipi.
Carl Ayden memejam rapat matanya seraya airmata yang laju mengalir membasahi pipi. Dia tertunduk dengan tangan cik isteri yang melekap dibibirnya.Terhinjut bahu Carl Ayden, wajahnya disembamkan pada perut kempis isterinya yang dulu membulat dan berisi di dalamnya tapi sekarang tak lagi. Kempis dan kosong tanpa sebarang isi.
"Maafkan papa. Papa memang jahat, sebab papa baby jadi mangsa. Baby maafkan papa ya? Mama memang tak akan maafkan papa."
Wajah diangkat sedikit sambil merenung wajah isterinya dengan mata yang berkaca, mungkin lepasni wajah itu tak akan dapat ditatap lagi.
Mungkin juga tak ada senyuman lagi di wajah polos isterinya itu.
CUP!
Bibir Zara dirapatkan dengan bibirnya, airmata Carl Ayden yang mengalir terkena pada dagu cik isteri. Mata dipejam rapat, menahan perasaan bersalahnya pada Zara Nafisa.
"Sayang, janji dengan abang yang sayang tak akan tinggalkan abang. Kalau sayang benci abang pun, abang terima. Tapi, abang tak nak hilang sayang." rintihnya pilu.
Laju saja disembamkan mukanya pada dada cik isteri, dia tak kuat. Dia takut isterinya akan meninggalkan dia nanti.
××××
Di luar bilik Zara Nafisa, mereka berempat tersenyum kelat melihat Carl Ayden yang nampak begitu tertekan dan bersalah dengan meminta maaf tanpa henti pada Zara Nafisa.
"Anak abang betul-betul sayangkan Zara, saya kesian tengok dia macam tu abang " ujar Puan Sri Aisyah sambil mengesat airmatanya.
Tuan Carl Asyraf tersenyum nipis, lain benar Carl Ayden yang sekarang. Kalau berkaitan dengan Zara Nafisa pasti anak sulungnya itu akan menjadi seorang yang lemah dan tak bermaya.
"Biar lah dia, baru dia tahu yang dia berpijak di bumi bukan mendongak ke langit. Itu baru sikit, dia dah separuh meroyan. Harap dia sedar lepasni." sampuk Carl Amsyar.
YOU ARE READING
ZARA : BIDADARI TERAKHIR |✔|
Romance[ BOOK 1 ] [ C O M P L E T E D ] • • • ZARA NAFISA ...