Bab 43

36.5K 1.9K 115
                                    

Everything is on you..
Kerana kau...............
Segalanya....

*_*_*_*

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________

"ASSALAMUALAIKUM!!"

Adrian menarik nafas supaya bertenang.Hati lelakinya dari tadi tak henti-henti memikirkan tentang keadaan gadis itu.Kini,tiga beradik itu berdiri dihadapan sebuah rumah papan yang agak moden sedikit. Menunggu seseorang yang dicari keluar dari rumah itu.

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumusalam..Kejap."

Kedengaran bunyi pintu dikuak dari dalam.Adrian memandang sekilas pada abang-abangnya lalu dia menapak mendaki tangga.Seorang wanita yang dalam lingkungan 50-an menyapa mereka bertiga.

"Ada apa ye datang rumah mak cik malam-malam?"Soal wanita itu lemah lembut.Adrian menghulurkan tangan lalu tunduk bersalam pada wanita itu.

"Mak cik ni isterinya Tok ketua kampung ni ye?"Soal Adrian tersenyum nipis.Dilihat raut wajah mak cik itu yang seakan keliru.Lalu mak cik itu mengagguk.

"Dia ada ke?Boleh saya jumpa sekejap?"

"Hmm sekejap ye."

Mak cik itu berlalu masuk ke dalam dan beberapa saat kemudian,bayang Tok Ketua melangkah keluar diikuti mak cik itu dibelakangnya.

"Eh Adrian.."Tok Ketua menghampiri Adrian.Idlan dan Idhan menapak ke atas lalu ketiga-tiga bersalaman tanda hormat.

"Ada apa?"

Adrian tersenyum nipis.

"Luqman ada?"

Tok Ketua mengerutkan dahinya.Setahunya,Adrian dengan anaknya itu bermusuhan.

"Ada apa cari Luqman?"Soalnya tenang.Cuba untuk mengetahui tujuan sebenar lelaki itu.

"Ada hal sedikit Adrian nak jumpa dengan dia."

Tok Wan memandang sekilas pada isterinya."Errmm..Tok mintak maaf.Luqman tak de sekarang ni."

Adrian cuba beriak tenang.Dipandang abangnya sekilas lalu kembali memandang Tok Ketua.

"Bukan dia baru balik sini ke?Takkan dah balik bandar pulak?Cepatnya."Ujar Adrian perlahan dengan nada hormat.

Tok Ketua tersenyum nipis."Bukan tu maksud Tok.Luqman memang ada balik sini.Tapi,dia tak tidur dekat rumah Tok malam ni."

"Dia tidur mana?"Idlan mula menyampuk.

"Dia ada penthouse dia sendiri. Dekat area jalan seberang sana.Kenapa?Nak jumpa dia ke?Tok boleh hantarkan."

Adrian terdiam lalu memandang Idlan dan Idhan silih berganti.Idlan mengangguk kecil tanda setuju.Adrian memandang Tok Ketua semula.

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now