CINTA TAK SETARAF.
Aku bukan cinderella,bukan juga princess.
_______________________________
HANI yang sedang menjamu selera tanpa minat itu tersentak apabila ditegur oleh deheman seseorang. Segera kepala diangkat memandang gerangan itu.Sekali lagi dia terkejut. Duduknya diperbetulkan.Dia berdeham sedikit bagi menghilangkan kegusaran.Mamat omputih mana pulak ni? Desisnya dalam hati.Matanya terus dilarikan memandang kasutnya dibawah meja.Seakan menghiraukan kehadiran lelaki itu."Boleh saya join?"
Sekali lagi Hani terkejut.Wajah diangkat memandang lelaki yang tinggi lampai,berkulit putih serta berambut perang.
"Awak orang Malaysia ke?"
•••••
ADRIAN mengorak langkah menuju ke kolam renang rumahnya apabila ternampak kelibat seseorang disitu. Segera dia melabuhkan punggung ditepi kolam itu bersebelahan dengan kakak angkatnya.Irsya yang tersedar segera menoleh lalu menjarakkan sedikit kedudukannya.
"Ad-Adrian.."Irsya membetulkan kedudukannya yang berada di tepi kolam.Karang jatuh buat naya je.
"Kak Irsya buat apa termenung sorang-sorang kat sini?"Soal Adrian sambil membetulkan rambutnya yang terjuntai. Air kolam jernih dipandang.
Irsya menoleh sekilas ke arah Adrian."Saja..Akak..Bosan duduk bilik.."Kata Irsya bersahaja. Sebenarnya dia tertarik ke arah kolam renang ni.Rasa mahu berenang sahaja.Tetapi bila fikirkan balik..Dilupakan sahaja niatnya.
"Ye ke ni?Atau sebenarnya..Akak fikir pasal angah?"
Statik Irsya memandang Adrian dengan pandangan pelik namun cepat-cepat ditoleh kembali ke ruang kolam renang yang cukup luas itu.
"Mana ada.." Kakinya diayun-ayunkan didalam air kolam itu.Sejuk..
"Alah..Ad tahulah apa yang angah bu-"
"Adrian..Tolong jangan cakap pasal Idhan..Please..Nanti dia dengar."Rayu Irsya perlahan.Entah mengapa jantungnya mula berdegup tidak teratur.Fikirannya asyik tertumpu pada lelaki itu.Mahunya kalau dia dengar?Tak ke naya?
"Jangan risaulah..angah keluar.."Ujar Adrian lalu segera terjun ke dalam kolam.Irsya yang sedia duduk di tepi kolam terkena percikan air.Habis basah bajunya.Wajahnya yang turut basah diraup lalu dicebik.Kurang asam!
"Keluar?Pergi mana?"
"Dia ada game bola keranjang. Katanya final.Kalau menang diorang bertanding dekat China pulak."
Irsya hanya mengangguk.Malas mahu mengetahui lebih lanjut perihal lelaki itu.Nanti dilabel jaga tepi kain pula.
Dipandang sahaja telatah Adrian yang berenang-renang pelbagai aksi di dalam kolam.Sesekali dia tergelak kecil.Tiba-tiba Adrian berenang mendekatinya.
"Akak..Maafkan angah eh sebab berkasar dengan akak."
Soalan yang terpacul keluar dari mulut adiknya jelas membuatkan Irsya terkedu."Ap-apa Adrian cakap ni?"Dia nampak kah?
"Panggil Ad je..Alah..Ad nampaklah apa yang berlaku malam tadi dengan pagi tadi." Ujarnya bersahaja.Irsya tidak senang duduk.
"Er..Ad..Ad jangan bagitahu sesapa..Akak takut.."Suara Irsya kelihatan bergetar.Adrian yang perasan cepat-cepat membalas.
" Kak Sya jangan takut.Ad takkan bagitahu.Apa pun..Ad tetap tolong Kak Sya.Kak Sya perlu kongsi dengan Ad."
Irsya terdiam.
YOU ARE READING
Cinta Tak Setaraf [ C ]
General FictionRomance | General Fiction | Action You know the little ones that you are cubs. Do not dream about what I feel. You are a woman without any honor. I have a heart to overwhelm my family's affection. please mirror yourself first.-Idhan. Kau bukan tuhan...