Bab 10

41.6K 2.7K 167
                                    

CINTA TAK SETARAF.

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.
_______________________________

SEKEJAP pusing ke kiri,sekejap pusing ke kanan.Tempat tidur yang sedia kemas menjadi sepah.Rambutnya diraup kasar.Jam digital yang berada disebelah dikerling.Huh...3 pagi? Kenapa setiap pukul 3 pagi adalah waktu yang..Entahlah.. Tapi yang pasti setiap pukul 3 pagi mesti dia terjaga.Paling tidak pun tidak boleh tidur.

Tubuh dibangkitkan dari pembaringan.Keluhan kecil dilepaskan.Alangkah bagusnya jika dia turun ke dapur..Lagi-lagi perutnya sedang lapar.

Idhan menapak turun dari katil dan mengorak langkah menuju ke dapur.Entah mengapa dia seakan terasa tidak sedap hati.Baru sahaja kakinya mahu menjejak dapur,kedengaran bunyi yang agak pelik di halwa telinganya.Idhan terdiam.Berfikir sejenak sama ada mahu meneruskan langkahnya atau tidak.

Namun diteruskan jua langkahnya. Saat dia berada di hadapan peti ais didalam dapur itu,langkahnya terhenti.Matanya terarah tepat ke arah figura dua manusia yang bertopeng dengan bersenjatakan kayu besbol yang diletakkan di atas bahu kedua-dua manusia yang membelakanginya.Atau lebih tepat.Perompak!

Ahaha..Kayu besbol?😅
Okay back to the story..

"Woi!" Sergah Idhan dari belakang.Matanya diliarkan memandang sekeliling mencari senjata.Dapat!Sebatang penyapu yang diperbuat daripada kayu disebalik pintu stor dapur dicapai.Dihalakan ke arah dua figura bertopeng itu.

"Kau cuba nak merompak rumah aku ke apa?"

Dua perompak itu saling berpandangan lalu menoleh dengan senyuman sinis.Idhan melangkah dua tapak ke belakang apabila kayu besbol itu dihalakan tepat ke arah dirinya.Air liur ditelan kesat.

"Baik korang blah sebelum aku report polis!"Idhan memberanikan diri dengan menepis kayu besbol itu menggunakan tangannya.

Dua orang perompak itu sekali lagi tersenyum sinis."Report lah kalau berani."Cabar seorang daripadanya.Idhan cepat-cepat menyeluk tangan ke dalam poketnya mencari telefon bimbitnya.Mujur dia bawa.

Idhan tersenyum dalam hati.Jika dia berjaya tewaskan perompak ini,pasti dia akan menjadi hero.Namun belum sempat dia mendail,tiba-tiba tangannya terasa ditepis kuat menggunakan sesuatu yang keras sehingga terlepas telefon bimbit yang dipegangnya tadi.

Idhan terkedu.Serta-merta api kemarahannya menjadi panas."Kau cabar aku ke apa bodoh?!"Jerkah Idhan.Batang penyapu itu dipegang kemas lalu cuba dihayunkan kepada dua manusia tidak berguna itu.Namun,perompak itu tidak berdiam diri.

Akhirnya mereka berdua bergelut sementara yang seorang lagi perompak sedang melakukan sesuatu tanpa disedari Idhan.Sedang asyik bergelut,suara seseorang menjerit memberhentikan tindakan mereka.

"Idhan!!"

Idhan berpaling sebelum dia dikejutkan dengan libasan yang sangat kuat pada bahagian tulang rusuk kanannya membuatkan Idhan menjerit kesakitan dan terjelepok jatuh atas lantai.

•••••

TUDUNG sarung dicapai.Irsya mengorak langkah menuju ke pintu dan berjalan menuruni tangga menuju ke dapur.Entah mengapa dia berasa tidak sedap hati.Dan lagi satu,kenapa setiap kali dia terjaga pasti awal pagi.Sudahlah dia fobia pada waktu-waktu hening sebegini.Lainlah terjaga waktu subuh..Ada faedahnya ye tak?

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now