Prolog

143K 5.6K 305
                                    

Just want to say,one click at the vote you make me appreciate it.

Thank you.

***

Before that,this story is sad ending. Sis cakap awal²kalau rasa tak nak kecewa sebab baca berpuluh²bab at last sad ending then please don't read.

Saya cakap baik² dan jangan maki saya. Ini idea saya. Tak suka jangan baca.

***

CINTA TAK SETARAF.

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.
_______________________________

SETELAH selesai acara pengebumian dan bacaan talqin oleh imam.Orang ramai mula beransur pulang meninggalkan tanah kubur itu.Pelbagai kata-kata semangat,pujukan dan lain-lain lagi ditujukan buatnya.Kini,tinggal dia dan sepupu paling rapat dengannya di hadapan kedua-dua buah kubur milik orang tuanya.

Terasa bahu ditarik lalu disandarkan pada tubuh seseorang.Malas mahu berpaling kerana sudah mengagak siapa gerangannya.

"Irsya..Sabar eh..Ni ujian untuk kau.Tabah okay.Walau macam mana pun kau kena terima semua ni.Hadam perlahan-lahan.Aku tahu bukan mudah.Tapi cuba.Aku sentiasa support kau dari belakang."Pujukan dan usapan dibahu menambahkan kesedihan hati Irsya.Air mata yang sudah kering mulai membasahi pipinya semula.Esakan kecil kedengaran.

Hani merangkap sepupu rapat, tersayang tersentak apabila melihat Irsya yang mula menangis semula.Pantas tangannya menarik Irsya ke dalam pelukannya bagi menenangkan si gadis itu.Irsya ni..Kalau sedih..Susah nak dipujuk.

"Shuh..Sya..Janganlah nangis.Nanti mak ayah kau lagi sedih tengok kau macam ni."Tangan yang dibahu turun menggenggam tangan kanan Irsya bagi memberi sedikit kekuatan. Terasa kegigilan kecil pada tubuh Irsya.

"Hani.Kenapa aku diuji macam ni?Kau tahu kan aku anak tunggal?Aku hanya ada mak ayah aku.Tapi..Kenapa dia orang tinggalkan aku?" Tangisan berpecah lagi.

Keluhan kecil terbit di bibir Hani. "Sya..Allah tahu kau kuat.Tu sebab Allah uji kau." Ujar Hani memberikan sedikit kekuatan.Siapa yang tak sedih?Dia yang merupakan anak saudara mahu gugur jantung apabila mendapat berita sebegini mahukan pula si anak gadis mereka yang satu ini.

Hani mengerutkan dahi apabila Irsya tiba-tiba diam tak berkutik.Hatinya dilanda kerisauan.Kepalanya ditundukkan sedikit memandang wajah Irsya.Terkejut Hani apabila melihat Irsya yang tak menyedarkan diri.Lantas pipi ditepuk-tepuk perlahan bagi menyedarkan si gadis itu.

"Sya..Weh..Jangan buat aku macam ni..Janganlah pengsan dekat sini."Pipi ditepuk lagi.

Senyap.

"Aduhai.."Keluhan kecil meniti dibibirnya sekali lagi.

*****

IRSYA terjaga apabila dia terasa basah dibahagian dahinya.Tangan kanan diangkat cuba menyentuh lalu diangkat sehelai tuala kecil yang lembab berwarna hijau.Dahi berkerut sedikit.Mata meliar memandang sekeliling.

'Tadi bukan ke aku dekat-'

Khayalannya terhenti apabila suara seseorang menyapa halwa telinganya.Pantas kepala ditoleh memandang empunya suara.

" Dah bangun pun."

Hani melabuhkan punggung dibirai katil.Tuala kecil yang dialihkan Irsya tadi diambil semula.

"Jangan alihkan benda ni.Haish kau ni."Tuala kecil diletakkan semula didahi Irsya.Kelihatan gadis itu terkejut sedikit.

"Asal letak kat dahi aku."Irsya cuba mengalihkan tuala kecil itu namun pantas di tepis Hani. Degil betul lah budak ni.

"Jangan gedik-gedik nak alihkan eh.Kau tu demam.Ni pun nasib baik dah kebah."Tangan naik menyentuh leher dan pipi Irsya.

Irsya hanya memerhatikan setiap perilaku Hani.Serta-merta imbasannya teringat tentang memori hitam yang berlaku semenjak semalam hingga ke hari ini.Anak mata memandang tepat ke dalam anak mata Hani.

"Hani.."Panggil Irsya.Hani yang sedang sibuk mengikat rambutnya memandang Irsya.Pandangan redup gadis itu ditatap sayu. Hiba yang dia rasakan.

"Betul ke mak dengan ayah aku dah tak ada?"Soal Irsya perlahan.Dia masih keliru dengan takdir yang menimpa dirinya.Sesekali dia merasakan bahawa mereka masih ada lagi namun bila difikirkan balik.Memang tiada. It's reality!

Hani mengeluh kecil.Entah kali ke berapa dia mengeluh harini.

"Kau..Masih tak dapat terima kebenaran?"Tangan mencapai tangan kanan Irsya lalu digenggam erat. Jelas terasa dingin yang terhasil.

"Entahlah..Aku pun keliru."Ujar Irsya tenang.Air matanya tidak lagi keluar seperti tadi dan semalam.Mungkin kerana dia penat.Hanya keluhan berat sahaja kedengaran.

"Sya..Aku tahu kau kuat.Kau yang aku kenal tak mudah berputus asa bukan?Walau macam mana pun kau tetap kena teruskan hidup."Nasihat Hani.

Anggukan kecil diberikan.Ya!Dia perlu teruskan hidup.Dia tidak perlu meratapi pemergian mereka walau hakikatnya tiada apa-apa perubahan.Tetapi..Mampukah dia?Dirinya baru sahaja melangkah masuk ke alam dewasa.Tetapi diuji sebegini?

Allahu.

Hani tersenyum kecil.Genggaman ditangan dileraikan lantas menepuk-nepuk perlahan tangan Irsya.

"Dahlah..Tak nak sedih-sedih.Ni aku nak bagitahu kau ni."Kata-kata Hani seakan menarik perhatian Irsya.

"Apa dia?"Irsya mengangkat sedikit tubuhnya lalu meletakkan dua buah bantal dikepala katil dan disandar.Selesa.

"Esok petang.Aku dah nak kena flight ke UK.Cuti sem dah habis."Beritahu Hani sambil menggaru hidungnya yang terasa gatal.

Irsya yang terdengar membeliakkan biji matanya.

"Weh..Biar betul.Takkan kau pun nak tinggalkan aku pulak?"Soal Irsya.Dirinya seakan resah apabila mendengar berita mengejut itu.Hani pun nak tinggalkan dia?Oh tidak..

"Alah..Relax lah..Sebulan setengah je.Nanti aku baliklah sini.Lagipun ni tahun akhir.So,kenalah fight habis-habisan.Lagi berapa bulan je.."Ujar Hani lagi.Wajah Irsya yang agak merah dipandang sayu.

Irsya menundukkan kepalanya.Air mata yang mula bergenang dibiarkan mengalir dipipi.Mata Hani tertangkap pada titisan jernih dipipi gadis itu.

"Alololo..Weh..Janganlah nangis.Aku tak tinggalkan kau lah..Aku just pergi sekejap je."Tubuh Irsya ditarik ke dalam pelukan lalu dipeluk erat.Hei.Cengeng betullah budak ni!

Terhenjut-henjut bahu Irsya menangis didakapan Hani.Satu-persatu mahu pergi dari hidupnya.Kenapa?Aku tak layak bahagia ke?

Setelah tangisan mula reda.Hani menyeka air mata Irsya.Sesekali Irsya memandang ke anak mata Hani. Merah..Nangis ler tu..

"Dah..Jom makan"

Tangan Irsya ditarik menuju ke dapur.

ו••••×

Happy reading😳

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now