Suasana malam yang sedikit suram di sapa angin malam membuatkan Zara menggigil kesejukan. Sesekali tangannya mengusap perlahan kulit yang disapa angin.
Dia hanya termenung kosong di luar balkoni. Rambut yang disanggul tinggi dan hanya memakai seluar track dipadankan dengan baju berlengan tiga suku.
Lagipun dia duduk dalam bilik, tak hairanlah kalau dia berpakaian begitu. Pakaiannya pun tidak begitu terdedah, biasa saja.
Suaminya pula seperti biasa, ada hal yang perlu diuruskan. Sehingga sekarang dia belum tahu apa 'hal' yang diperkatakan Carl Ayden.
Kalau dah keluar, angka jam yang menunjukkan pukul 2 pagi baru muncul wajahnya. Entah kemana si suami pergi. Hm.
Dia kadang tertanya-tanya, mengapa mereka masih lagi menetap di rumah Puan Sri Aisyah dan Tuan Carl Asyraf. Sedangkan sudah hampir seminggu mereka berkahwin.
Sikap Carl Ayden juga sukar dijangka, selalunya serius dan bermuka bengis dengan suara yang sentiasa dingin. Sesekali boleh dibawa bergurau dan juga tersenyum.
Tapi, bila lelaki itu dalam keadaan serius, aura gerunnya dapat dirasakan Zara, bukan itu saja, riak Carl Ayden pun boleh buat dia berdebar.
Senyuman sinis saja yang Zara lihat, belum pernah lagi melihat Carl Ayden tersenyum ikhlas. Tak kira lah Puan Sri Aisyah dan Tuan Carl Asyraf sekalipun.
Selama seminggu bergelar isteri kepada Carl Ayden, seminggu jugalah dia menjadikan rutin harian menunggu kepulangan suaminya. Kadang-kadang subuh baru balik.
Zara tetap bersabar. Dia bukanlah seorang perempuan yang over sangat dari segi mengambil berat. Buat setakat ni, dia cuba mengenali sikit-sikit cara hidup lelaki itu.
Penat? Bosan? TAK! Dia tak pernah rasa macam tu dengan suaminya. Dia ikhlas sayangkan Carl Ayden. Lagipun, itu tanggungjawab seorang isteri kan? Sentiasa mengutamakan suami.
Kesimpulannya, tetap bersabar dan melayan si suami semampu dan seadanya kerana dia sendiri bersetuju saat lamaran mamanya diterima.
Sedang dia tenggelam dengan dunianya sendiri, bunyi pintu bilik dibuka menyentakkan Zara. Senyuman kecil terukir dibibir sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik.
Kelihatan suaminya yang sedang merungkaikan tali lehernya. Dihampiri Carl Ayden yang masih belum perasan akan dirinya. Jam yang tersangkut di dinding menunjukkan angka 2:30 pagi.
"Lewat awak balik?" soal Zara lembut sambil memandang wajah tegang suaminya.
Perasan dengan kehadiran isteri, Carl Ayden menoleh ke arah Zara yang sedang berjalan menghampirinya. Sejuk hati melihat senyuman Zara.
"Kenapa tak tidur lagi?" tanya Carl Ayden perlahan dan tetap dingin suaranya.
Soalan Zara dibiarkan berlalu pergi. Zara yang faham bahawa Carl Ayden tak mahu menjawab soalannya tersenyum nipis. Dah biasa begitu sebelum ni.
Dia pun tak suka nak memaksa. Jika Carl Ayden rasa ingin bagitahu, dia sentiasa ada untuk mendengar. Kalau tak, itu bermakna encik suami tak mahu memberitahunya.
"I'm not sleepy and I'm waiting for you mr. husband.." jawab Zara jujur dari hati.
Entah bagaimana gelaran untuk suaminya dia gunakan tanpa rasa segan, mungkin dia sukakan dengan gelaran tersebut.
"Lain kali tak payah tunggu aku. Kalau mengantuk kau tidur je dulu." ujar Carl Ayden tegas.
Zara hanya mendiamkan diri. Kata-kata atau lebih tepat lagi pesanan daripada Carl Ayden hanya dibalas dengan senyuman lebar.
YOU ARE READING
ZARA : BIDADARI TERAKHIR |✔|
Romance[ BOOK 1 ] [ C O M P L E T E D ] • • • ZARA NAFISA ...