Bab 62

50.3K 1.9K 256
                                    

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________

IRSYA terjaga daripada tidur apabila dirinya terkejut seketika. Dia menoleh ke sebelah namun kosong. Tempat tidur suaminya terkemas elok disisinya. Mana Idhan? Jam di dinding dipandang. Sudah menginjak pukul 3 pagi. Tanpa berlengahkan masa terus sahaja dia turun dari katil sambil mengikat rambut panjangnya supaya kemas. Sebaik tubuhnya sudah berada di luar biliknya,matanya terus menangkap satu bilik yang dia yakin bahawa suaminya pasti di situ. Perlahan-lahan dia menapak ke bilik tersebut.

Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Dia risau. Pasti lelaki itu masih marahkannya. Dengan lafaz bismillah,pintu bilik tersebut dikuak perlahan dan matanya menangkap figura yang sedang lena beradu di atas katil. Irsya menapak ke katil lelaki itu dan punggung dilabuhkan disisinya. Wajah bersih lelaki itu ditenung dalam.

Lepas kau bersalin! Aku bebaskan kau!

Air mata mulai bergenang dan perlahan-lahan menitis di pipinya. Bibirnya dikemam rapat supaya tidak menghasilkan sebarang bunyi yang akan menganggu lena suaminya ini. Air mata yang mengalir diseka perlahan. Senyuman nipis terlakar di bibirnya. Kata-kata lelaki itu masih lagi terngiang-ngiang di kotak pemikirannya bagaikan radio rosak memainkan kaset yang berulang-ulang. Sakit. Dia tak mahu berpisah dengan lelaki itu. Dia tak mahu!

Abang...

Maafkan Sya..

Tangan kanannya naik menyentuh perlahan pipi lelaki itu. Entah mengapa dia rasakan dirinya seakan bakal berjauhan dengan lelaki itu.

Disebabkan Sya abang marah.

Sya sayang abang.

Dia hanya mampu berkata dalam hati. Tak berani dan tak kuat dirinya mahu berkata depan-depan tambahan pula lelaki itu mengamuk besar semalam gara-gara dirinya.

Sya tak nak abang tinggalkan Sya. Kenapa Allah uji kita macam ni?

Air mata yang setia mengalir di pipi diseka perlahan. Perlahan-lahan dia tunduk dan satu kucupan syahdu dan ikhlas dihadiahkan pada dahi lelaki itu diam-diam. Seakan menyalurkan rasa cinta dan kasihnya sebagai isteri di dalam tubuh lelaki itu.

Kalau betul apa yang abang cakap tu abang maksudkan...

Sya redha.

•••••

KEESOKAN paginya,

"Abang..Jom sarapan? Sya-"

Dengan selamba Idhan berjalan ke pintu utama dan terus menyarungkan stoking serta kasut kerjanya. Sapaan mesra dari isterinya diabaikan. Sengaja diendahkan.

Irsya tersenyum nipis cuba menutup hatinya yang terasa dengan kelakuan suaminya. Lengan Idhan terus diraihnya dan membuatkan lelaki itu memandangnya dengan pandangan jelek.

"Kau nak apa?"

"Jomlah sarapan. Sya masakkan nasi lemak sambal sotong. Abangkan suka?" Irsya tersenyum manis. Cuba memikat hati suaminya namun lain pula dia dapat apabila lelaki itu terus merentap tangannya kembali. Dadanya bergetar kecil menahan sebak.

"Buat apa ajak aku? Aku ni kan suka abaikan kau. Tak layan kau macam suami orang lain. Tak penting dalam hidup kau pun kan?"

Sebaik lelaki itu berkata,terus sahaja dia berlalu masuk ke dalam keretanya dan keretanya laju membelah jalan raya.

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now