Bab 26.

36.1K 2.1K 44
                                    

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________

PINTU bilik mama ditutup lalu Irsya berlari masuk ke dalam biliknya dan dikunci.Dia tersandar pada pintu.Dia memeluk lutut menghamburkan tangisnya.Bibir diketap rapat supaya tidak terkeluar sebarang bunyi.Sayunya hati dia apabila terpandang wajah pucat mamanya.Yang terbaring lemah.Keadaanya pun tidak berapa okay.

Seminggu.Sudah seminggu mama demam panas.Merindui anaknya iaitu Idhan yang juga sudah seminggu tidak pulang ke rumah.Allah.Sebaknya.Setiap kali dia tidur setiap kali tu dia sebut nama anaknya itu.Tak.Dia tak kuat nak hadapi semuanya.Semuanya punca disebabkan dirinya.Bodoh.Dia terlalu fikirkan diri sendiri sehingga membabitkan kedua-dua manusia itu.

Ya Allah.Kau bantulah hambamu ini.Kau tunjukkan lah kebenarannya.Sesungguhnya... Engkau yang maha mengetahui apa yang tersirat.

•••••

HANI membetulkan duduknya lalu wajah gadis itu dipandang.Senyuman terukir dibibirnya.

"I miss you."

Irsya tergelak kecil."Gedik lah kau."Senyuman yang dia pamerkan tak semanis selalu.Dia betul-betul rasa lain macam.

Hani mengeluarkan sekeping sampul berwarna putih lalu dihulurkan pada Irsya.

"Kad wedding aku.Datang tau.Tapi,datang time aku nikah sekali.Teman aku eh beb."

Irsya menyambut.Dengan hati yang berat dia membuka sampul itu.Sedikit terluka hatinya namun ditabahkan untuk baca.

Walimatulurus:

Faez Iskandar Bin Dato' Fezrul.

&

Irhani Syaqistina Binti Hasyim.

Irsya diam.Merenung nama itu dengan hati yang retak.Tabahlah wahai hati.Irsya memasukkan semula ke dalam sampul itu dan diletakkan di atas meja.Tak sanggup nak tengok lama-lama.

"Wow!Terasa sekejap je masa berlalu.Alih-alih lagi dua minggu?Fuh..Jodoh makin dekat ni."Puji Irsya tersenyum palsu.Tak nak lah rahsianya yang satu itu terbongkar.

Hani tersenyum gembira."Yah.Aku pun tak sangka beb.Gementar doh.Kau datang time aku nikah eh.Kau teman aku please."

Irsya tergelak palsu."Hahaha.Tak sure lah beb.Sebab abang angkat aku pun dia dah nak kahwin kan.Mama dengan papa aku cakap kitaorang ada buat kenduri dekat kampung diorang.Tapi tak sure bila."

Wajah Hani hampa."Alah.."

"Relaxlah.Insyaallah aku datang.Mesti kau lawa nanti kan.Berseri-seri."Puji Irsya.Cuba untuk menguatkan hatinya.

Takpe.Idhan ada.Hahaha.

"Beb..Kau.Tak terpikat ke dengan abang-abang angkat kau tu.Lagi-lagi yang teman kau kat hospital hari tu."Hani membuka cerita.

Irsya tersenyum kecil.Kali ni ikhlas.

"Asal?Tergoda ke?"

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now