CINTA TAK SETARAF
Aku bukan cinderella,bukan juga princess.
_________________________
MATANYA berkaca.
Sendu ditahan di hujung nafas.
Perlahan-lahan dihembuskan dengan kalimah,
"Astaghfirullahalazim..."
Dia beristighfar. Lagi dan lagi.
Semakin lafaz istighfar itu diulang, hatinya menjadi semakin sebak.
Dia teringat bait kalam tazkirah yang disampaikan oleh seorang alim berkata,
" Kenapa Allah beri pada kita seseorang, lalu Dia ambil kembali?
Kerana itulah didikan untuk Allah mengajar pada manusia kenal hakikat erti kehidupan dunia yang sementara.
Bila kata sementara, kita tidak boleh miliki ia selamanya, walau sebesar atau sedalam apapun sayang terhadapnya.
Rasulullah saw sangat mencintai Khadijah r.anha tetapi Allah juga mengambilnya terlebih dahulu.
Rasulullah saw juga bersedih, berduka cita kerana ia fitrah perasaan manusia.
Namun itulah hakikat yang pasti, semua akan berpisah di dunia ini dan bertemu kembali di syurga nanti.
Dan bukanlah suatu perkara yang mudah untuk sama-sama bertemu semula di syurga kelak, kalau bukan keduanya disandarkan cinta atas keimanan kepada-Nya.
Sebab itu Allah mengambil apa yang kita sayang, untuk Dia menguji dan melihat, sejauh mana besar kasih sayang kita kepada Tuhan.
Apakah merasa redha, sabar dan ikhlas menjalani ujianNya atau sebaliknya?
Kerana bilamana cinta kepada Allah paling tertinggi di hati, maka semua ujiannya ternampak rendah dan kecil.
Tetapi bilamana cinta pada makhluk dan dunia menguasai hati, kita akan sukar untuk melepaskan kerana merasa memiliki.
Sedangkan satu pun tiada kita punya, semua adalah milikNya.
Dan Allah tidaklah saja-saja mengambil apa yang kita suka, kecuali diberikan semula di syurga.
Pasti, diberi semula di syurga. "
Kalam itu bagai terngiang-ngiang di telinga.
Tanpa sedar, dia menangis teresak-esak di hujung sejadahnya.
Persis anak kecil yang kehilangan barang berharga.
Hening malam yang sunyi menyelimuti tubuhnya yang berteleku.
Tatkala saja lafaz Agung itu disebut, hati dan jiwanya terasa bergegar."
Duhai Tuhanku...
Aku hamba-Mu, dan Engkau Tuhanku.
Aku hamba-Mu dan Engkau Tuhanku.
YOU ARE READING
Cinta Tak Setaraf [ C ]
General FictionRomance | General Fiction | Action You know the little ones that you are cubs. Do not dream about what I feel. You are a woman without any honor. I have a heart to overwhelm my family's affection. please mirror yourself first.-Idhan. Kau bukan tuhan...