Bab 25

39.4K 2.2K 119
                                    

CINTA TAK SETARAF.

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.
_______________________________

SESUDAH menunaikan solat Isyak,Irsya berzikir menyebut nama-nama Allah yang indah.Satu jam dia duduk di atas sejadah mencari ketenangan dengan berhubung dengan Yang Maha Esa.Sudah lama dia tidak berbuat sebegini.Lainlah dulu,masa arwah abah dengan ibu ada lagi.Selalu mereka beribadah bersama-sama setiap kali selesai menunaikan solat Isyak.Satu kali seminggu.Namun sekarang dia lalai.Lalai dengan dunia sekelilingnya.Rasanya dah terdorong jauh dah.Makin liar rasanya.Membiarkan yang bukan muhrim menyentuh.Allah. Berdosanya aku.

Telekung ditanggalkan lalu sejadah dan telekung disangkutkan pada rak besi.Ikatan rambutnya dileraikan lalu mengibas-ngibas untuk memberi kulit kepala udara.Sikat diambil lalu perlahan-lahan disisir.Wajahnya ditilik dihadapan cermin persis seseorang yang psycho.Irsya tergelak kecil.Aku tak gila lagi nak jadi psycho.Hahaha.

Getah rambut dicapai lalu kembali diikat kemas rambutnya.Setelah selesai,dia menapak ke katil mahu berehat.Sebaik punggung didaratkan,fikirannya tiba-tiba teringat seseorang.

Mama!

Ye.Sejak dia memberitahu perkara sebenar,mama asyik mendiamkan diri.Rasa bersalah pula membongkarkan rahsianya.Dia ni kalau tak buat orang susah memang tak sah!Patutlah Idhan bengang sungguh dengannya.

Irsya bangkit semula dari katil.Tudung shawl yang berwarna hitam yang panjang dan tidak jarang dicapai lalu diletakkan di atas kepala.Dililit kemas tanpa berpin dan memastikan tiada rambut atau leher kelihatan.Alah..Pergi bilik seberang je pun.Tak yah lawa-lawa.Hahahaha.

Pintu bilik dibuka lalu ditutup semula.Irsya berjalan ke tangga.Mengintai-ngintai ruangan bawah.Hanya ada kaum lelaki namun kelibat Puan Aliya tiada.Dia yakin mama pasti di dalam bilik.

Irsya melangkah ke dalam bilik Puan Aliya.Perlahan-lahan tombol pintu dibuka lalu dia menjenguk ke dalam.Kelihatan Puan Aliya baru sahaja selesai membaca al-quran dengan berpakaian telekung.Irsya menapak masuk ke dalam saat mamanya berpaling.Senyuman manis terukir.

"Mama.."

•••••

ISKANDAR bersandar pada kaki katil.Dia mengeluh sambil menyeka peluh yang menitis di dahi.Dihadapannya berselerak dengan barang-barang lamanya terutama sekali album gambar-gambar dia dengan bekas buah hatinya.Banyak sungguh.Sudah lama menetap di UK tak tahu pula sebanyak ini.Ini pun mamanya yang paksa untuk dia membersihkan dan mengemas biliknya.Katanya,bilik ini akan digunakan sebagai bilik pengantin.Jadi terpaksalah dia mengemas semua barang-barang dan dimasukkan ke dalam kotak.

Rindu pada gadis itu cuba ditepis.Tak usah fikirkannya lagi.Lagipun,gadis itu pasti masih terluka hati dengannya.Allah.Suatu perancangan yang mustahil baginya.Dia termenung.Teringat pula hari terakhir dia bertemu dengan gadis itu sebagai pasangan kekasih.And now we are OVER.Tak lama lagi dia bakal jadi suami orang.Nanti bila fikir pasal gadis itu orang lain yang terluka nanti.Iskandar sekali lagi mengeluh.

Dia meneruskan mengemas barang-barang yang kini tinggal kenangan.Nak buang?Tak terfikir lagi.Terlalu banyak sangat memori manis.Barang-barang tersebut dimasukkan ke dalam kotak lalu kotak itu diseletipkan sebagai tanda tidak boleh dibuka lalu kotak itu diangkat dan disimpan di bawah meja belajarnya suatu masa dahulu.Dia berdiri lalu memandang lama ke arah kotak itu.

Tunggu masa untuk dibakar.

•••••

IRSYA memerhati kelibat Puan Aliya yang mundar mandir di dalam bilik.Kejap simpan al-quran.Kejap simpan telekung.Kejap bukak almari.Dia pun menjadi hairan.

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now