Bab 40

38.7K 2K 291
                                    

We walk,we laugh,we spent our time.
Walking by the ocean side,
Our hands are gently intertwined,
A feeling i just can't be described.

*_*_*_*

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________

"SAYA okay."

Pemuda berbaju hitam itu membantu Irsya bangun lalu memapahnya supaya berdiri.

"Awak panggil saya ke tadi?"

Perlahan Irsya mengangguk.

"Nama saya Ifran.Ermm.Apa kata kita duduk dekat sana sekejap? Lagipun saya tengok kaki awak macam injured je.."Jari telunjuk dihala pada sebuah pondok berehat yang berada di tepi jalan.Irsya hanya menurut kerana kakinya yang berdenyut-denyut semakin mencengkam kakinya.

Lelaki yang bernama Ifran itu memapah Irsya menuju ke pondok tersebut lalu melabuhkan punggung disitu.

"Terima kasih sebab bayarkan.Nanti saya bayar balik."Irsya tersenyum nipis.

"Sokay.Tak bayar pun takpe."

Lelaki itu memerhati raut wajah gadis yang berada disebelahnya.Sungguh sesuai dengan gadis itu.Not bad.

"Hmm.Nama awak apa?"

Irsya menoleh."Saya?Irsya."

"Awak duduk mana eh?Saya tak pernah nampak pun sebelum ni."Ifran menggoyangkan kakinya yang terjuntai. Sesekali dia mengerling pada sebuah kereta CR-V hitam yang berada tidak jauh darinya.

"Saya anak angkat Encik Ilham. Anaknya Tok Wan Samad.Dekat seberang sana tu je."

"Ouh.."

"Boleh kita jadi kawan?"

Irsya tersenyum kecil."Sure."

Ifran tersenyum penuh makna.Dia memandang ke arah sebuah kereta berjenama CR-V yang berwarna hitam lalu mengangguk kecil.

"Err.Irsya."

"Ye?"

"Jom saya hantar awak balik?"

"Ba-"

"Kak Sya!"

Kedua-dua manusia itu menoleh memandang punca suara tersebut.

•••••

ADRIAN melangkah keluar dari rumah Tok Wan dengan berjalan kaki.Terasa perasaan bebal wujud dalam hati lelakinya. Geram yang dia rasakan. Geram kerana abangnya yang satu itu benar-benar mementingkan diri sendiri. Langsung tak berperasaan.

Ikutkan hati,memang semenjak hari pertama Irsya masuk dalam keluarganya.Dia sudah pun jatuh hati dengan gadis itu.Tapi bila difikirkan balik,mungkin tak boleh untuk dia menaruh hati pada gadis itu.Disebabkan jarak umur mereka yang beza beberapa tahun.Mungkin tiada restu untuk mereka berdua.

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now