🌹 - 45

70.7K 2.7K 28
                                    

Carl Ayden dan yang lain diam memerhati Diego dengan hati yang berdebar.

Mereka hanya menunggu Diego menggodam sistem maklumat dan dibantu Samuel yang menjejak kedudukan Zara Nafisa.

"Mrs.Ayden is in Paris!"

Terus mereka yang tadinya duduk, berdiri tegak dengan pernyataan Diego.

Samuel turut mengiyakan seraya menunjukkan pergerakan butang bewarna merah yang berkelip di skrin komputer.

"Seriously? Jauh betul dia bawak lari bini kau Carl!" ujar Zull terkejut seraya mata tak lepas memandang skrin komputer tersebut.

"Baby! I nak jumpa Zara!"

Shay laju saja memeluk tubuh Jack kerana terlalu gembira bila jejak Zara sudah dikenalpasti. Senyuman lebar terukir dibibir.

"Kau tak suka ke Carl? Isteri kau dah dapat jejak dekat mana. Come on, show us that you're happy!"

Berkerut dahi Fazz melihat Carl Ayden yang kaku tanpa sebarang suara. Bahu Carl Ayden ditepuk berkali-kali.

Seketika, baru Carl Ayden mengukir senyuman dengan muka bersinar. Gembira tak terkata.

Sungguh dia terkejut dengan pernyataan Diego dan Samuel. Rasa tak percaya akhirnya isterinya diketahui keberadaannya.

Dia tak tahu sama ada nak gembira atau sebaliknya, rasa macam mimpi.

"Tengku Haris Tengku Farid, kill him!"

Carl Ayden merenung tepat ke arah Jack yang kelihatan tegang itu,sebaik nama Haris ditutur Jack terus saja Carl Ayden kembali kepada Carl Ayden yang bengis dan kejam.

Dia akan bunuh lelaki itu sekejam-kejamnya jika Haris sentuh isterinya.

"Kill him like a starving beast, like a starving lion. When the lion is starving, it will kill anything."

Mereka tersenyum sinis dengan kata-kata berbaur amaran dan penuh dendam dari Carl Ayden.

"Next plan."

××××

Haris merenung Zara Nafisa yang sedang terbaring lemah dengan airmata yang setia mengalir dipipinya.

Dari Zara sedar sehingga sekarang, sepatah perkataan pun tak terkeluar dari mulutnya. Senyap tanpa bersuara.

Lupa, Zara tak boleh bercakap walau satu perkataan pun kerana mulutnya telah ditutup dan diikat kemas.

Dia mahu Zara tahu yang dia betul-betul ingin membunuh perempuan itu.

"Kau tahu tak? Masa aku culik kau haritu, memang aku dah agak yang suami tak guna kau tu akan datang selamatkan kau.Tapi.."

Pisau yang berada ditangannya dimainkan pada pipi kanan Zara, perlahan saja seakan sedang melukis di atas angin, antara kena dan tidak di pipi yang lebam kebiruan itu.

"Aku sengaja pura-pura kena outstation, yang sebenarnya aku tak pergi mana-mana sebab seronok pula perhati suami kau yang kononnya macam hero kau masa tu. Bijak kan aku?" tawa kecil terkeluar dari mulutnya seakan tidak siuman.

ZARA : BIDADARI TERAKHIR  |✔|Where stories live. Discover now