Bab 60

41.3K 2K 237
                                    

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________

BAGASI yang dipegang diperkemaskan. Langkah diatur laju keluar daripada balai pelepasan. Wajah ketat tanpa sebarang senyuman terpampang jelas di wajahnya. Siapa cari masalah memang kena sembur.

Anak mata terus menangkap kelibat pemandu peribadi keluarganya yang sedang menghampirinya. Tanpa berlengahkan masa,terus sahaja dia berlalu masuk ke dalam kereta mewah itu tanpa menunggu bicara Pak Wan.

Pak Wan melangkah masuk ke tempat pemandu. Wajah lelaki itu dipandang riak bersahaja.

"Idhan nak balik rumah terus ke atau nak singgah mana-mana?"

"Hantar saya ke rumah mama."

Pak Wan mengangguk mengerti. Enjin kereta dihidupkan dan kereta mewah itu mulai bergerak membelah lebuh raya.

•••••

SENYUMAN yang terukir di bibirnya semakin lebar membentuk. Syukur alhamdulillah hatinya sedikit tenang apabila menerima nasihat dan kata-kata semangat dari mamanya. Kalau tiada mamanya agak-agak apa yang jadi?

Dua keping gambar yang masih berada ditangannya ditenung dalam.Gembira campur terharu tika ini. Dia baru sahaja pulang dari check up kandungannya dan terus membuat ujian ultrabunyi. Melalui ujian itu dia sudah dapat merasakan kandungannya mulai bergerak-gerak dan paling menggembirakan kepingan gambar yang dipegangnya menunjukkan kandungannya sudah mulai membentuk sedikit. Hampir menangis dia apabila melihat kepingan gambar itu. Agak-agaknya jika suaminya yang melihat apa reaksinya?

Irsya menapak perlahan menuju ke tingkat atas. Bilik kerja lelaki itu dimasukinya. Entah mengapa hatinya bagaikan menyuruhnya supaya meletakkan kepingan gambar itu di atas meja kerja suaminya. Mahu suprise? Entahlah. Dia cuma mahukan kegembiraan yang benar-benar ikhlas daripada lelaki itu.

Irsya tersenyum halus apabila kepingan gambar itu diletak elok di dalam laptop yang sudah ditutup kembali. Tinggal lagi beberapa hari sebelum lelaki itu pulang dari outstation.

Sya tunggu abang..

•••••

IDHAN mendengus kecil apabila bebelan Puan Aliya menyesakkan pendengarannya. Bebal. Alangkah bagusnya jika dia terus pulang ke rumah sendiri. Kalau tahu yang Puan Aliya akan membebel panjang pasti dia takkan ke sini. Tekanan hidup tahu?

"Han! Dengar tak mama cakap ni? "

Idhan melemparkan pandangan jelek terhadap Puan Aliya. "Apa benda mama? Han penatlah. Tolonglah jangan membebel. Irsya yang isteri Han pun tak ada membebel macam ni."

Puan Aliya tersentak. Benar telahannya. Lelaki ini benar-benar sudah berubah kepada yang dulu. Biadap!

"Ni kenapa balik cepat sangat?kata balik hari rabu ni?" Puan Aliya berdiri bercekak pinggang memandang anaknya yang satu itu.

Idhan memejamkan matanya sambil kaki disilangkan di atas bahu sofa. Tubuhnya dibaringkan selesa.

"Papalah. Suruh Han balik awal."

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now