Bab 18

41.1K 2.3K 693
                                    

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess

________________________

Pertemuan Diantara
Dua Hati..

•2•

°•___________________________•°

PINTU wad icu tersebut ditutup perlahan-lahan dengan hati yang berat.Dengan satu keluhan berat bercampur letih terhambur daripada mulutnya lalu mula menapak mendekati Iskandar dan melabuhkan pungung di sebelahnya.Kedua-dua tangannya ditongkatkan di atas peha lalu menekup muka.

"Macam mana ayah awak?"

Hani menggeleng tanpa memandang Iskandar.Tangannya masih lagi menekup wajahnya.Sesekali dia mengeluh.

"I don't know what to do.I guess..If my father still in bad condition.Better we split up for a while."

"Hah?"

Hani mengangkat wajahnya."Okay macam ni.Hani tak sure yang ayah Hani boleh sembuh atau tak.Tapi insyaallah mungkin.Selagi ayah tak sembuh selagi tu kita takkan kahwin.Hani tak nak oramg lain jadi wali Hani."

Iskandar terdiam.Lalu tangannya naik meramas rambutnya.

'Shit!'

•••••

TOK.TOK.TOK!

IRSYA berdiri tegak di hadapan sebuah bilik.Menunggu manusia di dalam membuka pintu.

TOK.TOK.TOK!

Irsya mengetuk lagi.Sama seperti tadi.Tiada sahutan.Nafas ditarik supaya bersabar.Tenang.Sekali lagi pintu diketuk.Kali ni agak kuat sedikit.Tiada sahutan.Dia mula hilang sabar.Tidur mati ke mamat ni!

Tombol pintu dipulas lalu ditolak ke dalam.Selangkah dua Irsya menapak masuk.Baru sahaja matanya diangkat.Satu pandangan yang tak sepatutnya dilihat menyapa pandangannya.

"Arghh!"

"Woi!"

Irsya berlari anak sambil menutup pintu itu dengan kasar.Segera dia berpaling dan berlari pecut masuk ke bilik dia.Pintu terhempas dengan kuat.Irsya tersandar pada dinding lalu terduduk akibat panik.Bibir bawah digigit.Huh..Dadanya berombak naik mengikut kadar pernafasannya.

Masyaallah.Apa yang dia nampak tadi?..Astaghfirullah.
Kalau tak disebabkan mama menyuruhnya minta tolong lelaki itu.Pasti ini tidak akan terjadi.Astaghfirullahalazim.Syukur Idhan ketika itu sudah memakai baju walaupun tuala masih berlilit di pinggang.Sikit saja lagi mahu membuka namun cepat-cepat dia memboloskan diri.Tak mahunya digelar 'perempuan murah' tengok benda-benda yang tak sepatutnya.

Astaghfirullahalazim..

Dum!Dum!Dum!

Irsya tersentak apabila pintu biliknya diketuk dengan kasar.Tubuhnya menggigil.Ini tak bukan mesti lelaki itu.

"Woi bukak lah sengal!"

Irsya berdiri.Nak tak nak dia harus buka.Perlahan-lahan tangannya memegang tombol pintu.Sekitar 3 saat,tombol pintu dipulas dan..

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now