Bab 16

40.6K 2.3K 559
                                    

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________

"WALHAMDULILLAH hirabbilalamin... Amiinn.." Semua para tetamu yang hadir meng'amin'kan doa yang telah dibaca oleh imam masjid itu.Semua para tetamu bersalam-salaman dan dijemput menjamu selera yang telah disediakan di ruang hadapan rumah.Yang tinggal Irsya,Kak Diya dan Kak Iera di bahagian ruangan tadi.

"Kak Diya dengan Kak Iera pergilah makan."Pelawa Irsya.Senyuman kecil dihadiahkan.

Kak Diya dan Kak Iera tersenyum.

"Irsya..Irsya nampak cantik sangat malam ni.."Puji Kak Iera.

Baru sahaja Irsya mahu membuka mulut.Suara garau seseorang menyampuk dari arah tepi.Ketiga-tiga anak dara itu berpaling memandang figura suara itu.

Irsya tersentak.Cepat-cepat dia kalihkan wajah.Dilihat Kak Diya dan Kak Iera melemparkan senyuman manis.

"Eh Han..Han tak makan?"Soal Kak Diya.Kalau nak tahu,Idhan ni memang rapat dengan Kak Iera dan Diya walaupun tua dua-tahun daripadanya.

"Tak.Ni mama suruh ajak Kak Diya dan Kak Iera makan.Jom lah.Makan dengan Han."Jawab Idhan tersenyum.Dalam hati meluat melihat kelibat Irsya yang duduk membelakanginya.Nak rampas Kak Diya dan kak Iera aku lah tu!Semak!

"Oh.Eh.Jom lah.."Kak Iera mula berdiri diikuti dengan Kak Diya.Irsya?Masih lagi duduk tanpa berpusing.Idhan melihat ke arah Irsya yang tak bangun-bangun.Nak kena jemput ke?

"Eh Sya.Jom lah makan sekali..Tak payah malu-malu.Idhan kan abang angkat Sya jugak."Usik Kak Diya.Irsya tersenyum sumbing.Err..

"Sya jom lah.Nanti tom yam habis."Sampuk Kak Iera sambil menarik-narik tangan Irsya supaya bangun.

Irsya mati kutu.Tak nak dia makan dengan singa tu!Dah lah talam bermuka!Dengan dia bukan main kasar.Bila dengan kakak sepupunya kemain lembut gigi dari lidah!

"Eh..Err..Tak pelah.Kak Diya dengan Kak Iera pergi dulu.Irsya nak naik atas jap."Irsya mencipta alasan.

"Alah..Tak payah.Bukan ada pape pun kat atas tu."Pujuk Kak Iera lagi.

"Tap-"

"Gediklah kau ni!Dah orang ajak tu ikut je lah!Kau fikir puteri ke nak pujuk-pujuk bagai.Nak tunggu orang dukung kau baru nak bangun.Lainlah kalau kau cacat!"Bidas Idhan selamba.Makin menyampah mendengar alasan bodoh perempuan ni!

Irsya,Kak Diya dan Kak Iera terdiam."Han..Tak baiklah.."Tegur Kak Iera.

"Alah kak.Dia memang macam tu.Ngada-ngada."Sambung Idhan.

Irsya menghela nafas berat.Terasa?Orang gila je tak terasa.Akhirnya dia mengangkat punggung dan berjalan melintasi Idhan tanpa berpaling sambil menarik kedua-dua tangan gadis itu.

Idhan mendengus apabila ditinggalkan keseorangan.

•••••

SEPANJANG mereka berempat duduk satu meja dibawah satu khemah sambil menjamu selera,Irsya mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.Dalam hati macam-macam dia kutuk pasal Idhan.Terimbas kembali perbualan antara mereka bertiga.

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now