Bab 49

35.4K 2K 41
                                    

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________


ADRIAN melabuhkan punggung di hadapan lelaki berkaca mata hitam.Tersandar kepenatan dia apabila terpaksa memecut menuju ke cafe oleh kerana kelewatan masa.Dilihat lelaki itu hanya memandang ke arahnya sambil berpeluk tubuh.

"You're late."

Adrian menggaru kepalanya yang tidak gatal."Tak sengajalah.Prof Amin tu denda Ad."Rungut Adrian.

Idhan tertawa sinis."Apa lagi masalah yang kau buat ni Ad?"

"Mana adalah.Ad baik."

"Fine."Idhan mengalah.Punggung dibangkitkan.Adrian memandang pelik.

"Eh..Nak ke mana?"

Pandangan jelek dilemparkan pada lelaki itu."Cari tu lah."

"Eh cepatnya?Sabarlah.Ad baru sampai.Belanjalah air ke makan-makan."Rungut Adrian.Penat dia terburu-buru ke sini.

"Dapat benda tu.Abang belanja apa yang kau nak."

Adrian tersenyum gembira."Seriously?"

Idhan berlalu pergi meninggalkan lelaki itu menuju ke kereta.

***

TING!

Mak Kina dan Irsya berpaling pada oven yang berbunyi.

"Sya.Dah masak tu.Ambil cepat."Gesa Mak Kina.Segera Irsya mengambil sarung tangan lalu mengambil kek coklat yang sudah siap di adun di dalam oven lalu dibawa ke meja.

"Mak Kina..Dah pukul 3:30.Sempat ke?"

Mak Kina memandang Irsya serius."Selalunya.Idhan,Idlan dengan papa Irsya balik pukul 4:30."

Irsya panik."So kita nak buat apa ni?"

"Sya ambik krim yang kita buat tadi dengan hiasan dekat rak tu."Jari dihala pada rak belakang gadis itu.

"Lepastu pandai-pandailah Sya deco kan macam mana yang Sya nak.Mak Kina nak jemur kain dulu."

Irsya segera mencapai hiasan yang harus dihiaskan di atas kek itu lalu diletakkan di atas meja.Irsya membuka peti ais dan membelek-belek apa yang ada sebelum matanya tertangkap pada satu bungkusan besar coklat kitkat.Senyuman makin lebar.Coklat Kitkat dicapai dan dibawa ke meja.

Misi menghias kini bermula.

•••••

"Assalamualaikum Puan."

Puan Aliya yang sedang sibuk bekerja mengangkat wajah memandang Nana selaku pekerjanya.Senyuman manis terpamer.

"Ye Nana.Ada apa?"

"Ni.Tuan Ilham datang.Nak jumpa Puan dekat depan."

Puan Aliya tersentak."Tuan Ilham?"Nana mengangguk."Okay terima kasih."

Nana berlalu pergi.Puan Aliya bangkit lalu menuju ke ruang cafe tersebut.Dilihat Encik Ilham sedang menjamu secawan kopi.Segera dihampiri dan dilabuhkan punggung dihadapan lelaki berkemeja dan berkot di tubuhnya.

"Abang.Lama ke sampai?"Tangan dihulur untuk bersalam dengan lelaki itu.Encik Ilham tersenyum nipis.

"Baru je,Iya sibuk ke?"

Puan Aliya mengangguk."Adalah sikit lagi nak siapkan.Abang baru balik meeting ke?"

Encik Ilham tersenyum nipis."Tak de lah.Abang pergi lawat tapak projek dengan Idlan tadi dekat Puchong tu alang-alang nak balik abang ambik Iya sekali.Iya tak bawa kereta kan?"

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now