CINTA TAK SETARAF
Aku bukan cinderella,bukan juga princess
________________________
SEMUA kertas-kertas yang bertimbun menyesakkan mata dan dada.Pening!Sesekali dia meraup mukanya.Mak long Iza yang baru tiba bersama secawan air kopi berkerut memandang si suami yang kelihatan kusut.Kerusi dihadapannya diambil lalu diduduknya.
"Kenapa bang?"Soal Mak long Iza.Rambutnya yang disepit itu dibetulkan.
Pak long Hasyim mendengus."Apa lagi kalau bukan hal bisnes."Jawabnya dingin.
"Kenapa?Restoran abang tak laku?"Duga Mak long Iza.
"Yelah..Apa lagi kalau bukan restoran tu? Pelanggan dah berkurang.Pekerja-pekerja dah banyak resign sebab tak mampu nak bayar diorang.Nanti kalau kedai tu bankrap macam mana?Siapa nak tampung keluarga kita?Siapa nak bagi anak-anak makan?"Luah Pak Long Hasyim.Fikirannya kusut!Mana nak tanggung anak-anaknya.Mana nak bayar itu ini macam-macamlah. Semuanya kena pakai duit.
"Habis macam mana?Kita nak minta tolong saudara kita dia dah meninggal.Takkan nak pergi Johor satu, Kelantan satu, Terengganu satu semata-mata nak mintak pertolongan adik-beradik awak?"
"Entahlah.Abang pun tak tahu." Pak Long Hasyim mengeluh.Tiba-tiba satu idea jahat muncul difikirannya.
"Iza.Abang rasa abang tahu nak buat apa." Wajah isterinya dipandang dengan penuh makna.
Mak long Iza mengerutkan dahi."Apa dia?"
Dipandang sahaja si suami yang tersenyum itu.
"Petang nanti,kita pergi rumah Irsya."
*****
PINTU biliknya dibuka lalu tubuhnya keluar dari kamar tidur.Langkah dituju ke tingkat bawah.Sebaik tiba,badannya dihempas ke atas sofa yang panjang dan empuk itu dihadapan televisyen.Remote tv dicapai.Televisyen di'on'kan lalu dia menukar-nukar siaran yang mahu ditontoninya.
Siarannya berhenti pada siaran kartun spongebob squarepants. Memandangkan itu yang menarik perhatiannya tika ini.
Sedang dia asyik menonton televisyen.Bayang mamanya yang melintasi disebelah nya dipandang.
"Mama.."Panggilnya.Ternyata Puan Aliya tidak menghiraukannya. Dipandang sahaja kelibat mamanya yang berlalu pergi ke tingkat atas.Idhan mengeluh kecil.'Merajuklah tu'.
Remote tv yang berada diatas meja dicapai.Televisyen di'off'kan lalu dia mula mengangkat punggung dan membuka langkah menuju ke tingkat atas.Langkahnya berhenti dihadapan bilik mamanya.
Nafas ditarik lalu Idhan mengetuk pintu sebelum menguaknya perlahan.Kelihatan Puan Aliya sedang membaca majalah diatas katil.Dia menapak mendekati mamanya lalu melabuhkan punggung dihadapannya.
Hatinya seakan terasa dengan kelakuan mamanya yang seakan-akan tidak perasaan kehadirannya disitu.Tangan mamanya dicapai lalu digenggam.
"Mama..Ma marahkan Han ke?"
Senyap.
Puan Aliya masih lagi membelek-belek majalah Wanita.Tangannya yang berada digenggaman anaknya dibiarkan.
Idhan mengeluh lagi.Rasa bersalah menggunung dihati lelakinya.Dia sedar.Dia terlalu ego.Dia tidak sepatutnya meninggi suara dihadapan orang tuanya terutama wanita yang pernah mengandungkannya.Dia kesal.Hati mamanya terlalu berharga.Tapi nak buat macam mana?Hidupnya rimas dengan kaum 'perempuan'. Baginya, perempuan gedik.Ngada-ngada.Cengeng.Macam-macamlah anggapan buruk dilistkan.Jikalau ada tempat yang tiada langsung kaum perempuan dah lama dia menginap disitu.
YOU ARE READING
Cinta Tak Setaraf [ C ]
General FictionRomance | General Fiction | Action You know the little ones that you are cubs. Do not dream about what I feel. You are a woman without any honor. I have a heart to overwhelm my family's affection. please mirror yourself first.-Idhan. Kau bukan tuhan...