🌹 - 28

80.8K 2.9K 71
                                    

Sudah lima hari dia berada ni negeri orang, lagi dua hari untuk selesaikan kerjanya disini. Dalam sibuk berjumpa klien dan meeting di sana sini, Zara tetap berada dalam perhatiannya.

Jelas dan teserlah tatto berukiran singa yang sedang mengaum sederhana besar dibahagian dada sebelah kanannya. Singa, melambangkan dialah raja dan dia paling kejam.

Jam berjenama di tangannya dikerling, sudah pukul 9:45 malam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jam berjenama di tangannya dikerling, sudah pukul 9:45 malam. Satu-persatu butang kemeja dibuka lalu ditanggalkan dari tubuh tegapnya sebelum dicampak ke atas lantai.

Tengkuknya dipusing ke kiri dan ke kanan, meregangkan urat lehernya yang terasa lenguh. Kaki dibawa menuju ke arah meja kecil bersebelahan katil, kotak rokok diambil lalu dikeluarkan sebatang rokok sebelum dinyalakan.

Badan direbahkan di atas tilam empuk katil tersebut. Hotel VIP, semuanya mewah dan selesa. Sebelah tangan dilipat ke bawah kepala manakala sebelah tangan lagi mengepit batang rokok diantara jari telunjuk dan jari hantu.

Lagi setengah jam dia akan keluar atas urusan peribadi. Asap rokok dihembus panjang sambil fikirannya teringat si isteri. Lebih kurang lima belas minit dalam keadaan begitu, Carl Ayden bangun dari baringnya.

Puntung rokok dibuang dalam bekas abu yang tersedia. Dia menanggalkan seluarnya lalu tuala dicapai.

Dengan hanya mengenakan boxer ketat dan singkat hingga paras pangkal peha itu dia berjalan menuju ke dalam bilik air. Dah terbiasa.

Kecuali kalau bersama dengan Zara, dia akan mengenakan tuala dipinggang sama ada masa pakai baju atau masa nak mandi.

Bimbang dengan reaksi cik isteri kalau tengok dia pakai macam sekarang. Mahu sesak nafas. Huish!

Pernah dulu sekali dia pakai macam tu depan mama nya, menjerit orang tua tu dibuatnya. Seingat Carl Ayden, hari tu hari paling merimaskan. Entah kenapa lah Puan Sri Aisyah melarangnya pakai sedemikian rupa.

"God! Carl Ayden! Go and change your clothes now!"

Carl Ayden yang baru saja menghirup teh tersedak dengan jeritan nyaring mamanya. Hampir tersembur teh tersebut. Dengan dahi yang berkerut seribu dia menoleh ke arah Puan Sri Aisyah.

"Why?! Apa yang tak kena?" tutur Carl Ayden hairan sambil tangannya memegang hujung boxer yang dipakainya.

Carl Amsyar yang sedang duduk di atas sofa menonton tv sudah terbahak-bahak ketawa melihat abangnya yang sedang bingung dengan arahan Puan Sri Aisyah.

Manakala, Tuan Carl Asyraf pula sudah menggeleng kepala. Wajah isterinya yang merah padam menahan geram dipandang bersilih-ganti dengan wajah bingung Carl Ayden.

Rasanya dia pakai biasa-biasa je . Apa yang tak kena dengan boxer dia? Nak kata koyak baru beli kot dekat Spain minggu lepas. Dia tak faham apa yang mamanya marah sangat.

ZARA : BIDADARI TERAKHIR  |✔|Where stories live. Discover now