Bab 5

47.3K 2.8K 634
                                    

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________

BUNYI esakan mengisi ruang bilik si gadis itu.Tubuhnya dieratkan lagi memeluk wanita yang separuh abad itu.Dia melepaskan sendunya didakapan wanita itu.Puan Aliya turut berkongsi kesedihan yang diceritakan anak gadis itu.

"Sabar sayang,ada hikmah disebalik ujian ni.Mama tahu sayang kuat.."Puan Aliya mengusap belakang badan Irsya.Dia teramatlah terkejut apabila mendengar cerita sebenar gadis itu.Hatinya dirundum pilu.Tidak disangka satu-persatu ujian menimpa hidupnya disaat anak gadis itu dalam kesusahan.Allahu..Sebak yang dia rasakan sekarang ini.Mengapa mereka berdendam dengan ibu bapa gadis itu sedangkan si gadis itu tidak mengenali siapa dalangnya?Tergamak sungguh orang yang meracuni makanan kedua-dua orang tuanya..

"Kalau Irsya tak keluar rumah masa tu..Mesti mak dengan abah Irsya hidup lagi.Mesti mak abah Irsya tak kan makan makanan tu.."Esakan semakin kuat kedengaran.

"Shuh.."Puan Aliya mengusap lembut bahu gadis itu bagi menenangkannya. Sesekali air mata yang menuruni di pipinya diseka.

"Diorang jahat mama..Sampai hati.."Irsya tidak dapat menahan sendu.Tersengguk-sengguk dia berkata.

"Dah-dah..Lupakan semua tu..Mama ada di sini sayang.Mama janji mama akan jaga Irsya.Irsya jadi anak mama ye sayang?" Puan Aliya menyeka air mata yang mengalir di pipinya.

Irsya tersentak.Pantas pelukan dileraikan perlahan dan memandang wajah Puan Aliya.

Puan Aliya membalas pandangan anak gadis itu."Kenapa?Irsya tak suka ke jadi anak mama?"Kata-kata wanita itu seakan berjauh hati.

Irsya terdiam sejenak."Be-betul ke mama?"Soal Irsya tak percaya.Adakah benar apa yang dia dengar?

Puan Aliya tersenyum kecil."Betul sayang.."

Pipi Irsya dicium sayang.

*****

SEGALA persiapan untuk makan malam sudah lengkap di atas meja makan yang bersaiz besar itu.Encik Ilham dan anak-anak lelakinya mula mengambil tempat di meja makan.Puan Aliya yang masih berdiri mula membuka langkah.

Idlan memandang pelik ke arah mamanya yang seakan ingin berlalu pergi.Sesekali dia mengerling sekilas ke arah Idhan dan Adrian pula yang asyik memandang tingkah Mak Kina yang sedang teliti menuang air manis ke dalam setiap cawan.Pandangan dialihkan semula ke arah mamanya yang mahu menapak mendaki tangga.

"Mama nak pergi mana tu?"Soal Idlan sambil bersandar.Masakan mamanya sedang merajuk dengan anaknya yang satu itu?

Puan Aliya yang terdengar seseorang memanggilnya menoleh.Bibir tersenyum kecil."Mama nak naik atas kejap.Nak panggil anak mama." Kata Puan Aliya ceria lalu terus mendaki laju anak tangga.

Idhan,Idlan,Adrian memandang satu sama lain berserta kerutan di dahi.Ketiga-tiga teruna itu mengalihkan pandangan ke arah papanya pula yang inginkan kepastian.

"Anak angkat mama lah tu.Budak perempuan tu.."Kata Encik Ilham bersahaja.Idlan dan Adrian mengangguk tanda faham.Idhan pula mencebik.

5 minit kemudian,kelibat Puan Aliya dan seorang budak perempuan menyapa pandangan kesemua manusia yang berada di meja makan itu.Dipandang sahaja kelakuan mamanya dari turun tangga hingga melabuhkan punggung di kerusi meja makan itu.

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now