Bab 51

39.9K 2.2K 539
                                    

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________


"AKU terima nikahnya,Nur Irsya Sakura Binti Suhaimi dengan mas kahwinnya RM500 tunai."

"Sah?"

"Sah!"

"Sah!"

"Alhamdulillah."

Tangan naik mengaminkan doa yang dibaca dengan kusyuk dan tawaduk.Selesai sahaja, pengantin lelaki mulai bangkit.Langkah menapak ke hadapan sedikit untuk menunaikan sujud syukur ke atas ilahi kerana telah mempertemukan jodohnya.

Puan Aliya dan Encik Ilham tersenyum gembira di satu sudut bersama-sama Ziera serta Idlan.Bahagia apabila satu-satu anaknya sudah membina mahligai bahagia.

Kini,sekali lagi dunia tergempar dengan berita yang baru diterima bahawa Nik Idhan Alif merangkap anak kepada Usahawan berjaya Nik Ilham telah menamatkan zaman bujangnya.Yang paling mengejutkan,kedua-dua anak lelaki itu dinikahkan pada tahun yang sama.Dan kini,hanya tinggal lelaki terhangat di pasaran yang kini meningkat popular iaitu Nik Adrian.Berita yang sungguh mengemparkan para-para sahabat korporat.

Dan kini,Nik Idhan Alif sudah selamat diijabkabulkan dengan Nur Irsya Sakura.

"Tahniah..Sya..Kan betul instinct aku."

"Instinct apa?"

"Jodoh kau sesuai dengan Idhan!"

Zas!Mata meliar ke sekeliling.Terasa darah mula menyimbah-nyimbah ke pipinya.Ditenung Hani dengan tajam.Kalau nak cakap pun tak payahlah nak jerit-jerit mak buyung!

"Janganlah kuat-kuat.Kita dekat masjid Hani.Awak tu mengandung.Tak sesuailah dengan perangai lama tu."

Hani tersengih.Opss!Terkuat pula.Kerabat-kerabat keluarga angkat Irsya serta saudara mara gadis itu turut hadir memeriahkan majlis.Tak disangka beberapa bulan selepas dia menikah gadis itu pula menyusul.Hmm...Alhamdulillah..Jodoh dah sampai.

Irsya menoleh ke sebelah.Terdetik hatinya mahu melihat perubahan pada perut gadis itu.Tangannya naik menyentuh lalu perlahan-lahan mengusap.Hani tersentak lalu tersenyum kecil.Tangannya naik melekap di atas tangannya.

"Best tak?"

Pfft!Soalan apa ni ya Allah..Irsya menggigit bibirnya.Terlepas pulak.Aduyai..Sabar Sya..Kau baru lepas nikah.Sabar.

Hani tersenyum senget."Haih..Tak sabar ke?Chill..Malam ni first night.Kau bu-"

Tangan Irsya serta merta menekup mulut Hani.Tak sanggup mendengarnya."No.Tak pe.Tak payah cakap."Tangan dijatuhkan.Hani tertawa kecil.Dikerling sekilas pada Iskandar yang turut tersenyum ke arahnya.

"Dah berapa bulan babe?"

"3 bulan setengah."

"Serius?Cepatnya.."

Hani tersenyum manis.Syukur Allah kurniakan mereka rezeki yang tak terhingga.Matanya menangkap pula gerak geri Idhan yang seakan sudah selesai menunaikan solat syukur.Lelaki itu menapak ke arah mereka berdua.Hani mulai bangkit dengan payahnya namun ditahan oleh Irsya.

"Nak pergi mana?"Soalannya dibalas dengan juihan bibir ke arah sesuatu.Gadis itu mengalihkan pandangan ke arah sesuatu yang ditunjukkan.Serta-merta jantungnya berdegup laju.Hani sudah pun berlalu pergi.Semakin dia menghampiri semakin laju jantungnya berdetak.Seakan mahu pecah.

Idhan duduk melutut di hadapan isterinya yang sudah sah menjadi miliknya buat beberapa minit yang lalu.Kini,dia telah pun diberi amanah serta tanggungjawab sebagai seorang suami.Serta ketua keluarga. Wajah putih bersih yang dicalit sedikit penyeri di pandang dalam.Tak tahu nak gambarkan bagaimana perasaannya tika ini.Pandangan ditunduk memandang jari-jemari yang dihias cantik dengan inai yang berwarna merah pekat.Setiap corak yang dihasilkan seakan memberi satu maksud.

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now