🌹 - 24

85.5K 3.5K 33
                                    

"What are you doing, Zara Nafisa?!"

Zara tersentak. Lantas kotak yang sedikit terbuka ditangannya di masukkan kembali ke dalam beg tersebut. Wajahnya berubah pucat saat melihat wajah bengis suaminya yang berada di muka pintu bilik itu.

Carl Ayden dengan muka bengisnya menghampiri Zara yang terkebil-kebil memandangnya. Mencerlung tajam matanya merenung Zara tatkala terperasan akan beg yang ternganga luas itu.

"S-saya -"

Tak sempat Zara menghabiskan kata-kata nya, Carl Ayden tiba-tiba mencapai kedua belah tangan Zara lalu ditiliknya dengan wajah berkerut. Zara terpinga-pinga dengan perbuatan encik suami.

Tak marah ke?

Mati-mati dia fikir suaminya akan memarahinya tadi. Jantung pula bukan main mengepam laju. Tapi sangkaannya meleset apabila si suami malah membelek-belek kedua belah tangannya. Kenapa?

"Ada luka kat mana-mana tak?" soal Carl Ayden serius sambil merenung wajah blur Zara.

"Tak.. tak ada luka pun?"

Dia bingung. Apa punya soalan yang suaminya tanya? Celah mana luka pulak? Apa kaitan luka dengan kes sekarang? Pelik!

"Good! Lain kali jangan pandai-pandai buat kerja macam ni. Kau ingat aku tak tahu ke! Nasib kau tu bini aku, kalau tak memang dah lama aku tembak kau kat sini! " sindirnya seraya menolak bahu Zara lembut ke tepi memberi laluan pada nya.

Zara mengerutkan kening, masih tak faham apa yang suaminya katakan. Mukanya juga membahang malu bila perbuatannya terbongkar.

Diperhati saja gerak-geri Carl Ayden yang mengambil semula kotak kayu yang disimpannya sebentar tadi.

"Awak tak marah?" tanya Zara perlahan.

Carl Ayden mengabaikan pertanyaan Zara. Dia tersenyum sinis melihat kotak yang sedikit terbuka itu. Nampaknya Zara masih belum melihat isi dalam kotak kayu tersebut.

"Kau yang bukak tadi kan? Mesti kau nak tahu apa yang ada dalam ni. Let me show you what's in this box, wife."

Zara diam tak berkutik. Soalan yang tak berjawab dibiarkan. Carl Ayden memang misteri orangnya. Macam mana dia boleh tahu apa yang dia buat? Suaminya ada bela hantu raya ke macam mana?

Carl Ayden membuka kotak tersebut lalu kotak kayu itu ditunjukkan pada Zara. Membuntang matanya melihat benda yang berada dalam kotak tersebut.

Wajah Carl Ayden dipandang tak percaya bersilih-ganti dengan isi kotak kayu itu. Kasar air liur yang ditelan. That means all in the box is the same thing?

"No. Each box is not the same. Kau nak apa? Riffle? Knive? Archer? Hands Claw? Rope Dart?" seperti tahu apa yang difikirkan isterinya, kening dijongketkan pada Zara sambil tersenyum sinis.

Apa yang ditanya Carl Ayden hanya mampu dibalas dengan mata berkelip-kelip. Dia pun tak tahu nak cakap apa.

Segala jenis senjata yang disebut suaminya memang menunjukkan bahawa Carl Ayden penggemar dengan senjata tajam untuk dijadikan koleksi.

Untuk apa suaminya menyimpan semua tu? Otaknya mula memproses, pengawal, pistol dan sekarang senjata tajam yang lain.

Tapi-

Memilih untuk tak berburuk sangka, Zara memandang wajah suaminya dengan riak hairan dan sedikit curiga.

"Kenapa awak simpan benda ni? Saya rasa, ada perkara yang awak tak bagitahu saya." luah Zara dengan apa yang difikirnya.

Carl Ayden tergelak kecil, baguslah kalau cik isteri cepat-cepat tahu semua ni. Dia pun malas nak sembunyi lama-lama.

"Kau rasa kenapa? Okay lah, aku bagi kau klu. Semua ni hadiah untuk orang mati."

ZARA : BIDADARI TERAKHIR  |✔|Where stories live. Discover now