Bab 55

38K 1.9K 161
                                    

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________

KELAM kabut jadinya apabila masa bagaikan berlalu begitu pantas.Hari bagaikan semakin lama semakin cepat berlalu.Ceh..Nak berpuitis bagai!Hehehehe.

Irsya berlari dari tingkat atas ke bawah dengan pantas.Entah mengapa bersemangat betul hatinya mahu mengemas serta men-deco rumah baru mereka.Bermula di bilik utama,kemudian ke bilik lain kemudiannya ke ruang tamu kemudiannya ke dapur.Semua barang-barang miliknya dan suaminya habis dikemas dan disusun rapi tanpa ada secebis,secubit,sekuman yang tinggal.Semua dia susun.Hah nampak tak semangat dia tu macam mana?Dari matahari mencanak naik sehinggalah matahari mula melabuhkan tirainya.Bermandi peluh dibuatnya.Mahu membuat kejutan untuk Idhan katanya sebelum dia pulang ke rumah.Mahu suaminya melihat sendiri hasil titik peluh penat lelahnya mengemas rumah baru mereka.

Idhan pula pagi-pagi sudah keluar.Katanya ada meeting penting dengan orang atasan syarikat lain.Sepatutnya Idlan namun disebabkan lelaki itu turut ada hal yang tak boleh nak dielakkan,jadi dengan rela hati dia menggantikannya.Walaupun sudah diberi cuti sebanyak 5 hari sempena hari pernikahannya yang baru sahaja berlangsung.

Punggung dihenyak kasar di atas sofa.Peluh yang mengalir di tepi dahi diseka.Panas.Tangannya naik mengibas-ngibas lehernya.Jam di dinding ditenung.

"7:30 malam?Heh..Awal lagi."Badan disandarkan selesa pada sofa.Sedang asyik dia berehat,statik dia terbangun semula.Mata membuntang luas.

"Alamak!Aku tak masak lagi!"Irsya terus berlari naik ke atas untuk membersihkan diri serta menunaikan kewajipan sebagai umat islam. Habislah. Kejap lagi suaminya pasti balik.

Sudah..

•••••

HANDSFREE yang dipasangkan pada telinga kiri ditekan apabila terdapat satu panggilan masuk diterimanya. Pemanduannya tetap difokuskan pada lebuhraya yang sesak dengan kenderaan-kenderaan yang mahu pulang ke rumah di saat waktu genting sebegini.Sudahlah maghrib pun dia belum tunaikan,jalan sesak pula tu.Pasti isterinya sedang setia menunggunya di rumah. Kesiannya dia sorang-sorang.

"Hello."Anak mata menoleh ke cermin pandang sisi sebelum stereng bertukar ke kanan untuk memotong.Had laju kereta dinaikkan sedikit.

"Hello Encik Idhan.Ni saya Karmila."

"Oh ye Karmila.Ada apa?"Soalnya tergesa-gesa.Anak matanya menangkap signboard hijau bertanda masjid yang terpampang di tepi highway.Lebih kurang lagi beberapa meter sahaja.

"Dato' Malek call Encik Idhan tadi tapi tak dapat tu yang dia terus call saya.Dia kata fail tentang projek yang dibincangkan tadi Encik Idhan terlupa nak bawa sekali."Beritahu Karmila merangkap receptionist di syarikat papanya.

Idhan tersentak.Anak mata meliar ke seat sebelahnya.Fail yang berwarna oren yang sepatutnya dibawa sekali tiada di hadapannya.Yang ada hanya beberapa fail berwarna biru dan hijau serta briefcase laptopnya.Dengusan kecil meniti di bibirnya.Stress!Macam mana boleh tertinggal!

"Ermm.Ni,awak suruh assistant dia hantar fail tu dekat awak besok pagi di kaunter receptionist.Besok saya datang saya terus ambil.Anything else?"

"Nothing.Hanya tu saja.Maaf kerana menganggu."

"No It's okay."

Talian diputuskan.Stereng dipusingkan ke kiri memasuki ke kawasan masjid.Lebih baik dia menunaikan solat maghrib sebelum meneruskan perjalanannya untuk pulang ke rumah.Takut waktu maghrib habis pula.

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now