Bab 39

35.8K 2.1K 399
                                    

Or that just me and my...
Imagination.

*_*_*_*

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________


BERDIRINYA dia di antara dua sahabat karibnya.Bercekak pinggang mempamerkan riak bengis. Memikirkan sesuatu yang harus dilakukan demi melunaskan dendam yang semakin menebal..

"Luq,Kita nak buat apa sekarang?"

Lelaki itu berpusing lalu berpeluk tubuh.

"Aku nak bagi pengajaran dekat budak mentah tu."

Dua rakannya berpandangan sesama sendiri.

"Macam mana?"

Lelaki itu bergerak ke belakang mencapai kunci keretanya lalu memakai sebuah topeng dan dihulurkan seorang satu kepada mereka berdua.

"Get ready.Jom gerak."

•••••

IRSYA termenung sendirian di atas katil sambil merenung siling.Sesekali dia menoleh ke arah Kak Ziera yang sedang nyenyak tidur di sebelah.Jam didinding dipandang.

2:30 petang.

Nampaknya waktu-waktu begini,Tok Wan,Encik Ilham,Puan Aliya dan anak-anaknya tidur di ruang tamu.

"Bosannya."Rungut Irsya perlahan.Dia bangkit daripada baring lalu membelek-belek kakinya yang dibalut dengan kain bandage.

Dia mula menapak keluar dari bilik dalam keadaan terhenjut-henjut.Menjenguk ke luar.Dilihat hanya Idlan,Idhan dan Adrian yang sedang berbaring di ruang tamu.Hanya nampak kaki sahaja ye.

Irsya menapak perlahan-lahan ke ruang tamu.Kelihatan Idlan dan Adrian sudah nyenyak tidur.Hanya Idhan yang sibuk bergayut dengan handphonenya.Perlahan-lahan Irsya mendekatinya.

"Err..Id-"

"Kau nak apa?"Sampuknya tanpa memandang ke arah gadis itu.

"Err.Aku,aku nak mintak maaf pasal semalam.Ak-"

"Berapa kali aku cakap?Kau mintak maaf beribu kali pun kau tetap buat jugak kan?Otak kau tu keras betul."

Irsya tertunduk.Dia tahu salahnya kerana ingkar akan arahan abang angkatnya.Dia tahu dia juga degil.Tapi tak sengaja kan?

"Hmm.Aku bosan."

Idhan mematikan screen handphonenya lalu menoleh memandang Irsya yang tertunduk.

"Jadi?Kau nak aku buat apa?Hiburkan kau?Main tepuk amai-amai dengan kau?"

Pantas Irsya menggeleng."Jom teman aku pergi kedai. Teringinlah nak makan ais krim." Ujarnya takut-takut.

Idhan merengus kecil."Tu je?Malas.Kau pergilah sorang-sorang."Idhan kembali bermain dengan handphonenya.

Irsya mengeluh hampa sambil mengerling sekilas ke arah kakinya yang berbalut.

'Alah..Sebelah kaki je.Tak pe kot.'

Irsya kembali masuk ke dalam bilik mencapai pursenya tanpa membawa sekali handphone. Sekejap je pun.Rasanya tak perlu nak bawak.

Irsya berjalan perlahan dengan terhenjut-henjut keluar dari kawasan rumah kampung Tok Wan.Dah orang tak nak teman so biarlah.Sebelum dia keluar sempat dia memandang lelaki itu.Gayanya seakan mahu lena.

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now