Bab 20

41.4K 2.3K 120
                                    

CINTA TAK SETARAF.

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.
_______________________________

KLING!

HANI yang sedang bersarapan tersentak apabila telefon bimbitnya yang berada disebelahnya berbunyi.Nada dering mesej masuk menganggunya.Segera dicapai dengan tangan kiri.

Inbox mesej dibuka.

Iskandar:-8:28 a.m.
Assalamualaikum,morning..
Dh srpn ke?

Hani menghiraukan mesej itu seketika.Pinggan kotornya dibawa ke sinki lalu tangannya dicuci.Telefonnya di capai.Mesej Iskandar dibalas.

Hani:- 8:32 a.m.
Waalaikumusalam.Mrning too.Baru je lps srpn ni..

Hani mengemas meja makan lalu lauk pauk ditutup dengan tudung saji.

Kling!

Telefonnya kembali dicapai.

Iskandar:- 8:35 a.m.
Hani..Awak ada nombor sepupu awak tak?

Hani mengerutkan dahi.Irsya?

Iskandar is online.

Hani:- 8:37 a.m.
Irsya?Ada.Kenapa?

Iskandar:- 8:37 a.m.
Saya nak boleh.Saya ada hal nak cakap dengan dia.

Semakin berkerut dahi Hani.Pantas jarinya menaip membalas.

Hani:- 8:38 a.m.
Kenapa?Awak kenal dia ke?Awak jangan macam-macam!

Iskandar:- 8:39 a.m.
Awak..Kan saya pernah bagitahu awak yang saya pernah terserempak dengan dia dekat mall.Dialah orangnya.Kawan sekolah saya.

Hani menarik nafas lega.Lupa!Irsya merupakan salah seorang kawan satu sekolah Iskandar.

Hani:- 8:40 a.m.
Okay jap.

•••••

TELEKUNG yang tersarung pada tubuhnya ditanggalkan. Alhamdulillah.Tenang sikit hatinya apabila sesudah menunaikan solat sunat Dhuha.Tak lupa juga solat taubat. Minta ampun pada yang maha pencipta atas perkara yang berlaku malam tadi.Baginya,ia amat menakutkan.Gila kau.Can you imagine?Yang kau bakal kena rogol?Siapa yang rela?Silap dia juga kerana lalai.Kalau tak disebabkan ngantuknya bermaharajalela pasti semua takkan berlaku.Namun cukup bagi dirinya ia sesuatu yang.. Menakutkan.Tak sanggup dia kehilangan maruahnya.Sudahlah dia menumpang.Haish..Masalah-masalah.

Dan mulai hari ni.Dia harus berwaspada.Sama ada perkara yang berlaku malam tadi hanyalah gurauan atau kenyataan.Itu dia tidak tahu.Kali ni,dia harus berjaga-jaga apabila dekat dengan Idhan.

Itupun malam tadi pukul 3 pagi dia boleh tidur itupun terlelap sebab penat menangis.Mahu tercabut jantungnya.Habis sembap matanya menangis tak berhenti.

Ting!

Irsya tersedar dari lamunan apabila satu mesej masuk. Telefonnya yang berada di atas katil dicapai.

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now